Bab 15 : Berjuang Sehingga ke Titisan Darah yang Terakhir

1.4K 98 4
                                    

Arlisya Firdaus terjaga dari tidur. Matanya memandang sekeliling. Otaknya cuba memproses apa yang berlaku pada dirinya. Terhantuk pada batu, jumpa Zim di hutan, dia ada kawan yang merupakan orang kerdil, selamatkan Datuk Brin dari cengkaman si pari-pari, harta karun yang dilarang untuk didekati, jerung dan makhluk lautan yang anti dengan makhluk darat.

"Ah, semuanya benar-benar terjadi? Kenapalah bukan jadi dalam mimpi saja?" soal gadis itu sendirian. Dia berdiri lalu matanya membulat. Dia dapati Brus dan Bell tiada di tempat mereka tidur.

"Zim, Peach! Bangunlah weh!" Dengan kaki saja, Arlisya Firdaus menggerakkan tubuh dua orang jejaka itu.

"Hmm..."

"Hoi, bangunlah! Brus dan Bell dah hilang!" teriak gadis itu.

Serentak kedua-dua orang lelaki itu berdiri dengan laju. "Apa?"

"Brus dan Bell?"

"HILANG?!"

Dalam keadaan mamai, mereka berdua mengulangi kenyataan yang dinyatakan oleh Arlisya Firdaus. Aduh, kalau hilang pun kasilah aku hilang dengan Bell, ni tak pasal-pasal terperangkap dengan dua orang lelaki ni. Keluh hati gadis itu.

"Selamat pagi, kami tentera yang ditugaskan untuk membantu kalian mencari makhluk lautan yang hilang." Tiba-tiba muncul seorang lelaki kacak bersama seangkatan tentera yang sudah lengkap bersenjata.

Arliaya Firdaus terpegun melihat wajah kacak lelaki itu. Terkebil-kebil matanya mencerna kata-kata lelaki itu.

Peach dan Zim terus berdiri di hadapan lelaki itu meninggalkan Arlisya Firdaus di belakang. "Kau orang ni? Yang diarahkan oleh Raja Pluto?"

Wajah serius lelaki itu tayang. "Nama aku Scorpi. Kapten Scorpi."

Terhambur tawa dari Arlisya Firdaus. "Scorpi? Hahaha... Nama apa tu?"

Peach dan Zim terpengaruh dengan gadis itu lalu mereka ketawa bersama. Perbuatan mereka membuatkan muka Kapten Scorpi merah padam.

"Sudah! Kau orang bernasib baik aku dan tentera aku ada untuk membantu, kalau tidak kau orang boleh pergi lawan dralion bertiga sahaja. Aku tak rugi apa-apa," ujar Kapten Scorpi dengan bongkak.

Serentak mereka bertiga berhenti ketawa. Zim dan Peach menoleh. Tajam pandangan mereka bertentang dengan mata Kapten Scorpi. Masing-masing terdiam. Tetapi bukan diam kosong, sedang menunggu masa perbalahan bermula.

Arlisya Firdaus mengerutkan kening melihat suasana tegang itu. Dia berdehem sebelum bercadang, "Apa kata kita tangguhkan dulu apa saja niat dendam kesumat di hati kau orang tu. Kita ada orang yang perlu diselamatkan. Err... Maksud aku makhluk."

"Baiklah, memandangkan kau orang tak dibekalkan senjata, Raja Pluto mengarahkan kami beri pinjam senjata kami bagi memudahkan kau orang berlawan dengan dralion," jelas Kapten Scorpi.

Dua orang tentera daripada mereka datang ke hadapan membawa satu bekas besar berisi senjata. Baru saja Zim dan Peach ingin mendekati, Kapten Scorpi menghalang, "Bawak bertenang. Biar aku pilihkan senjata sesuai untuk kau orang."

Dahi Arlisya Firdaus berkerut. Wajahnya tampak tidak puas hati. Pasti dia tidak dapat senjata yang hebat sangat.

"Peach, kau ambik pisau kecil ni. Memandangkan kau ada magis, aku tak rasa kau perlukan senjata yang berat sangat. Zim, aku bagi kau pedang. Harap kau boleh guna dengan baik pedang tu. Dan... Siapa kau?" Kapten Scorpi pandang satu-satunya gadis di situ.

"Firdaus."

"Okay, aku bagi kau arrow. Guna sebaiknya." Dia menghulurkan busur dan anak panah kepada gadis itu.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now