Bab 13 : Tumbuhan Pelik Di Tepi Laut

1.5K 113 6
                                    

Mereka berlima memerhati kawasan sekeliling masih keliru dengan tempat itu. Namun kaki tetap melangkah ke hadapan tanpa ada tanda mahu berhenti. "Aku harap kita tak perlu berdepan dengan pasir jelus lagi," ujar Peach.

Brus terpandang sesuatu yang bersinar-sinar tidak jauh dari tempat mereka berada. Senyap-senyap dia berjalan mendekati sinaran cahaya yang berkerlipan itu. Apa benda tu? Matanya terbuntang apabila objek itu sudah ternyata jelas di hadapan mata. "Weh, kau orang! Aku jumpa sesuatu!" panggilnya.

Laju Zim dan Peach mendekati Brus diikuti Bell dan Arlisya Firdaus. Zim melangkah melepasi Brus tetapi dihalang dengan tangan Peach. "Apahal kau ni? Apa benda yang kau jumpa, Brus?"

Bell berhenti di sebelah Brus dan Arlisya Firdaus di sebelah Peach. Mereka berempat bersuara, memberi jawapan kepada soalan kedua Zim, "Harta karun."

Zim mengerutkan kening. Dia menoleh memandang ke arah objek yang dilihat oleh Brus. Benarlah harta karun itu wujud seperti yang dikatakan Datuk Brin, Red dan orang-orang yang terdahulu yang lain. Bersinar emas dan batu permata di sekeliling peti harta karun itu. Ada yang terjatuh di dalam sungai itu. Mereka berlima dan harta karun itu dipisahkan dengan sebatang sungai yang deras airnya.

Zim menoleh ke arah kanan mencari ke mana arus air itu pergi. Laut. "Weh, kau orang, aku rasa kita perlu pergi ke laut tu."

"Laut?" tanya Bell.

"Kita kena redah sungai ke?" tanya Brus pula.

"Ikut jalan hutan. Aku tak nak ambil risiko terjun dalam sungai itu. Harta karun ada yang terjatuh ke dalam sungai. Sebaiknya kita jauhi sungai dan harta karun itu," beritahu Zim.

Zim berjalan mendahului mereka berempat. Kira-kira lima minit mereka berjalan, mereka menemui jalan mati, penghujung hutan tersebut. Di hadapan mereka ialah laut yang terbentang luas. Air laut itu tidak jernih tetapi tampak bersih dan dijaga rapi. Brus dan Zim berjalan-jalan mencari jalan lain.

"Tak mungkin harta karun itu bawa kita ke jalan mati. Kalau begini macam mana kita nak jumpa tugasan kedua?" tanya Bell. Dia menghenyakkan punggung di atas tanah.

Arlisya Firdaus membongkokkan badannya. Matanya dikecilkan. Satu tangan di dahi melindungi wajah dari cahaya matahari di waktu tengah hari itu. "Kat sana ada pulau lagi?"

"Pulau?" tanya Brus dan Bell. Peach turut sama mencari pulau yang dikatakan oleh Arlisya Firdaus.

Zim membawa keluar teropong yang dibawa dalam beg sandangnya. Menggunakan teropong itu, dia boleh lihat pulau itu lebih jelas. "Ya, pulau. Tapi tahap bahayanya kita tak tahu."

"Dah tu, kalau bukan pulau itu sebenarnya yang Datuk Brin suruh kita pergi, ke mana lagi? Kau sedar tak kau dah bawak kita ke jalan mati?" marah Brus tiba-tiba.

"Kau nak salahkan aku ke, Brus? Dah terang-terang mrmang ada satu jalan saja tadi. Kalau ada dua tiga, dan aku pilih jalan salah, memanglah salah aku," balas Zim.

Arlisya Firdaus pelik melihat angin marah datang kepada mereka secara tiba-tiba. Dia berdiri di antara mereka berdua, cuba menghalang dari bergaduh. "Zim, Brus, sudahlah! Sedarlah kita di tengah-tengah hutan. Ermm... Penghujung sebenarnya. Tapi tak bermakna kau orang patut gaduh. Kita patut bekerjasama cari jalan."

Entah apa yang merasuk Zim dan Brus, mereka berdua tolak tubuh Arlisya Firdaus kuat sehingga gadis itu terjatuh ke atas tanah. Siku kanannya terguris duri tumbuhan di situ. "Ouch!"

Bell terpaku melihat adegan itu. Peach mendekati Brus dan Zim yang masih bergaduh itu. Dia mencucuk lengan mereka dengan dua batang tumbuhan kecil. "Poison Red."

"Apa?" tanya Zim seakan-akan baru sedar dari khayalan. Dia terkejut Arlisya Firdaus yang jatuh di atas tanah. "Fir, aku minta maaf. Aku tak sengaja."

