Bab 12 : Peach The Witch

1.6K 114 4
                                    

Brus, Zim, Arlisya Firdaus dan Bell bersiap sedia membekalkan keperluan untuk mengembara. Mak Cik Sah turut sama membantu menyediakan makanan untuk mereka mengalas perut semasa dalam pengembaraan mencari harta karun.

"Firdaus, aku takut kalau aku dekati harta karun itu," luah Bell.

Mereka berdua masih berada di dalam bilik tetamu, tempat mereka tidur semalam. Arlisya Firdaus senyum. "Jangan risaulah. Aku tahu kau lain dari kaum kerabat kau. Kalau kau ada rasa nak dekati, kau ingat memori pahit. Mungkin dengan mengingatinya, ia boleh menghalang kau dari mendekatinya. Seolah-olah harta karun itu menyimpan seribu satu memori pahit yang kau tak mahu ingatnya. "

" Okay, aku cuba. "

Mak Cik Sah masuk ke dalam bilik, menghentikan perbualan sang pari-pari dan Arlisya Firdaus. "Sudah siap kemas? Mak cik dah bekalkan kamu makanan, nah! Zim dan Brus sudah menunggu di bawah. Hati-hati ya, Bell? Firdaus? Mak cik dah anggap kamu seperti anak sendiri. Mak cik tak ada anak perempuan."

Bell dan Arlisya Firdaus senyum sebelum sama-sama mendakap tubuh Mak Cik Sah.

Turun dari tingkat atas, Arlisya Firdaus mencari Brus. Hanya Zim sahaja yang berada di ruang tamu itu. Zim memberi isyarat ke arah bilik Brin.

Tak lama kemudian, Brus keluar. "Sudah bersedia?"

Zim, Arlisya Firdaus dan Bell mengangguk.

Mereka bertiga pun keluar mengembara atas arahan Brin yang agak gila itu. Mahu tak mahu mereka pergi dengan membawa harapan agar tidak mendekati harta karun dan menjadi tamak. Walaupun mereka tiada hala tuju yang sebenar, kata Brus ikut saja hati dan naluri untuk mencari harta karun tersebut.

Hampir beberapa jam mereka berjalan, mereka ternampak seorang lelaki yang sedang berlatih mengenakan magis ke atas sebuah pokok.

Brus dan Zim mendekati lelaki itu. "Peach?"

Lelaki yang dipanggil Peach itu menoleh. Wajahnya ceria melihat Brus dan Zim. "Hey, sahabat lama. Apa kau orang buat kat sini?" dia mencekak pinggang. Di tangannya ada sebatang tongkat kayu seperti cerita Harry Potter.

"Kami sedang mengembara atas arahan datuk aku. Kau berlatih magis? Datuk kau sihat?"

Peach angguk mengangkat tongkatnya. "Yeah, sihat dan sedang bersembunyi. Aku tak faham kenapa orang nak sangat desak datuk aku beritahu di mana harta karun itu. Sampai ada yang sanggup culik datuk kau," sedih riak wajahnya. Jelas sekali berita itu sudah sampai ke kumpulan ahli sihir.

"Aku minta maaf bagi pihak keluarga aku. Aku pun tak tahu kenapa mereka nak sangat harta karun itu." Bell bersuara.

Peach geleng saja. Sesaat kemudian, wajahnya kembali ceria. "Oh ya, aku lupa nak kenalkan diri. Aku Peach The Witch. Panggil saja Peach. Kau pari-pari, tapi kau pulak?" dia pandang Arlisya Firdaus.

"Panjang ceritanya," jawab Zim. "Ni Bell dan Firdaus."

"Salam perkenalan. Kau orang nak pergi mengembara ya? Boleh aku ikut sekali?" tanya Peach.

"Sudah tentu, Peach!"









🐾🐾🐾
🐾🐾🐾
















"Kenapa Datuk Brin suruh pergi cari harta karun? Datuk aku larang dan mengharamkan aku pergi cari harta karun tu. Sangat-sangat pelik," ungkap Peach setelah mendengar penjelasan dari Brus dan Zim.

"Aku pun tak tahulah."

Zim memegang erat tali begnya. Matanya melilau mencari arah yang patut dituju. Terdapat dua laluan di hadapan mereka. "Kanan atau kiri?"

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now