Bab 35 : Hazim, aku suka isteri kau ni!

1.8K 101 3
                                    

Arlisya Firdaus keluar dari kereta. Dia berdiri di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat. Hazim memberi salam sebelum membuka selak pagar berwarna perang gelap itu.

"Waalaikumussalam." Seorang lelaki keluar dari rumah. Dia tersenyum melihat manusia di hadapan rumah. "Hazim, Firdaus, marilah masuk rumah."

Arlisya Firdaus membalas senyuman manis bapa mentuanya. Dia menyalam tangan lelaki itu selepas Hazim menyalam. Dia masuk ke rumah mendahului Hazim yang membawa beg pakaian mereka.

Rumah itu nampak kemas walaupun hanya seorang lelaki yang menjadi penghuni rumah itu. Setahunya ayah Hazim tidak berkahwin selepas bercerai dengan mama Hazim. Ayah Hazim yang tidak mahu. Katanya dia lebih selesa hidup sendiri.

Mereka datang ke rumah itu untuk menyelesaikan majlis terakhir. Majlis di rumah Ayah Hazim hanya dibuat kecil-kecilan. Tiada persandingan. Hanya majlis kesyukuran menyambut menantu. Juga mungkin reunion kecil untuk Hazim dan kawan-kawan sekolahnya.

Selepas makan tengah hari bersama di rumah kecil itu, Hazim mengajak Arlisya Firdaus berjalan di pekan. Mereka berjalan melalui kedai kopi Pak Saidi yang kini diambil alih oleh cucu saudaranya, Qayyum.

"Hazim! Lama tak nampak? Sihat? " tegur Qayyum. Dia ternampak Hazim berjalan bersama dengan seorang wanita melintasi kedainya.

Hazim senyum menghulurkan tangan untuk bersalam. "Alhamdulillah, sihat. Kau datang tak lusa?"

"Of course! Tak sangka kau kahwin dulu sebelum kitorang semua. Ni mesti Arlisya Firdaus kan? Aku Qayyum. Ex-classmate Hazim."

Arlisya Firdaus hanya senyum sebagai tanda perkenalan. Awkward pulak.

"Haah. Aku nak bawak dia jalan-jalan kawasan ni. Okaylah, jumpa lagi nanti." Hazim bersalam lagi buat kali terakhir. Dia melingkarkan tangan pada bahu Arlisya Firdaus menarik wanita itu untuk menyambung perjalanan mereka.

"Seorang Qayyum, yang kawan baik awak tu siapa?" soal Arlisya Firdaus yang dari tadi membisu.

"Qaiser. Dia balik sini esok. Nak pergi sekolah lama saya tak?" Hazim mengajak.

Arlisya Firdaus memandang suaminya. Sebelah keningnya terjungkit. "Saya dah pernah pergilah sebelum ni."

"Manalah tahu, awak nak mengimbas semula saat pertama kali kita jumpa ke?" Hazim senyum senget.

Arlisya Firdaus menjulingkan mata ke atas. "You are the tour guide right now. Jangan tanya saya."

"Okay, I accept that as a yes, then."

Arlisya Firdaus tersenyum melihat wajah gembira Hazim yang ingin membawanya ke tempat mereka bertemu pertama kali sebelas tahun yang lepas.

Masuk saja ke dalam kawasan sekolah, Hazim menyapa pengawal keselamatan yang amat mengenali Hazim. Memandangkan hari itu ialah hari cuti sekolah, bangunan sekolah tampak kosong tanpa murid. Tapi ada beberapa buah kereta diparkir dalam kawasan sekolah. Mungkin ada guru yang membuat kelas tambahan untuk pelajar mereka.

"Untung sekolah awak ada stadium. Sekolah saya, sekolah private pun tak mampu nak ada stadium."

"Pengetua suruh buat stadium ni pun sebab sekolah ni aktif bersukan. Pengasas sebuah universiti sukan, Umar al-Fateh pun pernah tawarkan biasiswa untuk beberapa murid sekolah ni," terang Hazim.

"Awak tak dapat ke? Awak kan hebat jugak dalam sukan?" soal Arlisya Firdaus. Selama ini, semua tentang Hazim yang pernah diceritakan oleh Taufiq hebat-hebat belaka. Seakan tiada kecacatan yang dilihat pada lelaki itu. Tetapi sudah hampir seminggu dia menjadi isteri Hazim, sedikit demi sedikit dia mengenali diri Hazim yang sebenar. Seorang anak yang terabai, seorang kawan yang ditinggalkan dan seorang lelaki yang banyak terluka.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now