Bab 7 : Kawan Zim

2.1K 125 2
                                    

"Broken Land ni... hanya kau saja ke duduk sini? Maksud aku manusia?"

Zim menggeleng. "Bosanlah aku kalau aku seorang saja kat sini. Kat hutan ni memang tempat aku, dulu aku duduk dekat perkampungan manusia, tapi banyak populasi(?) aku dah musnah. Jadi kalau ada pun susah nak jumpa. Boleh jadi mereka tersesat dekat Wonderland atau Neverland atau land yang lain."

Arlisya Firdaus menjungkit kening sebelah. Maksud dia...?

"Ya, aku seorang saja manusia di Broken Land. Tapi ada makhluk lain yang boleh bercakap macam kita. Kenapa?"

Arlisya Firdaus menggosok tangannya. Walaupun dia tahu dia mungkin bermimpi masuk ke sini, tapi pasti ada jalan keluar dari tempat ni. "Kau kan mesti tahu selok-belok hutan ni kan? Ada tak jalan keluar dari dunia ni? Aku nak balik ke tempat aku."

Lama Zim diam sebelum dia menghela nafas panjang. "Susah. Dalam hutan ni memang tak ada jalan keluar. Broken Land ni macam Pulau. Jadi, kalau kau nak keluar kau mungkin kena melalui air. Hutan ni pun dikelilingi oleh air. Aku sendiri pun tak tahu macam mana kau boleh masuk ke sini."

Wajah Arlisya Firdaus bertukar hampa.

"Tapi ada seorang yang aku tahu mungkin boleh tolong kau."

Laju sahaja mata gadis itu bercahaya. Sekurang-kurangnya dia tahu masih ada harapan untuk dia keluar dari dunia ini. "Macam mana?"

Zim bangun dari batu yang dia duduki. "Kita pergi ke sebuah perkampungan tempat kawan aku tinggal."

Arlisya Firdaus tersenyum sendiri. Tak sangka mamat ni ada kawan. Ingatkan kawan dia makhluk Dreegs tu je.

Lama mereka berjalan sampailah ke satu petempatan yang dikelilingi dengan sawah dan dipenuhi oleh... orang kerdil?!

Melihatkan wajah terkejut Arlisya Firdaus, Zim sengih sambil berkata, "Oh, aku tak cakap eh kawan aku ni orang kerdil?"

Arlisya Firdaus menjeling tajam lelaki itu. Sungguh dia geram tapi rasa itu hanya sementara apabila melihat senyuman lelaki itu. Ia mengingatkannya pada seseorang.

Tapi siapa?

Langkah kaki mengikut jejak kaki Zim. Mereka tiba di sebuah rumah kecil yang mempunyai pintu kecil. Dah orang kerdil kan? Pintu pun muat-muat diorang sajalah.

"Zim!" Sapa seorang orang kerdil dari jauh. Dia berjalan mendekati Zim dan Arlisya Firdaus. Wajahnya tampak gembira. Hidungnya sedikit mancung, matanya berwarna kelabu kehitaman. Bibirnya macam Angelina Jolie. Di tepi bibirnya ada subang berwarna perak, dia berpakaian seperti orang kerdil dalam cerita Disney kartun Snow White.

Masih Arlisya Firdaus ingat rupa setiap tujuh orang kerdil itu. Dia tak pernah menonton filem itu tetapi dia ada buku cerita berkisarkan cerita Snow White.

"Heii!" Zim turut gembira membalas sapaan orang kerdil itu. Mungkin dialah yang kawan yang Zim katakan itu. Mereka bersalaman. Zim membongkok sedikit tubuhnya menyamai ketinggiannya dengan orang kerdil itu.

"Siapa awek kau bawak ni? Bukan kau aje manusia yang tinggal?"

Zim memandang Arlisya Firdaus. Baru dia sedar dia tidak tahu langsung nama gadis itu. "Errr... panjang cerita dan tak sesuai nak cerita kat luar ni."

"Okay, okay. Mari-mari masuk!" Orang kerdil itu masuk ke rumahnya yang berdekatan. Zim dan Arlisya Firdaus terpaksa membongkok untuk masuk ke dalam rumah itu. Tapi ruang dalam rumah itu tidak seperti apa yang disangka. Luasnya seperti luas Setia City Mall. Terasa seperti cerita Harry Potter pun ada.

"Mak! Ni Zim ada datang."

Kelihatan seorang orang kerdil wanita separuh umur datang dari dapur. "Oh, Zim! Dah lama makcik tak nampak kamu."

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now