Bab 21 : Budak Baru Rambut Peach

1.2K 112 2
                                    

Taufiq menepuk pipi Arlisya Firdaus berkali-kali. Tubuh yang kebasahan dan rasa sejuk kian mencengkam diri tidak diendahkan. Dia lebih mementingkan adik saudaranya itu. Arissa tidak ketinggalan bertindak menggoncang tubuh kakaknya itu.

"Woi, Firdaus! Bangunlah!" teriak Taufiq. Dia menyebak rambutnya yang basah itu ke belakang. Buntu.

"Aku rasa kita kena buat CPR lah, Bro Fiq," cadang Arissa.

Besar anak mata Taufiq mendengar cadangan itu. Laju kepalanya berpaling. "Cadangan gila apa kau ni, Rissa? Takkan aku nak cemarkan mulut aku pulak?" keras-keras lelaki itu membantah.

"Dah tu, cara apa lagi kita nak guna? Bro Fiq kan PBSM dulu, mesti tahu pasal CPR."

Taufiq menjegilkan matanya. "Aku Kadet Polis, bongok!" Waktu-waktu beginilah si Rissa ni nak buat hal.

Arissa mencebik. Sama ajelah tu! Dia pandang wajah lesu Arlisya Firdaus yang masih tidak sedarkan diri. Entah apa yang merasuk fikiran gadis itu untuk berlari masuk ke kawasan hutan lebih dalam. Sudah tidak mengendahkan panggilan Arissa dan Taufiq, dibalas dengan nasib malang. Arlisya Firdaus tersadung ranting kayu, kepalanya terhentak pada batu besar. Disebabkan kawasan tersebut bukan tanah rata, tubuhnya bergolek jatuh ke dalam tasik besar itu. Mujur Taufiq pandai berenang, dia segera terjun dan menyelamatkan gadis itu.

Arissa mengangkat tangan kanannya. Dengan kuasa yang aku ada, aku lempang kau, Fir. Kau tak sedar jugak, aku tinggalkan aje kat kau sini. Biar padan muka, getus hatinya. Dia lempang pipi Arlisya Firdaus sekuat hati. Berbekas habis pipi gadis itu.

Terbeliak mata Arissa dan Taufiq. Taufiq sudah mula merasa bulu romanya meremang. Urgh, mesti sakit!

Namun, hasil dari tamparan itu membuatkan kelopak mata Arlisya Firdaus bergerak-gerak. Makin dekat Taufiq dan Arissa melihat wajah gadis itu, mengharapkan gadis itu sedar.

Dush!

Satu tangan digenggam penumpuk menghala pada muka Taufiq. "Ouch!" Lelaki itu mengaduh sakit.

Arlisya Firdaus membuka mata luas. Bebola mata memandang keliling. Dia nampak dua orang manusia di hadapannya. Taufiq? Rissa? "Apa yang dah berlaku?" Gadis itu bertanya sambil bangun. Tangannya memegang pipinya yang terasa pijar.

"Kau jatuh tersadung. Kepala kau kena batu, kau pengsan dan terjatuh dalam sungai. Taufiq selamatkan kau," terang Arissa.

"Oh..." Rasa pelik menyelubungi fikiran. Maknanya, sepanjang aku berada di sana, waktu di sini tidak berubah jauh pun? Detik hati Arlisya Firdaus. Dia pandang Taufiq yang telah mengalihkan tangannya dari muka. "Eh, Taufiq! Hidung kau berdarah. Kau okay tak?"

"Apahal kau tumbuk aku, Fir?! Bukan salah aku, Rissa yang tampar kau kuat-kuat. Aku tak salah!" ujar Taufiq. Jelas wajahnya tidak berpuas hati.

Arlisya Firdaus sengih. "Sorry. Ha, kau apahal tampar aku?" Arissa pula yang diserang.

"Dah kau tak nak bangun, siapa suruh? Dahlah, jom balik. Sebelum balik rumah, kita pergi klinik. Tu dahi kau dah berdarah tu."

Arlisya Firdaus memegang dahinya. Oh, kalau kat sana Zim yang tolong rawat. Dia senyum kecil.

Taufiq angguk. "Dah, jom. Baju aku dah basah lencun. Sejuk tau tak?"

"Ya, ya! Dah, jomlah. Karang dah gelap, susah nak nampak jalan."

Arissa menarik tangan Arlisya Firdaus memapahnya keluar dari hutan itu.

🐾🐾🐾🐾

Arlisya Firdaus mengusap rambutnya yang kelihatan sudah semakin panjang. Hmm... Bila kau nak panjang ni, rambut? Tangan kirinya pula memusing-musingkan pen hitam di celah jari. Dia pandang ke arah Cikgu Maimun yang mengajar subjek Sains itu.

Setelah habis tajuk bab 8 iaitu Elektronik dan ICT, Cikgu Maimun mengarahkan pelajar kelas tersebut menyiapkan soalan yang baru diberikan pada awal kelas tadi. Mata Arlisya Firdaus beralih ke kertas di atas meja.

Tidak semena-mena, pintu kelas itu diketuk dari luar. Kelihatan seorang budak lelaki berpakaian sekolah itu masuk ke dalam. Dia berkata sesuatu pada Cikgu Maimun.

Arlisya Firdaus khusyuk menyiapkan soalan berkaitan tajuk gelombang. Gelombang radio, gelombang mikro. Hah, kenapa bosan sangat tajuk ni?

"Okay, semua! Hari ini kita ada murid baru." Lantang suara Cikgu Maimun membuatkan semua kepala yang menunduk berpaling memandang ke hadapan. Kelas mula bising dengan bunyi-bunyi bisikan.

Arlisya Firdaus cuba menahan tawa, tetapi tidak berjaya. Kuat ketawanya sehingga semua mata memandangnya.

"Firdaus, apa yang kelakar sangat tu? Boleh kongsi dengan semua kawan awak?" soalan Cikgu Maimun membuatkan tawa gadis itu terhenti. Namun dia masih tersenyum lucu.

Arlisya Firdaus menggeleng kepala. Senyuman masih belum pudar dari wajahnya. Cikgu Maimun memandang remaja lelaki itu memberi isyarat untuk memperkenalkan diri.

"Hai semua! Nama aku Muhammad Danish Afham. Boleh panggil Afham."

"Ada soalan?"

Sunyi kelas tanpa suara.

"Baiklah, Afham ya? Kamu dah jadi budak sekolah ni kan?" tanya Cikgu Maimun selembut mungkin.

Pelajar dalam kelas itu sudah mula resah. Gulp! Arlisya Firdaus pula menggeleng kecil. Habislah kau, Peach! Eh, Afham.

Sebaik sahaja Afham mengangguk, telinganya terus dipulas kuat.

"Kalau dah tau nak sekolah sini, rambut mestilah hitam bukan warna peach!"

"Argh, argh sakit, cikgu! Maaf! Esok saya datang sekolah dengan rambut hitam. Janji! Ampun, cikgu! Aduh!" rayu Afham sambil merapatkan kedua-dua belah tangannya memohon maaf.

Arlisya Firdaus menghamburkan tawa kecil. Dia memandang wajah Afham yang mirip wajah Peach itu. Tak sangka, wujud Peach di dunia aku.






❤️❤️❤️❤️

Nah, double update untuk harini!

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now