Penghargaan dan Fakta TIH 2

1.3K 71 3
                                    

Assalamualaikum kepada umat Islam dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam. Dah kenapa aku formal terlebih ni, aku pun tak tahu.

Macam mana yang kau orang nampak pada tajuk, aku buat satu bab penghargaan untuk semua pembaca TIH 2. Aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi letakkan cerita dalam library, sudi jenguk sinopsis, sudi baca buku ni dari awal sampai habis.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Sejujurnya aku tak pernah rasa yakin bila tulis TIH 2 ni sebab luar dari kemampuan aku. Aku takut, aku tak mampu tulis cerita fantasi pengembaraan macam ni. Kau tengoklah, berapa lama aku ambil masa habiskan cerita ni. Setahun pun tak habis.

Alhamdulillah lepas SPM tamat, idea berjela-jela masuk dalam otak. Semua kurniaan Allah. Ayat paling klise, mana yang baik datangnya dari Allah, mana yang buruk datang dari aku sendiri. Segala typo, salah tatabahasa, salah ayat tu, aku minta maaf. Aku cuma tulis, tulis dan tulis, habis satu bab aku terus tekan Publish. Tak ada rajin sangat nak check ada typo, salah ayat apa semua. Kemudian hari tengok balik, baru lah datang rasa nak ketuk kepala sebab banyak sangat kesilapan.

Maaf, penyakit M ni semakin lama semakin menular dalam diri. Dah stage 10 agaknya. Aku pun tak tahulah.

Okay, terima kasih semua yang rajin komen, penuhkan Gmail aku dengan tajuk emel 'New comment on TIH 2: Arlisya Firdaus'. Ada komen aku balas, ada juga tak balas tu minta maaf. As cliche it sounds, ada yang aku tak tahu nak balas.

Terima kasih silent readers, kalau adalah... Tau, walaupun tahun sudah naik 2019, masih wujud silent readers dalam dunia W termasuklah diri ini. Aku tak mengharapkan bintang vote dari korang, tapi korang dah naikkan bilangan views sampai lebih 8k pun aku dah cukup bersyukur.

Kalau aku boleh ucapkan terima kasih ini dengan beri hadiah pada kau orang dah lama aku buat. Tapi maaflah, duit tak mandang, teman buat bisnes ladang anggur sampai sekarang tak berbuah lagi. Pokoknya pun tak nampak bayang lagi.

Ha apa lagi? Oh, voters. Terima kasih sebab rajin spam vote, sampai ada yang tengok pukul 1 pagi pun ada yang sudi spam vote. Terima kasih. Tapi kalau hang tu budak sekolah, jangan tidur lambat sangat. Nanti esoknya nak sekolah dah ngantuk, ilmu susah nak masuk. Jangan complain kata tak pandai padahal sendiri tak usaha.

Dush! #donedakwah.

Haha! Sorry, terlebih hyper time menulis ni. (padahal tengah stres) okay dah masuk 400 words. Sebelum aku melalut lagi panjang, kita ke acara seterusnya.

10 Fakta TIH 2 : Arlisya Firdaus (yang mungkin kau orang dah tahu atau belum tahu)

🐾 Idea cerita ni muncul secara spontan waktu aku tengah baring memikirkan aku bakal jadi calon SPM 2018.

🐾 Hasil dari menonton banyak filem animasi dan bukan animasi Disney dan bukan Disney banyak memberi dorongan dan idea untuk aku menulis pasal Arlisya Firdaus di Broken Land.

🐾 Kenapa Broken Land? Sebab tahun lepas aku mengalami hari-hari yang sukar, dan masalah demi masalah menimpa. 2018 is the most stressful year for me. Dengan SPM lagi, dengan masalah itu ini. And my heart keeps on breaking, so yeah. Malas nak citer panjang, kita move on sajalah.

🐾 Planning memang nak buat 30 bab je tapi terlajak sikit semua sebab Hazim sibuk nak masuk jugak.

"Hey!" - Hazim

🐾 Peach sepatutnya jadi orang yang paling sporting. Suka sakat, happy go lucky gitu, tapi aku tengok tak nampak pulak sifat dia ke arah itu. Haha! Never mind.

🐾 Kak Sofia ialah idea watak last minute. Kalau kau orang baca sinopsis cerita ni, patutnya Firdaus jumpa dia dulu sebelum pergi Broken Land. Tapi lain pulak yang jadi. (saya dah edit sinopsis, jangan risau!)

🐾 Epilog patutnya tak ada kaitan dengan TIH 3 tapi baru-baru ni aku terfikir why not connect semua tiga-tiga buku TIH kan? Biar watak utama TIH 1 dan 2 kenal watak utama TIH 3.

🐾 Tugasan ketiga Firdaus di Broken Land sebenarnya aku nak buat jadi tugasan kedua. Tugasan ketiga tu aku nak buat dia keluar dari Broken Land dan dia kena selesaikan tugasan tu tanpa bantuan dari sesiapa. Tapi nampak macam kesian pulak dan tak logik dengan tugasan ketiga dia. Jadi, aku tolak tepi sajalah tugasan tu. Apa tugasan tu? Biarlah Allah dan aku saja yang tau. Hehe...

🐾 10K views dan 1.12K votes on 8 January 2019. Selepas 373 hari TIH 2 : Arlisya Firdaus dipublish. Thank you!

🐾 TIH 2 : Arlisya Firdaus berjaya memenangi anugerah Wattys 2018 pada 6 Oktober 2018.

It's officially done and thank you for your support!

It's officially done and thank you for your support!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now