Peach menyapu luka pada siku Arlisya Firdaus dengan daun tumbuhan. "Poison Red. Kau orang pergi dekat dengan tumbuhan tu tadi. Dia sempat cucuk duri beracun dekat kau orang supaya kau orang berasa marah."

Peach bangun dari mencangkung. "Aku rasa kita kena menyelam."

"Apa dia? Aku tak reti berenang," beritahu Arlisya Firdaus. Jujur.

"Jangan risau, di sini, semua orang boleh berenang. Maaf juga pasal tadi, Firdaus." Brus turut berasa bersalah walaupun dia bertindak luar kawalan.

"Apa maksud kau, kita kena menyelam?" tanya Bell yang sejak tadi tidak mengeluarkan sebarang suara.

Peach membuka genggaman tangan di hadapan mereka berempat. Ada lima daun di dalam tangannya. "Tumbuhan ni mengeluarkan dedaun yang membenarkan kita bernafas dalam air. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Datuk Brin. Aku rasa sinilah tempat Atlanta."

"Ikan duyung," ujar Zim apabila lihat wajah Arlisya Firdaus yang keliru.

"Ambil seorang satu," arah Peach.

Laju tangan mereka ambil satu daun dalam tangan Peach. Mereka berempat berbaris bersebelahan di penghujung tanah hutan itu. Arlisya Firdaus masih ragu-ragu mahu makan walaupun melihat Zim dan Brus sudah memasukkan daun itu ke dalam mulut. Tiba-tiba tangannya dipegang seseorang.

"Kita makan sama-sama?" soal Bell.

Arlisya Firdaus angguk. Serentak mereka memasukkan daun itu ke dalam mulut. Arlisya Firdaus mengunyah daun itu. Dia rasa tubuhnya panas. Wajahnya berkerut mengunyah saun yang rasa pahit itu. Tangannya ditarik oleh Bell masuk ke dalam air.

Zim, Brus dan Peach sudah berada di dalam air. "Kau okay, Firdaus?" tanya Peach prihatin. Dia bercakap seakan-akan mereka berada di atas darat.

"Kau boleh buka mulut, Firdaus," ujar Zim.

Arlisya Firdaus melepaskan nafas yang ditahan dari sebelum masuk ke dalam laut itu. Keningnya berkerut. Semua orang pandangnya ingin melihat bahawa dia okay atau sebaliknya.

"Kau okay tak, Firdaus?" tanya Bell.

Arlisya Firdaus angguk. "Okay, okay, aku okay." Senyuman terukir di bibir gadis itu.

Mereka semua menghela nafas lega melihat Arlisya Firdaus. Bimbang perkara buruk pula yang terjadi pada gadis itu. Tambahan pula dia bukan berasal dari Broken Land atau dunia itu.

Brus menyelam lebih dalam, diikuti oleh Peach dan Brus. Bell dan Arlisya Firdaus mengikut di belakang. Tak semena-mena Brus ternampak sesuatu. Dia menarik tangan Peach dan Zim menyorok di belakang batu besar. Arlisya Firdaus dan Bell yang tidak mengerti hanya ikut Brus menyorok sekali.

"Ada apa, Brus?"

"Jerung. Aku tak rasa dia akan gembira bila nampak kita di sini."

"Jerung boleh makan kita ke?"

"Tak. Tapi dia takkan suka manusia atau mana-mana makhluk darat dijumpai di dalam laut. Sebab itu, kita perlu cari tempat ikan duyung secepat mungkin," terang Peach.

"Kalau dah tau, jerung tak suka, kenapa masuk lagi dalam laut?"

Masing-masing mengerutkan kening. Itu bukan suara Arlisya Firdaus. Pantas mereka menoleh ke belakang.

Jerung!








❤️❤️❤️
❤️❤️❤️❤️

Percaya atau tak, aku masih tak percaya cerita ni berjaya menang dalam The Wattys Award. Masuk pun ragu-ragu, dah masuk shortlist pun still tak yakin boleh menang. Aku memang ikuti Wattys ni dari 2016, tapi takut nak masuk. Entahlah, maybe sebab rasa macam still tak layak kut. Tahun ni punya pun still aku rasa tak layak. Tapi sebab aku nak cari balik motivation untuk menulis, nak tau jugak di mana tahap aku dalam dunia penulisan, aku masuk jugalah. Itupun banyak kali rasa nak tarik diri. Tapi bila tahu menang tu, gembiranya hanya Allah saja tahu.

So please keep supporting me❣️

Lagi dua bulan aku habis SPM. Tak sangka dah lima tahun sekolah menengah. Rasa macam baru semalam pindah masuk sekolah tingkatan 1. Good luck for me dan batch '01 yang lain! 💕

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now