Bab 26 : Nasihat Afham dan Arissa

1.3K 93 5
                                    

Mulut Arlisya Firdaus terkumat-kamit membebel tidak puas hati. Tangan menolak pintu kafe yang sudah mula beroperasi pada pagi itu. Wanita itu hanya menggayakan baju kemeja potongan gaun yang disertakan tali pinggang, seluar slack berwarna hitam dan tudung shawl. Dia melabuhkan duduk di atas meja tepi cermin jernih yang boleh menampakkan bahagian luar itu. Tangannya memeluk tubuh. Tubuhnya disandar pada cermin tersebut.

Khai mengipas-ngipas wajahnya. "Haisy, Bad, kau ada rasa panas tak?"

Badri yang bekerja sebagai pelayan di situ mengerutkan kening. "Takde rasa panas pun, bang. Hari pun mendung aje," katanya penuh naif.

Khai melepaskan keluhan. Lembab lah si Badri ni! Dia menjeling Arlisya Firdaus.

"Khai, americano ais!" arah wanita itu yang kini berdiri depan kaunter

Khai tidak berlengah, dia terus membuat kopi untuk majikannya. Bukan main mintak americano, siap nak ais lagi. Ni mesti 'angin' datang ni! "Nah, bos!" Dia meletakkan gelas di hadapan Arlisya Firdaus.

Tanpa mengambil penyedut minuman yang disediakan dalam bekas atas kaunter, Arlisya Firdaus terus membawa gelasnya ke meja yang diduduki tadi. Dia meneguk air itu sehingga tinggal suku. Gelas dihentak ke atas meja membuatkan mata-mata di situ memandangnya.

Khai menelan liur. Lain macam angin Arlisya Firdaus harini. Dia berpaling ke tingkap kecil yang memisahkan ruang kaunter dan dapur. Tak faham? Kau bayangkan cerita kartun SpongeBob SquarePants sajalah! "Yazid. Buatkan wafer favourite bos."

"Apahal? Angin tak baik ke?" soal Yazid. Biasanya kalau dah keluar arahan itu dari mulut Khai memang itu sajalah sebabnya.

Khai angguk. "Aku tak tahulah kenapa, tiba-tiba saja masuk jadi macam tu."

Yazid terus membuatkan wafer kegemaran Arlisya Firdaus.

Arlisya Firdaus memicit-micit kepalanya. Serabut kepalanya mengingati kembali barang baru diterima pagi tadi. Sepasang dress labuh bersama dengan tudung shawl. Dia memejamkan mata. Bukan tidak suka, lawa juga baju itu. Tetapi yang dia tidak suka ialah pengirimnya adalah Mr Shrek. Diselit kad baru yang ditulis tangan. Kali ni bukan pula ayat pick up line seperti biasa.

Kedengaran suara berdeham serentak bunyi pinggan diletakkan di atas meja. "Sakit kepala ke, sis?"

Arlisya Firdaus membuka matanya perlahan. Perlahan dia mengukir senyuman apabila mendapati Afham yang mengambil tempat di hadapannya.

"Kau okay tak? Nah, wafer favourite kau!"

Arlisya Firdaus pandang kosong wafer di hadapannya.

"Kau serabut pasal apa? Mr Shrek?"

Terus wanita itu angkat wajah. Berkerut keningnya. "Mana kau tau? Aku belum cerita dekat kau lagi."

"Arissa. Kau ingat mulut dia boleh simpan rahsia lama-lama?"

Wanita itu mendengus perlahan. Tak guna punya adik! Menyesal aku kongsi cerita dengan dia.

"Kau ada dapat apa-apa lagi ke hari ini?" soal Afham.

Arlisya Firdaus mengeluh berat. Dia angguk. Tangan mencapai sudu di hadapannya. Dikerat sedikit wafer sebelum disuap masuk ke dalam mulut. "Baju. Sekali tudung. Dia ajak aku keluar esok malam."

Afham menjungkitkan kening. "Laa... Bukan esok ada Taufiq punya event ke?"

"Haah."

"Pergi sajalah dengan dia. Aku rasa Taufiq mesti faham. Kau mesti nak tahu siapa Mr Shrek kan?" Afham tidak ketinggalan makan sekali wafer Arlisya Firdaus.

"Rissa pun suruh kau pergi keluar dengan Mr Shrek tu. Dia boleh pergi event tu wakilkan family kau. Mak kau pun tak nak pergi."

Arlisya Firdaus tahu Mak memang takkan pergi. Waktu dia kecil pun, puas arwah ayah pujuk Mak teman dia pergi event. Sejak dia dan Arissa sudah besar panjang, Mak hanya akan biarkan mereka berdua yang jadi wakil. Bukan buat-buat sombong, tapi dah Mak tak selesa. Arlisya Firdaus memandang mata Afham. "Macam mana kalau Mr Shrek tu jahat? Stalker ke?"

