Bab 31 : Tempoh Tunang

1.3K 83 0
                                    

"Dah tiga hari, Fir... Dah tiga hari kau tenung kertas tu sampai nak terkeluar biji mata kau," Khai bersuara. Penat dia melihat majikannya yang sudah dianggap seperti adik sendiri merenung kertas kecil di tangan. Apa yang ada pada kertas itu sehingga air yang dia hidang tidak habis?

Arlisya Firdaus bagaikan tersedar dari dunia fantasinya. Dia memandang Khai tetapi tidak bersuara.

"Dah tiga hari, air kau pesan tu tak habis. Sakitnya tu di sini bila tengok kau tak hargai hasil karya aku. Eh, air tangan aku." Khai sudah mula berdrama di pagi itu.

Arlisya Firdaus membuat muka tiada perasaan. "Air tangan kepala kau! Buat air ni pakai mesin."

Khai sengih. Keluar juga suara emas wanita itu. "Apa pulak? Letak kopi je pakai mesin, susu apa semua ikut acuan sendiri tau? Kertas apa kau pegang tu, Fir? Kau kena ugut ke? Meh sini, aku tengok! Berani dia orang ugut bos aku?!" Lelaki itu merampas kertas kecil di tangan wanita itu.

Berkerut kening Khai melihat hanya tertulis sepuluh nombor di atas kertas termasuk satu garis menegak di bawah nombor itu. "Ni nombor telefon? Kenapa dengan nombor ni?" soalnya ingin tahu.

"Orang kelapan."

"Laa... Dah sampai rupanya orang kelapan!"

"Tapi aku tak tahu siapa dia ni. Mak cakap bukan kawan sekolah, bukan juga kawan satu U. Takkan kawan satu kerja pulak?" Arlisya Firdaus mengerlingkan matanya ke arah Badri, satu-satunya pekerja yang belum berkahwin dan paling muda. Budak lepasan SPM.

Khai yang seakan memahami maksud bicara Arlisya Firdaus memandang Badri yang sedang menyapu habuk di lantai itu. "Tak mungkinlah dia."

Badri tiba-tiba jatuh kerana kakinya terlanggar penyodok. Patah.

Arlisya Firdaus melepaskan keluhan. "Badri, ini dah masuk kali kedua kau patahkan penyodok!"

"Err... Maaf, bos!" Badri garu kepala.

"Ya, memang tak mungkin dia."

"Call ajelah kalau nak tahu. Kalau dia tu stalker ke apa, nanti bagi kat aku. Biar aku sound dia."

Arlisya Firdaus angguk perlahan. Dia mendail nombor yang ada pada kertas tersebut. Dia pandang Khai sekilas sebelum menyentuh simbol bulat berwarna hijau di atas skrin telefon pintarnya. Telefon dilekap pada telinga.

Beberapa saat kemudian, panggilan dimatikan. "Tak jawab pulak."

"Call lagi sekali," suruh Khai. Dia beredar sebentar menyiapkan pesanan air untuk pelanggan.

Kali kedua wanita itu menekan simbol bulat hijau itu. Sama juga hasilnya. Dia pandang Khai seraya menggeleng.

"Last call. Kalau takde, tak payah. Pandai-pandai lah dia call balik."

Arlisya Firdaus angguk faham. Dia mendail lagi sekali. Kali ini panggilannya bersambut. "Assalamualaikum?"

"Waalaikumussalam. Maaf, cik atau encik atau puan yang sedang bercakap sekarang ni. Pemilik telefon ni pergi tandas, dia tak bawak phone. Nanti saya suruh dia call balik ya? Ada pesanan penting?" kedengaran suara lelaki menjawab panggilan Arlisya Firdaus dengan sopan.

"Ha okay. Suruh dia call saya semula. ASAP."

Panggilan dimatikan.

Lelaki itu mengerutkan kening. ASAP? Apa tu?

Seorang lelaki datang duduk di meja itu. "Kau kenapa duduk sini?"

"Ada orang call sampai tiga kali tadi. Takut ganggu orang lain, aku jawablah. Orang tu suruh kau call dia ASAP. Apa benda ASAP tu? Asap?" soalnya sambil menggaru kepala. Pelik.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now