Bab 20 : Posyen Merah Darah

1.3K 97 10
                                    

Arlisya Firdaus duduk di kafe orang kerdil sambil melihat persekitarannya yang sudah tidak macam dahulu. Dulu hanya ada orang kerdil dan segelintir saja makhluk dari kumpulan lain. Kini, kafe itu sudah dibanjiri oleh semua makhluk Broken Land. Tak kira tua atau muda.

Senyuman terlakar di bibir gadis itu.

"Apahal senyum sorang-sorang tu?" tanya Zim. Dia meletakkan dua cawan kopi ke atas meja. Satu untuknya dan satu lagi untuk gadis itu. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi tinggi itu.

"Suka aku tengok suasana macam ni."

Zim memandang ke luar dinding kaca lutsinar itu. "Hmm... Seumur hidup aku pun tak pernah nampak suasana macam ni. Tak sangka, idea kau tu bernas juga."

Arlisya Firdaus membuat muka bangga.

"Dahlah, menyesal pulak aku puji kau!" kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Zim membuatkan tawa gadis itu terletus.

"Hmm... Aku lupa nak tanya. Kita kan sibuk dengan tugasan ketiga, tak cukup sehari pun berehat dari selesaikan tugas kedua. Lepas tugasan kedua tu, kau ada ingat apa-apa tak?" tanya Zim curiga.

Spontan Arlisya Firdaus mengukir senyuman. Dia menoleh ke sebelah. "Mestilah ada."

"Apa dia?"

"Kau."

Terjungkit kedua-dua belah kening lelaki itu. Ditunding jari pada dadanya. "Aku? Aku ada dalam dunia kau?"

"Bukanlah kau, tapi muka kau orang sama. Patutlah waktu jumpa kau pertama kali tu, aku macam kenal. Aku pun tak tahu kenapa aku ingat kau, err... Hazim, nama dia. Sebab dekat dunia aku, Hazim ni tak rapat sangat pun dengan aku. Mungkin sebab sebelum aku jumpa Taufiq dan Rissa, Hazim datang ke kafe mak aku."

"Mak kau ada kafe?" Zim mencelah.

Arlisya Firdaus mengangguk mengiyakan. "Dia beritahu berita gembira, hmm... bagi dialah. Dia dapat tawaran sambung belajar ke United Kingdom. UK. Jauhlah dari tempat tinggal aku tu. Umpama macam aku tinggal dekat Broken Land, Hazim ni sambung belajar dekat pulau lain."

Zim angguk faham. Pada mulanya berkerut juga keningnya. "Tapi siapa dia? Kawan?"

"Mungkin. Tapi bagi aku lebih dari itu."

Zim teguk airnya. Keningnya terjungkit sebelah.

"Dia crush aku. Maksud aku, aku suka dia. Tapi aku bukan ingat pasal dia aje. Aku ada juga ingat pasal Khai, Iqmal dan beberapa yang lain."

"Tu siapa pulak?"

"Khai tu macam abang aku. Dia barista dekat kafe mak aku. Iqmal pulak kawan yang muda setahun dari aku."

Zim angguk lagi. "Lepas tugasan ketiga ni? Kau ada ingat sesiapa?"

Arlisya Firdaus lantas menunduk. "Aku ingat, macam mana aku jadi macam ni."









🐾🐾🐾🐾🐾









Arlisya Firdaus berlari-lari masuk ke dalam rumah. Dia pulang lebih awal harini kerana mendapat berita buruk mengenai ayahnya. Matanya sudah lebat mengalirkan air mata. Dia meninggalkan Arissa, adiknya yang baru saja ingin keluar dari kereta. Tubuh kecil itu meluru ke arah jasad yang sudah tidak bernyawa di tengah-tengah ruang tamu itu.

"Ayah, ayah jangan tinggalkan Fir. Ayah, ayah dah janji, ayah mana boleh pergi macam tu saja. Ayah!" rintihnya sambil menggoncang tubuh tidak bernyawa milik ayahnya.

Mak ambil Arlisya Firdaus cuba menenangkan anak sulungnya itu. "Fir, jangan macam ni. Ayah dah takde. Jangan seksa dia." Dia faham perasaan anaknya yang usia baru menginjak 12 tahun itu. Wajahnya turut basah dengan air mata. Sungguh dia tidak menyangka suaminya akan pergi seawal itu.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now