Bab 1 : Tapi kau suka Joker kan?

3K 167 9
                                    

"Khai! Roti bakar biasa satu!" Laung Arlisya Firdaus masuk saja ke dalam kafe itu. Para pelanggan langsung tidak ambil kisah kecuali pada yang jarang datang mengunjungi kafe itu. Kebanyakkannya sudah biasa dengan perangai selamba Arlisya Firdaus. Masakan tidak, dia anak kepada pemilik kafe itu.

Khai menjeling gadis yang sudah berada di kaunter itu. "Kau fikir ni mamak ke nak jerit-jerit bagai?"

"Oh, bukan eh?" Arlisya Firdaus menayangkan barisan giginya yang putih dan tak berapa kemas tersusun. Braces? Gigi dia tak adalah teruk sangat nak pakai dan memang tak terfikir nak pakai pun!

Khai berlalu ke dapur ingin menyiapkan makanan yang dipesan oleh gadis itu. Oh tak, bukan dia yang buat. Tukang masak yang buat. Khai tukang buat air aje.

"Weh, telur setengah masak sekali tau?" Dia mengambil kerusi tinggi yang kosong lalu diletakkan pada kaunter. Ada ruang untuk makan di situ. Dia memang suka nak duduk situ supaya senang dia nak berbual kosong dengan Khai apabila lelaki itu bekerja.

Arlisya Firdaus menongkat dagu memerhati Khai membuat air untuknya. "Kau tak ada kerja sekolah ke, Fir?" Soal lelaki itu.

"Ada. Tapi banyak dah siap. Aku bosanlah. Bila agaknya Taufik nak balik?" Taufik ialah kawan baik merangkap sepupu rapat Arlisya Firdaus. Taufik tua setahun darinya dan sekarang sedang berada di luar negeri membuat research tentang bangunan... apa entah kerja dia tu.

"Nanti dia baliklah tu. Dia kan ada research nak kena buat. Nak jadi arkitek kan?" Khai memujuk.

Arlisya Firdaus memuncungkan mulutnya. "Aku ni mesti nanti jadi andartu tak laku." Dia membuka topik lain, tak mahu terus bersedih.

Kening Khai berkerut. Dia menghamburkan tawa kecil. "Awalnya kau fikir. Kau baru 17 tahun kut?"

"Memanglah, tapi semua lelaki fikir aku ni lelaki, macam kau? Entah aku ni tak kahwin langsung nanti."

Khai sengih kelat. Rasa bersalah pun ada. Memang dulu dia sendiri pun tidak percaya gadis di hadapannya seorang perempuan. Nak tahu kenapa? Lihat pada gayanya langsung tak ubah seperti lelaki. Tak ada rupa perempuan langsung!

Khai memandang Arlisya Firdaus. Rambutnya berwarna hitam itu pendek paras telinga dan gayanya seperti lelaki. Tapi tak adalah sampai buat rambut pacak. Mukanya garang tapi disebabkan dia sentiasa ceria, boleh nampak kecomelannya. Tubuhnya tersarung baju hoodie nipis berwarna biru gelap yang ada logo Captain America di tengahnya. Seluar jeansnya berwarna hitam jenis cargo. Kasut tak dapat dilihat, tapi Khai tahu gadis itu pakai kasut sneakers jenama Converse berwarna biru potongan tinggi.

Sekali pandang memang betul-betul nampak seperti lelaki! Sudahlah dia pemain bola sepak di sekolahnya, tapi tahun ini dia berhenti kerana dia masuk pun sebab Taufik saja.

Bukan setakat lelaki, perempuan pun kata dia ni lelaki. Jangan pandang rendah pada Arlisya Firdaus, setiap hari dia menerima surat dari peminat yang merupakan kaumnya sendiri!

Sukar untuk Khai percaya anak pemilik kafe Firissa Coffee itu perempuan. Dia percaya pun bila dia lihat sendiri kad pengenalan dan sijil lahir yang Arlisya Firdaus tunjuk padanya.

"Tak payah fikirlah pasal semua tu. Akan ada punya lelaki yang kenal kau sebagai seorang perempuan."

Roti bakar yang dilapis dua berinti kaya dan mentega sampai di depan mata Arlisya Firdaus. Telur setengah masak tiba tidak lama kemudian.  Dia menuang sedikit kicap dan lada sulah ke atas telur setengah masak yang sudah siap dipecahkan. Kemudian, dia kacau sebati. Roti bakar dicubit sedikit lalu dicicah ke dalam telur setengah masak.

Delicious!

"Tahun ni kau nak SPM kan, Fir? Kau dah ready?" Khai saja mengingatkan perkara ngeri dalam hidup Arlisya Firdaus.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now