Bab 17: Dihalau oleh Datuk Brin

1.3K 123 2
                                    

Arlisya Firdaus duduk atas rumput sambil pandang ke langit gelap yang dihiasi bintang bekerlipan. Sesekali dia minum air dalam mug yang dibawa sekali keluar rumah keluarga Brus.

"Kau memang suka eh duduk seorang diri kat luar ni?" tegur seseorang.

Arlisya Firdaus menoleh walaupun dia tahu pemilik suara itu ialah Zim. Sangkanya hanya Zim seorang. Tetapi Peach, Brus dan Bell turut sama menyertai mereka duduk di atas rumput menikmati udara malam. Spontan bibirnya melakar senyuman.

"Apa yang berlaku waktu kau hampir mati tadi?" tanya Bell ingin tahu.

"Aku jumpa orang-orang terdahulu yang dah mati," jawab gadis itu ragu-ragu.

"Jadi, kau jumpa ayah aku? Lama juga dia tak panggil aku jumpa." Peach merebahkan diri atas rumput. Kedua-dua belah lengan diletak bawah kepala.

Arlisya Firdaus pandang pelik. Ayah?

"Sebenarnya, bukan kau seorang saja boleh pergi berjumpa mereka. Kadang-kadang nenek aku pun ada panggil aku pergi ke sana," beritahu Bell.

Zim angguk. "Yup, semua orang boleh berjumpa. Kecuali aku."

"Kenapa? Dan macam mana kau orang boleh berjumpa dengan orang yang dah mati?"

Brus berdehem membetulkan suara. "Saat seseorang itu rasa mahu putus asa dalam hidup atau sesuatu perjuangan, orang-orang terdahulu itu akan panggil kami datang berjumpa dengan mereka. Seolah-olah cuba menyuntik semangat baru dalam diri."

"Zim tak boleh pergi sebab kumpulan manusia sudah tiada. Hanya tinggal dia seorang. Kalau kumpulan pari-pari juga tiada, tinggal aku seorang. Aku pun tak boleh pergi juga," terang Bell pula

"Sebab itu, bila kita orang pergi ke sana, mak ayah Zim pasti akan tanya pasal dia. Kau? Ada tanya kan?" tanya Peach. Dia memandang wajah Arlisya Firdaus meminta jawapan.

Gadis itu mengangguk. "Nampak macam kejam saja."

Zim menarik nafas dalam-dalam. "Memang. Tapi dah itu peraturannya. Jangan risaulah, aku okay." Lelaki itu memberi senyuman tenang.

Tak semena-mena Mak Cik Sah keluar dari rumah memanggil, "Kamu semua, mari masuk. Datuk Brin mahu beritahu sesuatu. Cepat!"

Melihat Mak Cik Sah yang tergesa-gesa membuatkan kelima-lima orang itu berbalas pandangan. Pelik dengan kelakuan wanita itu. Apa pula yang mahu diberitahu oleh Datuk Brin?

Masuk saja ke dalam bilik Datuk Brin, Brus ambil tempat di birai katil. Zim bersila di hujung katil. Arlisya Firdaus dan Bell duduk di atas sofa yang ada di dalam bilik itu. Peach pula berdiri bersandar pada dinding. Tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Peach dan Bell. Kamu harus pulang ke rumah segera. Firdaus, bersiap sedia dengan tugasan ketiga esok," beritahu Datuk Brin. Wajahnya serius.

"Esok? Tapi kami baru pulang dari bertarung dralion. Penat tak hilang lagi ni, Datuk Brin," luah Zim.

Datuk Brin geleng kepala. "Tiada masa untuk berehat. Tugasan ketiga ini memerlukan kepakaran minda dan idea yang bernas. Saya tegaskan Peach dan Bell pulang ke rumah segera. Kalau boleh malam ni, pergi malam ni." Tegas suara Datuk Brin.

"Datuk Brin, jangan halau kami. Kami taulah, bila nak balik rumah. Datuk Red pun tak ada kata apa. Saya dah biasalah tidur di luar." Bengang Peach apabila Datuk Brin menghalaunya seperti dia tidak mempunyai hati dan perasaan.

"Apa yang akan berlaku, Datuk Brin?" tanya Bell.

"Apa maksud Datuk Brin dengan kepakaran minda?" tanya Arlisya Firdaus.

"Idea yang bernas?" Brus pula bersuara.

Datuk Brin menarik nafas sebelum menghembus kembali. "Kamu akan faham bila bahananya datang esok. Saya tegaskan, Peach, Bell. Tolong pulang ke rumah malam ini juga."

Bell dan Peach memandang sesama sendiri. Arlisya Firdaus, Zim dan Brus memandang mereka berdua dengan rasa kasihan. Malam-malam begini sudah dihalau oleh Datuk Brin. Tiada sebab diberi. Hanya kata tegas saja disuarakan.


🐾🐾🐾🐾


Keesokan harinya, Arlisya Firdaus bangun dengan perasaan tidak senang. Masih terbayang-bayang wajah Bell dan Peach pulang ke rumah malam tadi dengan rasa terpaksa. Apa salah mereka sehingga Datuk Brin beria-ia mahu mereka pulang ke rumah?

Pintu yang tertutup diketuk dari luar membuatkan Arlisya Firdaus tersedar dari lamunan pendek.

"Firdaus, kau dah bangun ke? Cepat siap, keluar. Ada benda penting kau perlu tengok."

Benda penting?

Arlisya Firdaus membiarkan akalnya tertanya-tanya. Dia terus bangun dari katil. Sempat dia memberus gigi dan mandi sebelum mengambil baju sesuai lalu disarung pada tubuh. Rambut disikat rapi. Langkah laju diatur keluar dari bilik. Dia turun ke tingkat bawah.

Terkejut gadis itu melihat semua sudah ada di bawah termasuk Datuk Brin.

"Tugasan ketiga kamu menanti di luar. Mari kita pergi sekarang." Datuk Brin bangun dari duduk sebelum melangkah keluar dari rumah.

"Minumlah sikit sebelum kita keluar," suruh Brus. Bimbang kalau jadi apa-apa sekiranya Arlisya Firdaus tidak mengisi perut pada pagi itu.

Arlisya Firdaus pandang Zim pula minta jawapan apabila Brus beredar dari meja makan.

"Kau akan tau sendiri bila kau tengok nanti. Cepat makan."

Arlisya Firdaus hanya menjamah sekeping roti bakar dan air teh sebelum keluar dari rumah bersama Zim dan Brus. Berkerut kening gadis itu melihat ramai orang kerdil datang berjumpa dengan Datuk Brin.

"Brin, apa patut kita lakukan? Mereka besar, mereka lebih berkuasa dari kita. Kita ni apa saja ada?" tanya seorang dari mereka.

"Sabar, kita pergi bersama-sama. Zim, Brus dan Firdaus. Mari!" panggil Datuk Brin.

Keempat-empat mereka berjalan di hadapan mendahului orang kerdil yang lain. Arlisya Firdaus masih keliru. Apa sebenarnya yang sudah berlaku?



❤️❤️❤️❤️

Lama tak tulis cerita ni. Tak lama je lagi Arlisya Firdaus akan keluar dari Broken Land. Lagi satu bab kut?

By the way, siapa birthday harini? Nak bagi hadiah cerita ni...⬇️

Ha, dah kenapa ada vote takde viewer tu? 😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ha, dah kenapa ada vote takde viewer tu? 😂

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now