Bab 5 : Selamat Tinggal

2.2K 132 2
                                    

Taufiq membetulkan kemeja berwarna merah hati yang tersarung di tubuhnya. Dia mencapai sikat lalu menyisir rambut agar kemas. Hari itu merupakan hari bermakna buatnya kerana dia dan batch sama tahun dengannya bakal mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diumumkan pada hari ini.

Langkah kaki dibawa ke tangga turun ke tingkat bawah. Mummy yang sedang melipat kain baju sambil menonton televisyen di ruang tamu dikucup pipi. "Fiq pergi dulu, mummy."

"Elok-elok drive tu!" pesan mummy. Sepatutnya dia nak ikut anak tunggalnya itu ke sekolah tapi dilarang oleh Taufiq. Katanya biarlah dia memberi kejutan sendiri pada mummy apabila pulang ke rumah nanti.

Taufiq membolos masuk ke dalam kereta miliknya. Setelah menghidupkan enjin, dia memandu keluar dari perkarangan rumah menuju ke sekolahnya.

Sementara itu, Arlisya Firdaus menuruni anak tangga. Dia hendak ke surau sekolah memandangkan ustazah menyuruh dia dan rakan sekelasnya turun ke surau. Mereka diajak ustazah untuk belajar di surau.

Belum sempat gadis itu menyambung langkah ke surau, Arissa menghalang, "Fir! Aku nak pinjam duit boleh?"

"Duit kau mana? Dah kena baham dengan kucing?" berkerut kening Arlisya Firdaus. Terasa bahang disebabkan cuaca yang panas terik. Mana tidaknya, Arissa menghalangnya betul-betul di tengah tapak perhimpunan yang terdedah dengan cahaya matahari.

"Aku lupa bawak beg duit. Dah kelam-kabut sangat pagi tadi. Bolehlah, aku lapar ni." Arissa menarik-narik lengan panjang kemeja sekolah Arlisya Firdaus.

"Yelah yelah. Tak payah tarik, koyak karang. Aku nak pakai baju ni lagi 8 bulan." Arlisya Firdaus mengeluarkan dompetnya dari poket seluar. Dikeluarkan not 5 ringgit lalu dihulurkan pada adik perempuannya.

"Thank you, bro!" Arissa tabik. Dia sudah terbiasa dengan panggilan begitu dari dulu lagi. Dia terasa selesa berbanding panggilan sis walaupun itu kakaknya sendiri.

Arlisya Firdaus geleng kecil melihat telatah adiknya yang lebih kebudak-budakan. Tapi pada Taufiq dua beradik ini sama saja perangai tak matang mereka. Dah nama pun adik-beradik kan? Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Jap, sesuai ke peribahasanya?

Cakap pasal Taufiq, dia tiba-tiba muncul mendekati Arlisya Firdaus. Gadis itu langsung tidak terkejut dengan kewujudan abang sepupunya itu kerana sudah ramai batch Taufiq yang sudah sampai ke sekolah.

"Oit, mengelat eh? Asal tak masuk kelas?"

"Aku nak pergi masuklah ni. Arissa halang aku tadi."

"Bro Fiq!" Arissa muncul semula dengan air kotak dan roti krim di tangan. Sempat dia memukul bahu Taufiq.

Taufiq menjeling Arissa. "Kau ni kalau tak hyper satu hari, memang tak sah!"

Arissa tayang sengih.

"Arissa, Firdaus? Sini jap!" panggil Cikgu Yusrah.

Kedua-dua beradik itu memandang sesama sendiri sebelum mendekati guru wanita itu. Taufiq pula beredar mencari kawan-kawannya.

"Ada apa, cikgu?" tanya Arlisya Firdaus.

Cikgu Yusrah bersuara, "Saya nak minta tolong kamu berdua. Urgent sangat ni. Boleh tak kamu tolong jadi emcee kejap lagi? Alah, bukan kena cakap spontan pun, ada teks. Baca aje."

"Tapi saya ada kelas, cikgu."

"Nanti saya inform cikgu kamu, kamu juga Arissa. Boleh ya? Cikgu betul-betul perlukan pertolongan kamu berdua."

"Hmm... Kalau macam tu, baiklah. Kami tolong."

Berkali-kali Cikgu Yusrah mengucapkan terima kasih. Dia menyuruh mereka berdua mengikutnya ke dewan tertutup sekolah.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now