Bab 19 : Syarat untuk Orang Pentingkan Diri Sendiri

1.2K 103 0
                                    

Arlisya Firdaus puas melihat pagi itu semua persiapan untuk permainan rekaannya hampir siap. Matanya menilik jam kecil yang diletak di atas meja kaunter penyertaan. Hampir pukul lapan pagi. Pakaian khas untuk permainan sudah ada di sisi meja kaunter. Kad watak yang perlu diberikan pada setiap ahli kumpulan sudah disediakan. Setiap kad watak mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Lima cabaran sudah diadakan di setiap checkpoint. Ada beberapa orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga setiap checkpoint tersebut. Di ruang kosong tempat mereka berkumpul semalam sudah penuh dengan kerusi dan penonton yang ingin menonton permainan tersebut secara siaran langsung.

Arlisya Firdaus mengangkat walkie talkie yang berfungsi sebagai alat perhubungannya dengan setiap penjaga checkpoint dan pembantunya. "Semua dah sedia?"

"Sudah!"

Arlisya Firdaus memandang semua peserta yang sudah sampai. "Jadi, semua ahli kumpulan awak ada?" soalnya. Ada empat kumpulan kesemuanya. Dua kumpulan ada 7 orang ahli dan dua kumpulan lagi ada 8 orang ahli.

"Ada. Cukup semuanya!"

"Baiklah, saya nak satu demi satu kumpulan pergi ke kaunter sana untuk ambil baju dan tukar. Di kaunter nanti anda akan terima baju dan juga kad watak. Setiap kad watak ada fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Dalam satu kumpulan ada seorang raja atau permaisuri. Maknanya dua kumpulan ada raja, dua kumpulan ada permaisuri. Semua ahli wajib lindungi pemimpin mereka.

Ada seorang menjadi pembuka kunci setiap kotak cabaran. Ada empat hingga lima orang knight. Dua orang daripada knight ini adalah ermm... Dikira macam pembelot dalam diamlah. Tak ada orang pun tahu diorang ni pembelot kecuali tuan punya badan. Dan terakhir sekali adalah seorang penilik. Tugas penilik ni, dia boleh teka dan minta tolong atau berbincang dengan ahlinya untuk mencari siapa pembelot untuk kumpulan lain. Dia orang boleh cuba singkirkan pembelot kumpulan lain tapi bukan kumpulan sendiri. Tapi pembelot kumpulan sendiri boleh khianati ahli kumpulannya, dah nama pun pembelot kan?"

Arlisya Firdaus berhenti seketika sebelum menyambung. "Siapa yang dapat watak pembelot, kalau anda berjaya singkirkan semua ahli kumpulan anda, bermakna pembelot yang akan menang. Kalau tidak, sebaliknyalah."

Seorang ahli sihir mengangkat tangan, "Boleh ke kumpulan kita singkirkan kumpulan lain?"

Arlisya Firdaus menggeleng.

"Habis, apa guna ada kumpulan lain-lain ni?"

"Sebab nak bagi ramai orang dapat main. Awak nak kumpulan asing-asing macam ni, atau nak gabung semua orang?"

Semua peserta berbisik sesama sendiri. "Kumpulan macam ni sajalah."

Arlisya Firdaus senyum kecil. "Setiap kumpulan akan diberi satu peta. Peta tu berlainan setiap kumpulan. Ada jalan khas untuk kau orang semua. Jadi, ada checkpoint nanti awak akan bertembung, ada checkpoint lain awak takkan jumpa pun kumpulan ni. Faham?"

"Okay, awak semua dibenarkan untuk ambil barang-barang tu dekat sana. Kumpulan demi kumpulan."





🐾🐾🐾🐾




"Aku penat, rehat kejap, boleh tak?" tanya si kerdil dalam kumpulan itu.

"Kau ni, asyik penat, penat dan penat! Rehat saja tau? Bila kita nak sampai kalau macam ni? Tinggal satu cabaran saja pun! Nanti kau rehatlah sepuasnya!" teriak si pari-pari. Dalam fikirannya dia asyik membayangkan hadiah pemenang dan peserta. Tidak sabar rasanya ingin melengkapkan semua cabaran tersebut.

"Vid, kita rehatlah kejap. Muka Hill dah merah-merah tu."

"Hmm... betul tu, bagi masa sepuluh minit saja. Tak lari ke mana pun cabaran lima tu."

Vid mendengus. "Yalah, yalah. Lima minit saja! Lepas tu, kita gerak ke cabaran seterusnya."

