Bab 32 : Sayang Mak!

1.3K 109 5
                                    

Arlisya Firdaus berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Menunggu sesuatu. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia memandang telefonnya yang tidak bernyala itu. Dilabuhkan duduk di atas katil. "Aik, dah malam ni. Takkan belum tahu lagi kut?"

Jarinya mengusik cincin tunang di jari manis tangan kanannya. Matanya dialih pada cincin itu. Senyuman terukir di bibir. Lawa. Pandai juga mamat tu pilih. Spontan Arlisya Firdaus mencium cincin di jari itu.

Macam orang gila tak pernah pakai cincin pun ada!

Telefonnya tiba-tiba berdering. Pantas wanita itu mengambil telefon itu lalu melihat nama pemanggil sekilas. Senyuman sinis terlakar di wajah. Baru tau nak call?

Arlisya Firdaus menjawab panggilan.

"Are you out of your mind?! Tiga minggu, Fir?"

"Assalamualaikum, Encik Tunang," ucap wanita itu dengan nada perli.

Kedengaran Hazim berdehem sebelum menjawab salam itu. "Awak dah gila ke? Kenapa awak pandai-pandai pendekkan tempoh tunang kita?"

"Gila? Hmm... Mungkin. Ermm... Kenapa eh? Entah. Tapi bukan saya seorang je yang nak pendekkan tempoh tunang, awak pun pesan pada mama awak, yang awak nak pendekkan sebulan kan? Jadi apa bezanya bertunang tiga minggu dengan sebulan? Seminggu saja beza. Bukan saya suruh kita nikah esok pun!"

"Memanglah tak ada banyak beza. Tapi tak boleh ke awak bincang dengan saya dulu?" soalnya tidak puas hati.

Arlisya Firdaus ketawa. "Bincang? Eleh, awak dulu meminang saya tu ada awak bincang dengan saya. Fair and square lah. Now, we are even, Encik Tunang."

"This is not a football game, Firdaus."

"Ya, memang bukan. Bukan juga permainan bola keranjang, dam, catur atau boling. Tak ada juri, tak ada peraturan, tak ada gelanggang atau padang. Memang dah nyata bukan permainan. Dahlah, Hazim. Saya nak tengok TV. Jangan kacau, bye!"

Talian dimatikan. "Padan muka!"

Hazim memandang skrin telefonnya tidak puas hati. Dia keluar dari keretanya. Telefon disimpan dalam poket seluar. Memang dia sudah lama tahu pasal pertunangan itu sebelum Maghrib tadi. Tapi dia cuba menenangkan diri sebelum telefon tunangnya itu. Tetapi malangnya dia gagal mengawal amarah dalam hatinya. Rasa menyesal kerana meninggikan suara tadi.

Langkah kaki dibuka mendekati kedai mamak. Dia mendekati meja yang diduduki oleh Taufiq. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan kawannya. "Aku tak fahamlah perempuan ni." Dia membuka bicara.

"Apahal ni? Tu aku dah order kan kau air sirap limau."

"Sepupu kau tulah. Haritu aku tengok marah-marah aku, kata tak suka aku pinang dia. Lepas tu, tengok-tengok dia yang pendekkan tempoh tunang sampai tiga minggu," terang Hazim. Ternyata wanita itu lebih sukar difahami.

Taufiq gelak melihat muka stres Hazim.

"Gelak pulak kau!" marah lelaki itu.

"Lawaklah. Dulu kau jugak beria tanya macam-macam pasal dia, konon nak prepare takut dia reject kau bila dia tahu yang kau tu dah lama tahu dia perempuan. Lepas tu baru beberapa kali cakap dengan dia, dah stres. Relakslah... Ya, aku tau, Firdaus tu suka buka keputusan tak fikir akibatnya. Tapi dia tak pernah menyesal dengan keputusan yang dia buat. Aku pernah ceritakan macam mana dia boleh jadi lelaki?"

Hazim diam minum airnya.

"Walaupun dia tak suka bila orang tak percaya dia tu perempuan, tapi dia rasa bersyukur sebab sepanjang dia jadi 'lelaki' tak pernah dia di'usik' oleh lelaki. Tak pernah lelaki cuba mengorat dia. Kadang-kadang aku rasa macam dia tak perlukan lelaki, sebab dia sangat independent. Arwah ayah memang dah letakkan kepercayaan pada dia untuk jaga keluarga dia."

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now