Bab 4 : Tapi Kalau Aku Shrek, Kau Jadi Fionalah

2.3K 148 12
                                    

Arlisya Firdaus mengelap kaunter menggunakan kain lap. Dia sudah pun semakin mahir membuat kopi sehinggakan Khai percaya untuk tinggalkan kaunter itu untuk diuruskan oleh Arlisya Firdaus. Loceng bergemerincing menandakan ada pelanggan baru masuk.

"Assalamualaikum, selamat datang," sapanya kepada pelanggan itu tanpa melihat wajah sang pelanggan.

"Waalaikumussalam. Kau kerja sini?"

Arlisya Firdaus mengangkat wajah. Dia terpaku sesaat melihat wajah Hazim terpacul di hadapan kaunter. "Err... Haah. Kau nak pesan apa?"

"Bagi cappucino ais lah."

Arlisya Firdaus meletakkan kain lap ke tepi. Dia mula membuat kopi seperti yang dipesan. Setelah siap, dihidangkan air itu di hadapan Hazim.

"Khai mana?"

"Khai? Dia ambil cuti. Aku kan baru mahir buat kopi, so dia diberi cuti dua hari setiap minggu oleh ma... majikan. So, dua hari tu akulah yang ganti." hampir saja panggilan mak terkeluar dari mulut Arlisya Firdaus. Dia tidak mahu mengelirukan lelaki itu dengan jantinanya. Jadi dibiarkan saja lelaki itu berfikir dia bukan anak majikan.

"Oh, baguslah tu. Takkan setiap hari dia nak kena buat air kan?"

Arlisya Firdaus angguk. Tukang masak mereka pun ada dua orang dan bertukar-tukar hari. Cuma pembuat air hanya Khai seorang. "Eh, kau nak rasa wafer tak? Aku baru try buat tadi. Tak taulah sedap ke tak."

"Boleh jugak." Hazim senyum melihat gadis itu beredar ke tingkap yang memisahkan dapur dengan kaunter. Dia ambil sepinggan berisi wafer dengan sudu. Ada je orang guna garfu, tapi suka hatilah nak ambik sudu ke garfu. Pinggan itu diletakkan di hadapan Hazim. Sudu tadi diletakkan di atas pinggan.

Hazim ambil sudu itu. Dibacanya doa makan lalu dipotong wafer itu sesudu. Disuapnya ke dalam mulut dengan bacaan bismillah.

Arlisya Firdaus memandang penuh harapan. Dia sebenarnya ingin meminta Yazid yang merupakan tukang masak yang mengajarnya tadi merasa. Tapi tak sempat sebab pelanggan semakin ramai dan dia perlu menyiapkan pesanan secepat mungkin mengelakkan angin marah datang kepada pelanggan.

"Macam mana?"

"Okay, tapi manis dia terlebih sikit. So far, okaylah."

"Kau sure? Cakap je apa-apa yang tak puas hati. Aku terima aje."

"Sure. Memang okay. Kau tak percaya makanlah sekali."

Arlisya Firdaus terkesima. Crush ajak makan sekali wo! Kau ado? Dia pandang Hazim meminta kepastian sebelum mengambil sudu lain. Dia makan wafer yang dibuat sendiri. "Eh haahlah okay."

Hazim senyum dan angguk. Suasana sepi seketika kerana masing-masing menikmati wafer tersebut. Hazim berdeham. "Apa favourite warna kau?" soalnya secara rawak.

"Purple," jawabnya yakin.

Kening Hazim berkerut. Memang semua perempuan suka purple ke apa?

"Apa kau cakap?"

Alamak, aku cakap kuat ke? Terbuntang mata Hazim. Dia geleng menafikan, "Takde apa. Aku tak cakap apa-apa. Cuma kau nampak macam lebih kepada blue person."

Arlisya Firdaus mengangguk. "Haah, memang pun. Barang aku tak banyak warna purple, warna biru banyaklah. Lima tahun sekolah ni, semua beg sekolah aku warna biru. Kalau time darjah lima yelah ungu."

"Kau pulak?" Sesudu aiskrim yang menjadi topping wafer itu disuap ke dalam mulut.

"Hijau."

"Hijau? Macam Shrek?" Arlisya Firdaus gelak.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now