Sementara itu, Arlisya Firdaus dan Bell menanti kumpulan peserta untuk tiba di garisan penamat. Bell menyusun hadiah-hadiah pemenang. "Firdaus, kau yakin ke berjaya baikkan semua orang?"

Arlisya Firdaus jungkit bahu tidak pasti. "Kita cuma mampu berharap. Apa yang aku tengok secara siaran langsung tadi, ada beberapa kumpulan yang seronok bekerjasama bersama-sama. Ada juga yang tidak habis bergaduh bertikam lidah."

Bell angguk saja.

Tak lama kemudian, datang kumpulan yang diketuai oleh Vid si pari-pari. Mereka sudah menyelesaikan cabaran terakhir, iaitu memasak bersama-sama. Arlisya Firdaus mengukir senyuman.

"Kami yang pertama sampai ke?" tanya Vid tergesa-gesa. Matanya sudah bersinar melihat hadiah bersusun di hadapan mata.

"Ya, tahniah! Awak semua akan terima hadiah pemenang. Hadiah peserta pula ada syarat yang perlu ditunaikan."

"Syarat?" Masing-masing tayang wajah pelik.

"Syarat apa? Saya sanggup tunai apa-apa syarat, janji dapat hadiah peserta," ujar Vid yakin. Gila tak mahu? Antara hadiah peserta itu berbentuk barang kemas.

Kenapa bukan hadiah pemenang?

Oh, barang kemas itu adalah umpan untuk peserta.

Senyuman manis Arlisya Firdaus bertukar kepada senyuman sinis. Dia menarik keluar beberapa helai kertas yang tertulis syarat-syarat perjanjian. Diagihkan kepada setiap ahli kumpulan tersebut. "Ambil seorang satu. Sila baca dengan teliti sebelum tanda tangan. Lepas tu, baru awak boleh ambil mana-mana hadiah yang awak mahu."

Beberapa orang ahli tersebut kelihatan ragu-ragu apabila membaca syarat-syarat tersebut. Namun tidak bagi Vid. Tanpa membaca, laju saja dia turunkan tanda tangan. Dihulurkan kertas itu kepada Arlisya Firdaus.

Gadis itu tidak ambil tetapi bertanya, "Awak yakin, Vid?"

Bell yang melihat berasa resah. Kejamnya Vid! Dia kenal Vid, salah seorang kawannya. Tak rapat, tapi kira baiklah juga.

Vid angguk laju. Dia terus mencari barang yang dimahukan selepas Arlisya Firdaus ambil kertasnya. "Weh, korang tunggu apa lagi?! Cepatlah ambil!" ajak Vid.

Arlisya Firdaus berdehem. "Vid, maaf. Awak tak boleh berkomunikasi, dalam apa jua cara dengan ahli kumpulan awak."

Tangan Vid yang ingin mengambil barang kemas itu terhenti. Dia pandang Arlisya Firdaus dan ahli kumpulannya bergilir-gilir. "Kenapa pulak?"

Ahli sihir dalam kumpulan Vid membaca satu per satu syarat di atas kertas itu.

"Dengan ini, saya bersetuju ingin mengambil hadiah peserta dan saya wajib tunaikan semua syarat di bawah:

1. Tidak berkomunikasi dengan mana-mana ahli kumpulan dalam apa jua cara.
2. Tidak memberi isyarat mata mahupun bertentang mata, berjalan beriringan, melepak di meja sama dengan mana-mana ahli kumpulan.
3. Tidak hadir ke apa-apa majlis berkaitan dengan mana-mana ahli kumpulan.
4. Tidak datang ke rumah mana-mana ahli kumpulan walaupun dalam keadaan kecemasan.
5. Tidak bertanya perihal mana-mana ahli kumpulan pada orang lain.

Jika saya ingkar mana-mana syarat di atas, saya dikehendaki menerima hukuman berat oleh Red atau Ozy atau Brin atau ketiga-tiganya."

Vid memandang wajah ahli-ahli kumpulannya yang sudah berubah. Vid masih tercengang.

"Maaf, Vid. Awak sudah pun tanda tangan," beritahu Arlisya Firdaus. Inilah saat yang paling ditunggu. Kesedaran dalam diri. Setelah apa yang dilalui sepanjang permainan dijalankan, keseronokan yang berjaya dicipta, ini balasan kepada mereka yang masih tamak dan mementingkan diri.











❤️❤️❤️❤️

Speechless? Don't worry bukan awak seorang. By the way, I think lagi satu bab saja Arlisya Firdaus dalam Broken Land. Hope so, sebab idea lepas keluar dari Broken Land dah melimpah ni😂

Hmm... Cadangnya nak habis sebelum 2019. Nampak macam tak dapat je😅

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now