Bab 6 : Broken Land

2K 138 1
                                    

Arlisya Firdaus terjaga apabila terdengar bunyi dari seekor haiwan  yang dia tidak dapat kenalpasti jenis haiwan itu. Dia memandang sekeliling. Aku kat mana ni? Dia tertanya-tanya. Mindanya terkandung seribu satu soalan.

Gadis itu bangun dari pembaringannya. Seingatnya, dia tidak pernah melihat tempat itu. Keluar dari rumah pokok itu, dia mencari kelibat manusia. Siapa yang bawa dia ke sini?

"Dah sedar?"

Terjungkit bahu gadis itu mendengar suara dari belakangnya. Dia menoleh. Seorang lelaki lebih kurang 20-an memandangnya tanpa segaris senyuman.

"Aku kat mana ni? Kenapa kau bawa aku ke sini?"

"Kau tak ingat?" Tanya lelaki itu tidak menjawab soalan Arlisya Firdaus. "Kau yang bawa diri kau ke sini, jangan salahkan aku."

Berkerut-kerut dahi Arlisya Firdaus cuba menghadam kata-kata lelaki itu. Aku yang bawa diri aku ke sini? Serta-merta bayangan memori terpancar di minda. Dia berkunjung ke tasik yang pernah dia jumpa ketika berjalan-jalan di sekitar hutan berdekatan sekolahnya. Tasik itu memang tiada sesiapa yang tahu kewujudannya kerana jarang sekali orang masuk ke dalam hutan itu.

Hanya dia, Taufik dan Arissa saja yang tahu memandangkan mereka pernah dicabar budak lelaki untuk masuk ke dalam hutan itu. Tak ada apa yang menakutkan pun. Sejak itu mereka selalu datang ke situ. Tempat itu menjadi tempat ketiga-tiga orang saudara itu berbual kosong dan meluahkan rasa yang terbuku di hati.

Tetapi semalam, Arlisya Firdaus datang ke situ bersama dengan mereka berdua. Atas sebab apa dia sendiri tidak ingat. Dia duduk bersila di hadapan tasik itu mengagumi ciptaan Allah. Tangan dicelup ke dalam air tasik yang jernih itu.

Sedang dia elok duduk menikmati keindahan tempat itu, dia ternampak seekor haiwan yang nampak seakan-akan rusa tapi tidak. Haiwan itu lain dari yang lain. Tak pernah pun dia nampak sebelum ini. Disebabkan rasa ingin tahu, dia pun mendekati binatang itu tetapi binatang itu berlari laju. Arlisya Firdaus pun berlari mengejar binatang itu sampai dia terlanggar akar pokok menyebabkan kepalanya terhantuk pada seketul batu besar. Dia ingat waktu itu, Taufiq dan Arissa cuba menghalangnya tetapi dia langsung tidak endahkan jeritan mereka menyuruhnya berpatah balik.

"Ouch!" Arlisya Firdaus mengaduh sakit apabila dia cuba memegang kepalanya yang baru disedari dibalut. Tangannya berdarah apabila memegang kepalanya.

"Jangan sentuh. Nanti makin teruk kepala kau tu. Mari makan. Aku ada bakar ikan sikit. Kau tentu lapar kan?"

Arlisya Firdaus diam. Dia melabuhkan duduk di sebuah batu besar berhampiran unggun api. Dia makan saja apa yang diberi oleh lelaki itu. Kalau korang mesti takkan ambil takut ada racun kan? Tapi gadis itu langsung tidak terfikir kerana perutnya sangat lapar.

Habis saja makan, Arlisya Firdaus sendawa kuat. Dia tutup mulut laju. Mukanya kemerah-merahan. Aduh, lupa pula ada stranger danger di hadapannya ini. Tapi, dia mesti fikir aku laki kan?

Lelaki itu gelak spontan. "Tak sangka pulak perempuan macam kau ni, selamba je sendawa."

Kejap, perempuan? "Mana kau tahu aku perempuan? Semua orang yang jumpa aku kata aku lelaki tau?"

Lelaki itu jungkit bahu. Dia bangun. "Daripada suara kau. Lagipun badan kau ada jugak nampak perempuan."

