Bab 10 : Pari-pari

1.7K 127 10
                                    

"Kalau kita pergi ke arah sini, akan bertemu dengan bahagian yang orang tak tahu cara nak masuk tempat ni. Tapi apa akan jadi, kalau kita pergi arah sebelah sana?" tanya Arlisya Firdaus apabila Brus dan Zim kelihatan seperti berputus asa kerana sudah sampai ke penghujung pulau itu.

Gadis itu bermain pasir pantai. Pasir itu jernih dan nampak seakan-akan kristal yang berkilau. Ia tidak seperti pantai di Malaysia.

Brus menjungkit bahu. "Aku baru turun ke sini kali ini. Tak pernah datang ke mana-mana tempat ni. Aku dah pernah cakap, kan?"

Zim mengusap dagu. "Apa kata, kita patah balik dan cari datuk kau di sebelah sana pula. Aku tak rasa dia ada kat sini. Ozy pun cakap dia dah hilang, tak mungkin datuk kau ada kat sini. Kalau tidak, mesti Ozy dah jumpa."

Arlisya Firdaus dan Brus memandang Zim serentak. "Brilliant!" Puji gadis itu.

"Huh?"

"Maksud aku, boleh tahan bernas juga idea kau." Baru Arlisya Firdaus mengerti. Orang-orang di sini tak faham bahasa Inggeris.

Brus bangun dari duduk. "Baiklah, mari kita patah balik, dan tengok apa yang ada sebelah sana. Kalau duduk sini lagi lama, lagi membuang masa kita."

Arlisya Firdaus mengangguk. Dia membersihkan tangannya dengan air laut dan mengikut kedua-dua orang lelaki itu beredar dari situ. Tanpa henti mereka berjalan ke terowong bawah tanah semula. Tidak kira sudah malam atau siang. Mereka tetap melangkah maju ke hadapan kerana tidak mahu membuang masa lebih lama di sini.

Masuk ke dalam terowong itu, segala perabot rekaan yang ada hilang. Berkerut-kerut dahi mereka cuba menghadam.

"Sebelum kita masuk sana, ada perabot kan?"

Brus dan Arlisya Firdaus mengangguk menjawab soalan Zim.

"Pasti ada orang yang datang ke sini. Boleh jadi dia juga orang yang telah menghilangkan datuk aku!" Brus mengambil obor di tepi dinding. Dia menyuluh jalan dengan obor. Arlisya Firdaus di belakangnya dan Zim berada di belakang sekali. Berhatu-hati mereka berjalan melalui terowong gelap itu.

Sampai di tempat mereka masuk tadi, Brus melihat sekeliling dan juga lubang yang mereka masuk dari atas. Tertutup rapat. Mereka kembali berjalan sehingga sampai ke penghujung terowong.

Brus menghentikan langkah menghalang Arlisya Firdaus dan Zim dari terus berjalan. Dia meletakkan jari pada mulut menyuruh mereka diam.

"Kenapa?" Tanya Zim keliru.

Brus menunding jari pada makhluk seperti manusia tetapi mereka mempunyai sayap di belakang badan. Pari-pari?

"Pari-pari tu boleh tunaikan permintaan kan? Kenapa?"

"Pari-pari bukan seperti yang kau sangka. Mereka nampak saja baik dan boleh tunaikan permintaan. Tapi itu cuma helah semata-mata. Di sebalik penipuan tu, mereka banyak sebarkan perkara palsu pada orang lain," jelas Zim.

Arlisya Firdaus mengerutkan kening. Wow, tak sangka!

"Apa jadi kalau mereka nampak kita?" Seseorang yang tidak dikenali bertanya.

Zim jawab, "Entah, aku pun tak tau. Brus?"

Brus jungkit bahu. Tiga saat kemudian, dia, Arlisya Firdaus dan Zim berpandangan. Kejap, tu suara siapa?

Perlahan-lahan mereka menoleh ke belakang. Seseorang itu senyum lebar. Dia kelihatan sama seperti... pari-pari?

Brus hampir panik melihat pari-pari di hadapannya. Matanya terbeliak memandang makhluk di hadapannya. "Kau buat apa kat sini?"

"Janganlah risau. Tak ada siapa tahu aku dekat sini. Aku Bell. Aku tau kau Zim, satu-satunya manusia yang tinggal di sini. Tapi kau ni siapa pulak?" Bell mengerutkan kening memandang Arlisya Firdaus.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now