Bab 22 : Weh, Aku Perempuan, kan?!

1.4K 106 7
                                    

Arlisya Firdaus gigit roti krim Gardenia perisa coklat itu kasar. Dia duduk di kerusi batu memerhati pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 berbual kosong di sekelilingnya. Dia duduk bersila di atas kerusi batu itu. Dikunyah roti perlahan-lahan. Sebelah tangannya mengusap rambut. Dah berapa kali entah dia berdoa agar rambutnya panjang cepat. Dia mahu buktikan dia ialah perempuan.

Sedang dia leka makan, seseorang mengambil tempat di sebelahnya.

"Kau nak apa duduk sini, Peach?" Sengaja Arlisya Firdaus menekan perkataan Peach. Entah macam mana boleh dia jumpa Peach di dunia sebenar.

Afham terkedu. Terkejut dia, mana tidaknya gadis itu leka memerhati sekeliling. Tapi sedar pula dia duduk di sebelah. Sudahlah cakap tak pandang orang. Dia sengih. "Arlisya Firdaus, kan?"

Lantas kepala gadis itu berpaling ke sebelah. Setahunya tadi Cikgu Maimun panggil nama Firdaus aje. "Mana kau tahu nama aku?"

"Kau tak ingat aku ke, Firdaus?" Soalan dibalas soalan.

Hei, cikgu BM ajar soalan dibalas jawapan lah!

Berkerut seribu dahi Arlisya Firdaus. Puas dia amati wajah Afham. Tiada satu pun ingatan mengenai lelaki itu. Kalau Peach, aku taulah. Takkan Peach ikut aku ke dunia aku pulak? Habis, Zim macam mana kalau gitu?

Afham mencebik sedih. "Sampai hati kau tinggalkan aku tanpa pesan. Aku tahu balik dari New Zealand, aku dah dengar cerita pasal arwah ayah kau. Hmm... Pasal tu, takziah weh. Aku minta maaf sebab takde waktu kau perlukan kawan baik." sayu suara lelaki itu.

Arlisya Firdaus semakin bingung. Siapa lelaki ini? Macam mana dia tahu pasal arwah ayah? Kawan baik? "Kau merepek apa ni? Aku mana ada kawan baik."

Afham menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Dia bersandar pada kerusi batu. "Kau betul tak ingat aku?"

Arlisya Firdaus menggeleng laju. Roti Gardenia yang tinggal sedikit itu disumbat ke dalam mulut. Kembung mulutnya kerana roti itu. Dia berpusing betul-betul menghadap Afham.

"Aku kawan tadika kaulah!"

Terbeliak mata gadis itu. "Kawan tadika? Seriuslah... Kejap, kalau kau kawan tadika aku, kau tahulah aku perempuan?" Mata Arlisya Firdaus bersinar-sinar.

Giliran Afham pula yang berkerut dahi. "Kau dah kenapa? Dah memang sahlah kau perempuan, gila!"

"YES!" jerit Arlisya Firdaus kegembiraan. Tangannya dinaikkan ke udara.

Afham mengerutkan kening. "Kau dah kenapa?"

"Kalau kau nak tahu, semua orang dekat sini, tak percaya aku perempuan."

"Huh?"

Tiba-tiba datang Syasya dan gengnya mendekati Arlisya Firdaus dan Afham. Serentak kedua-dua makhluk Allah itu memandang ke arah sekumpulan gadis itu apabila mendengar Syasya memanggil nama Arlisya Firdaus.

"Firdaus, I tengok rambut you makin panjanglah. You nak I bawak pergi barbershop tak petang ni? I boleh tolong gayakan rambut you sekali." Tersipu-sipu Syasya sambil bercakap.

Satu lengan berpaut pada kerusi. Arlisya Firdaus geli-geleman melihat Syasya. Dia pandang wajah Afham memberi isyarat mata seperti bercakap, 'Masih tak percaya?'

Afham pula terbungkam melihat Syasya bercakap dengan Arlisya Firdaus seolah-olah gadis itu merupakan seorang lelaki.

"Maaflah, Syasya. Aku tak nak potong rambut lagilah. Satu lagi, aku perempuan tau?"

Syasya dan gengnya gelak mendengar ayat terakhir dari mulut Arlisya Firdaus. "Come on lah, Fir. Lawak you dah lapuklah!"

Mereka beredar dari situ.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now