Laju Arlisya Firdaus menyilang tangan di dada bersama dengan mata terbeliak besar. "Pervert!"

Lelaki itu diam memutar bebola matanya menyampah.

Gadis itu berjalan mengekori orang asing di hadapannya itu. "Kejap, aku tak tau lagi nama kau. Kau siapa? Tempat apa ni?"

Jejaka itu menoleh membuatkan langkah Arlisya Firdaus terhenti mengejut. "Kau boleh panggil aku Zim. Nama tempat ni Broken Land."

"Huh?"

"Aku dah jawab soalan kau kan? Apa lagi kau nak?" Zim memotong daun-daun pokok yang menghalang laluannya dengan pisau yang dibawa sedari tadi.

"Kenapa Broken Land? Ada banyak lagi kan nama. Neverland, Wonderland,..." Fir, kau ni banyak sangat tengok cerita mengarut!

Hei, cerita Peter Pan dan Alice in Wonderland tak mengarut!

"Sebab ada tempat lain nama tu."

Bercahaya terus mata Arlisya Firdaus seperti mentol yang baru ditukar baharu. "Maknanya ada lelaki terbang bernama Peter Pan, dan Alice yang warnakan bunga putih dengan warna merah?"

"Huh?" Giliran Zim pula tidak mengerti dengan kata-kata Arlisya Firdaus.

"Okay abaikan tu. Tapi apa je ada kat tempat ni? Oh tidak! Jangan-jangan ni dunia bunian? Macam dalam cerita Wattpad yang aku baca dari @liyasfy tu?"

Zim memandang Arlisya Firdaus tidak percaya. Sungguh sepatah pun dia tidak faham. Faham bahasa yang digunakan gadis itu tetapi tidak faham dengan maksud yang diperkatakan olehnya. "Tak, ni bukan dunia bunian. Jangan risau."

"Okay, tapi kau mesti tahu kan binatang yang macam rusa tapi..."

"Rusa?"

"Tu!" Arlisya Firdaus menunding jari ke arah seekor binatang yang seakan-akan rusa tetapi nampak seperti seekor anjing pun ada.

"Oh, itu Dreegs."

Dreegs? "Apa tu?"

"Binatang. Dia boleh menyalak dan ada tanduk, kakinya panjang dan ada ekor."

"Aku tak suruh kau describe. Aku pun tahu." Arlisya Firdaus mengerutkan kening. Menyalak dan ada ekor seperti anjing. Ada tanduk dan kaki panjang macam rusa.

Dreegs? Dog plus deer? Okay...

"Jomlah! Haiwan ni jinak tapi dia penakut sikit." Zim mendekati haiwan itu. Diusapnya kepala Dreegs.

Ragu-ragu Arlisya Firdaus mendekati rusa bercampur anjing itu. Zim menarik tangan Firdaus mengusap badan Dreegs. Tanpa sedar gadis itu tersenyum gembira melihat Dreegs semakin suka padanya. Entah mengapa dia teringat akan cerita Star Wars: The Last Jedi. Ada makhluk gabungan burung hantu dan anjing laut bernama Porgs dan rubah kristal dikenali sebagai Vulptex.

Tanpa sedar Zim yang melihat Arlisya Firdaus menyukai haiwan itu membuatkan dia turut tersenyum.








❤️❤️❤️

Sampai pun part ni ingatkan jauh lagi. Inilah tujuan sebenar aku letakkan cerita ni bergenre Adventure dan ada terselit genre Fantasy serta Romance. Aku harap menjadilah sebab sebelum ni pernah buat genre Fantasy tapi tak sampai separuh aku delete sebab kering idea.

Pasal haiwan dreegs itu aku sendiri pun tak tahu macam mana boleh terfikir nak buat haiwan yang macam tu. Boleh bayangkan tak anjing bercampur rusa tu? Haha... Pelik kan? Tapi lantaklah, bukan aku letak non-fiction pun sampai semua bends dalam cerita kena tulis ikut logik akal dan fakta. Ye dak?

Apa-apa yang kurang jangan segan silu bagitahu dan tegur. Aku ni cuma penulis biasa yang masih cuba memperbaiki penulisan ya dari hari ke hari.


TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now