Final

1.6K 63 3
                                    

Opss ni bukan final exam, bukan final year sebab memang aku tak ada buat exam dan dah terang lagi bersuluh sekarang ni awal tahun, pehal tetibe final year pulak kan?

Ha bukan juga Final Destination. Kau jangan, aku seram tengok cerita tu.

Ceh, penakut jugak author seorang ni!

Nak buat macam mana en? Haha...

Seperti yang kau orang semua tahu, TIH ada tiga buku. Buku pertama pasal Hazim, kedua pasal Arlisya Firdaus, ketiga Nik Amar Fahimi. Kalau pernah baca TIH 3 tahun lepas tahulah. Tengok, nama makin lama makin panjang. Adehh...

Alright, so aku nak bagitahu pasal TIH 3. Aku akan publish lepas chapter ni, so bolehlah terus masukkan dalam library sebaik sahaja aku publish nanti.

TIH 3 ni, aku tak tahulah akan selalu update ke tak sebab esok eh harini lah😅 aku dah takde tanam anggur sebab anggur dah berbuah dan dah dapat dijual di pasaran. Atau erti kata lain, aku dah start kerja. So kalau free mehlah jenguk Setia City Mall. Kat mana aku kerja? Haha.. Pandai-pandai lah cari😂

Okay, ni aku bagi sinopsis untuk TIH 3

Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada setengah orang kata, dia seorang penjenayah yang sedang polis kumpul bukti untuk meletakkan lelaki itu dalam penjara seumur hidup. tetapi ada juga sesetengah yang percaya lelaki misteri itu seorang yang baik kerana selalu membantu orang.

Nik Amar Fahimi, lelaki yang menyimpan kenangan pahit sejak kecil. Pendiam tetapi sekali orang kenal, dia pandai juga berjenaka. Seorang pekerja separuh masa di kedai Seven Eleven. Walaupun hanya seorang pekerja biasa tetapi dia juga seorang yang menyimpan rahsia. Menghilang hampir setiap malam, tetapi muncul tepat pada waktu setiap pagi.

Tapi apa kaitan mereka berdua ni? Kawan baik mungkin atau orang yang sama?

Suatu tugas diterima oleh Night dan rakan setugasnya menyebabkan dia terpaksa menyamar menjadi seorang bodyguard kepada seorang anak orang kaya, Najwa. Masalahnya, bukan wanita itu yang patut dilindungi tetapi dua orang budak yang dijaga oleh Najwa selama dua minggu!

"We meet again, little girl." -Night

"Buat apa sampai nak upah bodyguard ni, pa? Wawa boleh jaga dirilah!"-Najwa

Masalah kedua muncul apabila Datuk Mukhriz, ayah Najwa mewajibkan mereka untuk menjadi imam dalam solat fardu. Parah! Sudah berapa lama tubuh mereka tidak bersujud kepada Tuhan? Sudah berapa lama ayat-ayat suci Al-Quran tidak meniti di bibit?

"Ermm... Sebenarnya, ka... kami dah lama tak... solat."-Amar

Best ke tak aku pun tak pasti. Harapnya menjadi lah cerita ni. Kira first timelaa buat cerita thriller ni. Aku bukan peminat thriller sangat, aku lebih kepada cerita santai, tak memberatkan sangat otak ni nak fikir. Senang cakap, cerita klise lah.

And aku ada jugak buat research pasal thriller. Baru aku tau thriller ni ada jenis-jenis dia (baru search sebenarnya!) Meh aku dedahkan jenis Thriller kalau nak tau.

🔫 Psychological Thriller
Lebih memfokuska pada karakter yang ada extreme gangguan psikologi macam psychopath dan split personality. Gangguan ni akan menyebabkan masalah peribadi yang serius yang akhirnya akan membawa kepada konflik dengan orang lain.

🔫 Crime Thriller
Dah nama pun crime, mestilah ada pasal jenayah. Crime Thriller memfokuskan hal jenayah dan keadilan. Biasanya main character adalah polis, peguam, special agent atau superhero.

🔫 Mystery Thriller
Okaylah, aku admit aku suka Thriller jenis ni yang bermula dengan misteri yang perlu diselesaikan. Saspen dan tekanan yang terbina akan membuatkan penonton/pembaca semakin banyak belajar untuk menjawab persoalan misteri itu.

Hmm... Kalau kau orang, yang mana kau orang suka?

Okay, then jumpa dekat TIH 3!

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now