Bab 2 : Khai, Mulut Aku Dah Tercemar!

2.4K 143 3
                                    

Hazim masuk ke kedai alatan muzik menghabiskan waktu rehatnya yang masih berbaki 20 minit. Dia menilik gitar di situ. Dia tahu dia tidak mampu ingin membeli salah satu alat muzik. Waktu sekolah rendah memang dia ambil kelas piano manakala gitar pula diajar oleh seorang guru peribadi yang selalu berkunjung ke asrama anak yatimnya selepas menghabiskan masa di sekolah agama rakyat.

Sehingga sekarang, dia memang tidak mampu memiliki satu pun alat muzik. Dua tahun lepas, selalunya datang rumah Qaiser, main alat muzik dia sajalah.

Nasib baik sahabat baiknya itu mengerti minat mendalam Hazim terhadap bidang muzik. Dia melarikan jarinya di atas permukaan piano.

"Kalau encik nak main, boleh saja. Asalkan tiada kerosakan berlaku. Biasa pelanggan kami datang ke mari untuk bermain piano ini," tegur seorang jurujual kedai itu.

Hazim memandang jurujual itu, mungkin ingin meminta keizinan. Dia senyum nipis lalu melabuhkan duduk di atas bangku. Jarinya dilarikan di atasnya memainkan lagu. Di dalam hati saja dia menyanyikan lagu itu.

Dalam masa yang sama, "Kau nak ikut tak, Fir?" tanya Khai memandang Arlisya Firdaus yang leka menghabiskan air ice blended cappucino oreo yang dibuat khas untuknya.

Gadis itu mengangguk laju. "Ikut lah. Aku tengah takde kerja ni."

"Homework kau dah siap ke? Kau tu dah form 5 tau, tak boleh nak main-main sangat tahun ni."

Arlisya Firdaus menjeling Khai. "Aku tahulah!" dia turun dari bangku bulat tinggi itu lalu mengekor Khai keluar dari kafe. Di tangan masih tidak lepas cup berisi cappucino oreo itu.

Mereka berjalan ke kedai menjual alatan muzik tidak jauh dari situ. Kening Khai berkerut melihat beberapa orang perempuan mengerumuni kedai itu. "Ada sale ke harini? Ramai semacam je..."

Arlisya Firdaus menjungkit bahu. Tolak saja pintu kaca itu, kedengaran bunyi piano dimainkan. "Ada orang main piano lah, Khai! Lelaki ke perempuan? Alahai, aku dahlah minat giler lelaki pandai main muzik ni!" Tumpuan terhadap ice blended di tangan terus beralih pada seseorang yang bermain alat muzik itu.

Khai hanya geleng kecil. Dia meninggalkan Arlisya Firdaus yang terjengkit-jengkit kaki ingin melihat orang yang bermain piano itu. Tak lama kemudian, orang itu berhenti dan keluar dari kedai tanpa sempat memberi peluang pada Arlisya Firdaus untuk memandang muka lelaki itu. Perempuan-perempuan yang mengerumuni lelaki itu terus mengekornya keluar.

Khai menilik gitar yang ada di situ. Tidak menghiraukan para gadis yang terkinja-kinja macam beruk kat hutan Amazon.

"Ye, bang nak apa?" tegur jurujual yang tadi memberi keizinan pelanggannya bermain piano.

"Saya nak tengok-tengok je dulu. Ermm... Siapa yang main piano tadi tu?"

Kening jurujual itu berkerut. "Saya tak cam sangatlah muka dia sebab baru pertama kali dia datang ke sini. Tapi macam budak lepasan SPM. Kenapa ya?"

Khai geleng. "Can you do me a favor?"

Lelaki itu mengeluarkan buku nota kecil yang sering dibawa di dalam poket bersama dengan sebatang pen. Bukan buku 555 ye? Dia menulis 10 angka di atas helaian kosong lalu dikoyakkan. Sempat menulis namanya dalam kurungan. "Ni nombor saya, kalau lelaki tadi datang lagi call aje nombor ni. Ataupun suruh dia datang ke Firissa Coffee. Tau kan?"

"Kafe tu kat lot depan ni kan?"

"Haah. Saya berminat nak kenal dia," jawab Khai spontan. Dia sendiri tidak pasti niat sebenarnya. Nak jadi matchmaker untuk anak majikannya ke?

Khai beredar bersama dengan Arlisya Firdaus yang masih kecewa tidak dapat melihat wajah lelaki tadi. Tadi bukan tak tahu jantina ke?

Dah tu, tengoklah ramai tengoknya perempuan. Oh tak, semua sebenarnya. Jadi, kemungkinan besar pemain piano tadi ialah kaum Adam.






TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now