Bab 23 : Wanita Berpurdah Hitam

1.4K 110 5
                                    

Sesekali Arlisya Firdaus membetulkan cap di atas kepala. Tangannya lincah membuat kopi untuk pelanggan. Matanya menilik jam bertali hitam di pergelangan tangan. Sudah hampir waktu berbuka. Laju dia menyiapkan air untuk pekerja Firissa Coffee berbuka puasa.

Beberapa minit kemudian, kedengaran azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan. Semua pelanggan beragama Islam terus berbuka puasa, pekerja di Firissa Coffee juga tidak ketinggalan.

Tidak berapa lama kemudian, Khai datang. Bulan puasa ni memang dia datang ke kafe selepas berbuka puasa dan solat Maghrib di rumah. Selepas itu, dia mengganti tempat Arlisya Firdaus, memberi ruang kepada gadis itu untuk menunaikan solat pula.

Arlisya Firdaus menanggalkan apron di tubuh selepas memaklumkan kepada Khai pesanan yang perlu disiapkan. Dia berlalu ke surau yang berada di tingkat atas. Ditolak daun pintu perlahan-lahan. Dia hadapan pintu tersebut, ada rak. Tiada pula walau sepasang kasut. Mungkin semua pelanggan sudah menunaikan solat sewaktu dia bertugas tadi.

Terlakar senyuman di bibir. Bagus, boleh aku solat kat sini terus. Ditanggal kedua-dua kasut jenama Nike itu lalu diletakkan di atas rak. Dia masuk ke dalam dan mengunci pintu. Topi di atas kepala ditanggalkan. Dia pandang wajahnya pada cermin. Rambutnya sudah panjang separas bahu.

Senyum lagi.

Cepat juga rambut aku panjang.

Teringat kejadian di sekolah tadi. Hampir-hampir saja Afham menarik cap di kepalanya. Mujur dia sempat elak. Belum masanya untuk dia menunjukkan dirinya ialah perempuan sebenar. Arlisya Firdaus menyinsing lengan inner hitamnya. Kaki seluar dilipat ke atas. Dia bergerak ke tempat wuduk.

Usai menunaikan solat Maghrib, gadis itu kembali menjalankan tugasnya. Dia mengelap kaunter itu dengan sehelai kain apabila mendapati terdapat kotoran di atasnya. Tiba-tiba seorang wanita bertudung dan berpurdah hitam mendekatinya. "Dik, akak nak minta tolong ni."

Arlisya Firdaus mengerutkan kening. "Ya, kak nak mintak tolong apa?"

Wanita itu pandang kiri kanan. Seolah-olah tidak mahu perbualan mereka didengari orang lain. "Ermm... Adik ada pad tak? Emergency ni, akak nak pergi beli dekat Guardian tapi jauh pulak dari sini."

Terbuntang mata gadis itu. Dia garu kepala yang dilindungi topi itu. "Eh, kak, ni masalah perempuan. Saya panggil pekerja perempuan lain eh?"

"Eh, kenapa pulak? Awak bukan perempuan ke?"

Tersentak Arlisya Firdaus. "Err..."

"Akak nampak awak pakai telekung kat surau tadi."

Tiba-tiba meremang bulu roma Arlisya Firdaus. Mana tidaknya, dia masuk ke dalam surau tadi seorang diri. Dia siap kunci pintu lagi. Bila keluar dari surau pun dan memang tak ada orang. "A... Akak ni biar betul? Saya seorang saja tadi."

"Adik, tolonglah. Emergency ni!"

Arlisya Firdaus serba salah. Memang dia sendiri dah berniat nak tolong, tapi itu kalau dah memang penampilannya seorang perempuan. Sekarang ni, bukankah semua orang pandangnya sebagai lelaki. Tapi wanita ini? Dia pandang wanita itu yang hanya mata saja yang terdedah. Dah pakai purdah kan?

Arlisya Firdaus angguk akhirnya. Dia panggil Khai untuk mengambil tempatnya sebentar. "Akak ikut saya tapi lepas dalam 5 minit saya naik. Masuk bilik yang ada tulis nama tu tau?" Bahaya kalau dari awal wanita itu ikut. Bulan puasa ni, walaupun syaitan sudah diikat masih ada lagi manusia yang berperangai seperti syaitan.

Wanita itu mengangguk.

Arlisya Firdaus naik ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik ofis maknya. Matanya melilau mencari tempat dia simpan barangan wanita itu. Dia menghembus nafas lega apabila mendapati terdapat satu pek yang tidak dibuka lagi.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now