Bab 9 : Tasks

1.8K 126 8
                                    

Mereka akhirnya berhenti apabila mendapati sudah tiada petunjuk pada pokok.

"Jadi, petunjuk tu menunjukkan arah ke sini? Sampai sini je?" Brus merungut tidak puas hati.

Zim mengeluh hampa. Bukan sekejap mereka berjalan malah sampai rasa macam nak patah tulang kaki ni. "Kita berehat dululah. Macam lambat lagi saja nak jumpa datuk kau tu."

Arlisya Firdaus turut rasa kecewa. Dia melabuhkan duduk di atas tanah yang ada sedikit rumput itu. Dia memandang Brus seperti mengatakan dia bersetuju dengan kata-kata Zim.

Brus meletakkan begnya. "Baiklah, kita berehat dulu. Macam dah nak malam ni."

Zim menghilang mungkin mencari kayu untuk dibuat unggun api. Tapi tak lama, dia datang semula dengan kayu-kayu yang berlainan jenis dan saiz. Dia mula menghidupkan unggun api.

Malam itu, Arlisya Firdaus diganggu dengan mimpi lagi. Tetapi kali ini dia dengar suara lain. Suara seorang lelaki. Suaranya kedengaran sedih.

"Lisya, maafkan aku. Tolong bangun, aku rindu kau. Aku rindu nak bercakap dengan kau. Aku rindu nak dengar suara kau. Aku rindu nak minum kopi yang kau gigih buat sampai betul-betul rasa sedap." Suara tangisan kedengaran.

Arlisya Firdaus membuka mata luas. Suara itu. Dia kenal suara tu. Suara Zim. Suaranya mirip dengan suara Zim. Sebab itulah dia rasa dia pernah dengar suara Zim tapi kenapa Zim ada dalam mimpi itu? Minum kopi? Rindu aku? Betul ke tu Zim?

Gadis itu menoleh memandang Zim yang tidur nyenyak tidak jauh daripadanya. Matanya terpejam, tentulah dah tidur. Alunan nafasnya kelihatan tenang seperti riak wajahnya.

"Bermimpi sesuatu?"

Tersentak Arlisya Firdaus mendengar suara orang tua berbisik. Dia menoleh. Lelaki tua itu sepertinya seorang manusia. Pada awalnya dia menyangka lelaki itu datuk Brus, tetapi bukan. Lelaki itu mempunyai janggut yang panjang dan misai berwarna putih seperti Albus Dumbledore dalam cerita Harry Potter.

Matanya berwarna kelabu dan sepet. Mukanya berkedut menunjukkan usianya yang mungkin sudah mencapai tahap warga emas. Dia memakai jubah berwarna perang dan memegang tongkat yang membantunya untuk berdiri. Dia berjalan ke belakang, meninggalkan mereka.

"Tunggu!" Arlisya Firdaus bangun.

"Shh... kamu pasti tak mahu kejutkan kawan-kawan kamu dari lena kan?" Orang tua itu menggerakkan kepala ke arah Zim dan Brus yang masih nyenyak tidur.

Arlisya Firdaus menggeleng. Malam belum lagi bertukar siang. Dia tahu Brus dan Zim pastinya penat dan perlukan rehat secukupnya. "Siapa encik ni? Encik bukan datuk Brus, kan?"

Orang tua itu menggeleng. "Bukan. Nama saya, Ozy. Sepupu Oz."

Wow, aku rasa aku dah gila. Oz dalam cerita Oz The Great and Powerful pun ada? Arlisya Firdaus terkebil-kebil mata mendengar nama itu. "Okay, Encik Ozy. Macam mana encik tahu saya tengah bermimpi?"

Ozy terus berjalan dan gadis itu terus mengekorinya menunggu jawapan. Reaksi Ozy, dia jungkit bahu sahaja.

Ulangan ya, jungkit bahu SAHAJA.

"Awak ni siapa sebenarnya? Kenapa tiba-tiba muncul? Brus kata, jarang-jarang orang jumpa tempat ni dan ia dikatakan mitos. Macam mana encik boleh ada kat sini? Saya perlukan penjelasan."

"Jarang-jarang, hm? Saya dah lama jumpa tempat ni, dan memang tahu semua selok-belok tempat ini. Saya dah 324 tahun tau?"

Ternganga mulut Arlisya Firdaus. Tiga ratus... dia ni datuk nenek Edward Cullen ke apa? Tapi kalau dah lama hidup, mesti dia tahu jalan keluar kan?

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now