Bab 18 : Permainan Santai

1.3K 112 25
                                    

Arlisya Firdaus terbungkam saat mereka melangkah keluar dari perkampungan orang kerdil. Di hadapannya terdapat ruang kosong bersaiz besar seperti kawasan pertempuran pada hari Frabjous Day dalam filem Alice in Wonderland. Kini, ruang kosong itu dipenuhi oleh beberapa kumpulan makhluk yang wujud di Broken Land. Orang lidi, ahli sihir, pari-pari, pengembara dan juga orang kerdil.

Gadis itu menarik lengan baju Zim ingin menarik perhatian lelaki itu. "Kenapa semua orang berkumpul?" bisiknya.

"Aku tak tahu."

Ozy dan Red berdiri di tengah-tengah bulatan kumpulan tersebut. Datuk Brin mengajak Arlisya Firdaus mengikutnya. Arlisya Firdaus hanya mengikut tanpa bersuara. Terngiang-ngiang di telinganya teringat akan suara tegas Datuk Brin malam tadi, "...Tugasan ketiga ini memerlukan kepakaran minda dan idea yang bernas..."

Ozy bertanya dengan suara yang lantang, "Apa hajat kamu semua berkumpul di sini?!"

"Ini semua sebab mereka menindas kami sebagai orang lidi yang tidak ada upaya untuk buat apa-apa. Kami lemah, mereka berkuasa. Tiada yang mahu berurus niaga, sombong dengan kami. Apa salah kami jika sudah dilahirkan begini?" beritahu wakil orang lidi.

"Pari-pari tidak putus-putus meminta wang dan harta dari kami sehingga kami sudah hilang kesemuanya. Mereka ini tamak dan penipu!" beritahu wakil kumpulan pengembara.

"Kami sudah penat melayan kerenah orang kerdil yang tidak mahu terima hakikat mereka ni pendek. Semua benda nak minta tolong kami. Kalau mahu sesuatu, usahalah sendiri. Bukan minta pada orang lain!" beritahu wakil ahli sihir.

"Kami mahu harta. Harta! Di mana kamu semua sorok harta karun? Tidak adil bagi kami kerana kamu sembunyikan tempat harta karun itu." Boleh agak siapa?

Ya, pari-pari.

"Apa salah kami sehingga mereka mahu musnahkan rumah kami. Orang lidi mahu kami bekerjasama musnahkan perkampungan lain, tapi kami tidak setuju. Disebabkan rasa tak puas hati, mereka cuba untuk musnahkan rumah kami!" Orang kerdil bersuara.

Cari nilai X. Eh, kaitan?

Arlisya Firdaus terbungkam. Maknanya bukan hanya pari-pari yang bersalah, malah semua kumpulan makhluk tidak mahu hidup bertolak-ansur meskipun hidup di sebuah pulau bersama-sama. Come on, Firdaus, cuba kau keluarkan idea bernas sikit nak damaikan mereka. Argh, masalah aku dalam pelajaran banyak tak dapat diselesaikan, macam mana mahu selesaikan masalah orang?

Ozy mengangkat tongkatnya dan menghentam ke bawah sebanyak tiga kali. Serentak semua orang diam tidak bersuara.

Ozy, Red dan Brin pandang Arlisya Firdaus. Masing-masing menunjuk riak muka seperti bertanya, 'Ada idea bernas?'

Arlisya Firdaus terasa berdebar hati. Gelisah dia memerah otak mencari idea bernas. Ketiga-tiga orang lelaki tadi pandang ke hadapan.

Tink! Satu mentol bercahaya naik di atas kepala. Arlisya Firdaus melakar senyuman di bibir. Baru saja Red hendak mengeluarkan suara, Arlisya Firdaus menahan, "Tunggu!"

Gadis itu melangkah ke hadapan. Dia berdeham sebelum memulakan kata, "Hai, nama saya Firdaus. Siapa saya? Saya adalah orang yang boleh bantu awak semua tidak bergaduh teruk macam ni."

Semua makhluk sudah mula berbisik. Peach terdengar suara memberitahu satu perkara yang menarik perhatiannya. Bukan dia seorang, Bell, Zim dan Brus juga sama.

"Ini ke Firdaus yang dalam cerita mitos datuk nenek kita cerita?"

"Yang mana?"

"Ada, yang Firdaus ni akan datang untuk mendamaikan kita semua. Caranya aku pun tak pasti. Datuk nenem aku tak pernah pula beritahu. Diorang kata idea dia sangat-sangat bernas dan boleh buat hati kita berubah."

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now