Bab 3 : Kedai Buku

2.5K 157 8
                                    

Hazim mengambil buku-buku di dalam troli dan susun di rak buku. Dia mendengar lagu yang dialunkan oleh Linkin Park menerusi headphone berwarna biru. Mulutnya tergerak-gerak menyanyi lagu Numb dengan suara perlahan.

I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless, lost under the surface
Don't know what you're expecting of me
Put under the pressure of walking in your shoes
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)

Kaki kanannya dihentak pada lantai mengikut irama lagu. Langsung tidak peduli orang sekeliling kerana kedai buku itu jarang dikunjungi orang ramai. Selalunya, waktu hujung minggu saja yang ramai orang datang ataupun musim nak dekat peperiksaan.

Yelah, budak-budak kan suka study last minute.

I've become so numb, I can't feel you there
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you

Hazim menolak troli ke rak sebelah. Dia masih menyanyi lagu itu. Tidak sedar suaranya semakin lama, semakin kuat menyebabkan orang di rak sebelah dengar suaranya.

Arlisya Firdaus yang sedang mencari buku rujukan tetapi rasa hampa kerana buku rujukan terbitan Oxford Fajar itu terletak di rak tingkat atas sekali. Disebabkan ketinggiannya yang tak sampai 155 cm itu, dia cuba mencari pekerja untuk meminta tolong. Boleh saja nak panjat tapi sebab buku kan? Rasa bersalah pulak, dalam tu dahlah ada ilmu. Kalau tersepak tak berkat ilmu.

Jadi, insaflah siapa yang suka panjat rak tu kecuali kalau daruratlah. Hehe...

Sedang cuba mencari, dia terdengar seorang pekerja menyanyi salah satu lagu kegemarannya. Perlahan-lahan dia melangkah ke rak sebelah. Kelihatan seorang pekerja lelaki memakai baju T berkolar berwarna hitam seperti pekerja lain. Di belakang bajunya tertulis nama kedai itu.

Gadis itu tersenyum sendiri mendengar lelaki itu menyanyi lagu dari Imagine Dragons pula. Boleh nampak jejaka itu membuat mimik muka menghayati lagu yang dinyanyikan tanpa sedar dirinya diperhati oleh seseorang. Tambah lebar senyuman Arlisya Firdaus apabila melihat wajah lelaki itu.

Hazim.

Nama itu masih segar dalam ingatannya meskipun sudah setahun berlalu. Dia mengetap bibir. Patutkah aku tegur?

Arlisya Firdaus menggenggam jari-jemarinya. Langkah kakinya mendekati Hazim yang masih seronok menyanyi itu. Gadis itu mencuit bahu Hazim. "Hai!"

Disebabkan langsung tidak terfikir orang mencuit bahu, Hazim terbaling buku di tangannya. Dia cuba menangkap sehingga tubuhnya terlanggar troli buku. Troli itu bergerak sendiri ke sebuah rak buku di dinding.

Hazim berjaya menangkap buku itu. Mukanya berubah apabila melihat troli itu menghentam rak dinding. Dia menurunkan headphonenya biar tergantung pada leher. Kepalanya ditoleh ke arah manusia yang telah membantunya mencipta babak yang tidak wujud dalam skrip itu. Hazim terkesima melihat hamba Allah di hadapannya. Walaupun mereka baru bertemu dua kali sahaja, tetapi wajah orang di hadapannya itu terlekat kukuh di mindanya.

Arlisya Firdaus pelik melihat Hazim tidak berkata walau sepatah pun. Dia melayangkan tangannya di hadapan  wajah Hazim. Dia berdeham kuat.

Hazim tersedar akan kesilapannya merenung wajah yang belum sah menjadi haknya. Dia tergeleng kecil. Segera dia beristighfar dalam hati. Jantungnya berdegup laju dari biasa. Dia cuba membuat rentak jantungnya kembali normal namun tidak berjaya. "Hai?" Hazim balas setelah sekian lama diam dengan rasa janggal.

"Kau ingat aku lagi?" tanya Arlisya Firdaus ragu-ragu.

Hazim angguk. Dia menahan senyumannya. Gila tak ingat?! Dialah yang kedua berjaya membuat jantung aku ni berdegup laju dari kebiasaan.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now