Afham gelak spontan. "Fir, aku tahulah kau tu berderet lelaki nak jadikan kau isteri, tapi agaklah... Mr Shrek tu dah siap jumpa mak kau kut. Mak kau pun relaks aje, kalau betul stalker, mesti dia suruh bakar semua barang yang kau dapat daripada mamat tu."

Arlisya Firdaus menghabiskan minumannya. "Hmm... Betul juga cakap kau."

Afham membuat muka bangga. "I'm always right!"

Arlisya Firdaus menjulingkan mata. Menyampah! Tidak semena-mena dia terfikir sesuatu. Matanya memandang tajam sahabat baiknya itu. "Kau kenal ke siapa Mr Shrek ni?"

Afham yang sedang baru hendak mencapai air minumannya terbatuk-batuk. Gotcha! Lelaki itu gelak palsu. "Hah, kenapa pula aku kenal dia? Mana aku tahu dia siapa." anak matanya beralih dari menentang mata wanita itu.

Arlisya Firdaus masih memandang tajam. You're lying, Peach!












🐾🐾🐾🐾🐾







Arlisya Firdaus membetulkan dress labuh yang tersarung di tubuh. Dia pandang dirinya melalui pantulan pada cermin. Betul ke apa yang aku buat ni? Wajahnya tampak ragu-ragu.

"Weh, lawanya baju kau, sis!" puji Arissa yang sudah siap memakai tudung. Dia saja ingin menjenguk kakaknya yang mahu keluar dengan Mr Shrek untuk kali pertama.

Arlisya Firdaus memandang wajah Arissa. Risau "Rissa, aku takutlah. Kalau kau ikut sekali tak apalah. Selalu aku keluar dengan Afham atau Faheem mesti ada kau atau Nisa. Takkan aku nak ajak mak pulak!"

Eh, kejap ada bagitahu ke siapa Faheem? Kalau belum, meh nak kenalkan, Faheem aka Brus. Okay taklah, nama dia memang Faheem. Tapi perwatakan dan wajahnya sebijik macam Brus. Nasib tak pendek macam orang kerdil tu aje. Faheem memang jarang senyum. Dia jarang mahu melepak dengan Arlisya Firdaus atau Nisa, kalau ada pun, mesti dua-dua orang gadis itu disertai dengan Afham.

Arissa geleng kecil. Dia cekak pinggang. "Kau ni dah kenapa? Lima tahun kau hidup sebagai seorang laki, elok aje? Takkan sekarang dah kecut perut?"

Arlisya Firdaus pandang tajam. Bukannya membantu, lagi diejek adalah.

"Kau jangan risaulah, aku rasa Mr Shrek tu orang baik. Buktinya, mak tak ada complain atau suruh kau bakar semua barang pemberian mamat tu. Tapi, kalau apa-apa jadi, jangan lupa call aku atau sesiapalah yang boleh tolong kau. In case kalau memang ada benda buruk berlaku. "

Arlisya Firdaus angguk. Dia menjungkitkan kening sambil tersenyum apabila mendengar ayat adiknya yang lebih kurang sama dengan Afham. Tapi tidak pula dia suarakan perkara itu. "Kau dah macam kakak aku pulak, sis!"

Arissa mencebik. "Tahu takpe."

"

Arissa, mummy dan daddy dah sampai."

Arissa menaikkan kedua-dua belah tangan dibuat simbol 'thumbs up.' Dia terus berjalan keluar dari bilik.

Tak sampai tiga puluh minit, Arlisya Firdaus menunggu jejaka misteri yang lebih selesa dikenali sebagai Mr Shrek itu, Mak sudah memanggil namanya. Arlisya Firdaus meletakkan tangan di dada. Terasa jantungnya berdegup laju. Dia ambil sling bagnya lalu keluar dari bilik. Sempat dia menjenguk ke luar. Melihat Mak berbual dengan Mr Shrek. Orangnya tinggi. Lelaki itu segak lengkap dengan sut hitam di tubuh. Macam nak pergi majlis formal.

Arlisya Firdaus selamba ambil sneakers pemberian Mr Shrek lalu disarung ke kaki. Dia membetulkan hujung dress agar tidak terlihat sangat kasutnya. Dia keluar dari rumah. Semakin hampir ke pintu pagar, dahinya berkerut. Matanya membulat besar.

Lawak apa do pakai mask?!











❤️❤️❤️❤️

Hehe.. Triple update.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now