Bab 25 : Mr Shrek?

1.4K 102 6
                                    

Arlisya Firdaus mengira stok barang dapur yang baru masuk pada hari itu. Dia tampak lebih manis dengan kemeja denim biru dipadankan dengan tudung bawal dan skirt berwarna kuning mustard. Dia meneliti invois di tangan sebelum keluar dari dapur. Kerusi yang disediakan tepi kaunter yang sudah menjadi tempat kegemarannya dia duduk. "Khai, Latte Caramel ais. Tak nak ais"

Khai menjungkitkan kening sebelum membuat simbol okay di tangan. Tak sampai lima minit tunggu, dia letak cawan kertas di hadapan mata majikannya. Dah jadi majikanlah, sebab mak Arlisya Firdaus ambil keputusan untuk 'bersara' sebaik saja anaknya itu menghabiskan pengajiannya di universiti. Tapi hubungan akrab Arlisya Firdaus dan semua pekerjanya tidak pernah renggang. Dia anggap pekerja kafe itu seperti satu keluarga.

"Sibuk nampaknya harini?"

Arlisya Firdaus mengeluh perlahan. "Biasalah, bulan ni bisnes kafe kita dah semakin baik, untung yang kita dapat pun dah makin naik."

"Fir, kau jangan kerja keras sangat. Kau tu perempuan. Kahwin pun belum."

Arlisya Firdaus pandang Khai dengan kening sebelah kanan terangkat ke atas. Terasa lucu dengan nasihat lelaki itu. "Aku bukan kerja berat pun, Khai. Takat stres berfikir tu biasalah."

"Memanglah, tapi kau tu umur bukan makin muda. Dah 27 tahun pun. Eh, aku bukan nasihat kau pasal kahwin! Aduh..." Khai tepuk dahi. Termasuk bab kahwin pulak! "Ish, ni ha, ada orang hantar bunga kat kau."

Arlisya Firdaus memandang pelik melihat Khai ambil sejambak bunga lalu diberi kepadanya. Bukan bunga palsu. "Siapalah yang bazir duit dia bagi bunga kat aku ni?" Dia belek bunga itu. Lawa memanglah lawa, tetapi Arlisya Firdaus bukan peminat bunga. Lagi-lagi kalau dihadiah begini. Kali terakhir dia dapat bunga adalah hari konvokesyen dua tahun lepas. Itupun Taufiq yang beria nak belikan.

Yalah, dah tak ada kekasih hati nak tolong belikan.

"Entah, tadi pun aku terkejut ada orang hantar bunga ni."

Arlisya Firdaus mengambil sekeping kad kecil yang terselit di celah-celah bunga itu. Dibaca aksara demi aksara tertulis atas kad itu.

I hope your day has been as beautiful as you are-Mr Shrek

Terkebil-kebil mata wanita itu melihat nama yang tertera di situ. Mr Shrek?

Khai bertanya ingin tahu, "Siapa?"

Arlisya Firdaus angkat wajah. Berkerut dahinya berfikir siapakah Mr Shrek itu.










🐾🐾🐾🐾🐾










Arlisya Firdaus meletakkan hadiah-hadiah kiriman daripada Mr Shrek di atas katil. Sebelah tangan mencekak pinggang, sebelah lagi mengusap dagu. Satu per satu barang di atas katil itu diperhati. Sudah hampir seminggu dia menerima barang daripada Mr Shrek. Persoalannya siapa Mr Shrek?

"Uish, banyak juga hadiah kau dapat!" Nisa membuang pandang ke atas katil. Matanya bercahaya melihat semua hadiah itu. "Siapa bagi? Ini orang kelapan meminang kau atau yang ketuju tu cuba nak pikat hati kau?"

Arlisya Firdaus menggeleng kepala. "Dua-dua bukan. Dia cuma bagitahu nama dia Shrek saja."

Tangan Nisa mencapai kad-kad kecil yang berkumpul di penjuru katil. Dia melabuhkan punggung. Satu per satu kad tulisan tangan itu dibaca.

"Hello. Are you taking any applications for a boyfriend? Uish, ayat pick up line dia! Bukan main lagi." Nisa meletakkan kad itu ke belakang.

Arlisya Firdaus hanya membiarkan kawannya itu membaca semua kad itu.

"Do you believe in love at first sight, or should I walk by again? Wah, aku yang jatuh hati baca ayat dia ni. Oh, satu lagi ni, sesuai dengan nama Mr Shrek dia, Call me Shrek because I'm head ogre heels for you!" Kelihatan Nisa yang teruja. Dia tersenyum sendiri. Kalaulah dia pun buat kat aku macam ni! Senyuman kembali pudar.

Arlisya Firdaus yang duduk di atas kerusi sudah mula menongkat kepala. "Aku rasa lelaki ni creepy lah."

Nisa angkat wajah. Berkerut keningnya. "Kenapa pulak?"

Arlisya Firdaus tunding jari ke arah kotak kasut Converse di atas katil itu. "Kasut tu, kasut yang aku berkenan waktu kita keluar Sabtu lepas. Macam mana Mr Shrek boleh tahu kasut tu yang aku nak mintak Taufiq belikan? Aku pun tak sempat nak mintak Taufiq lagi. Dan macam mana dia tahu saiz kasut aku?"

Nisa belek kasut dalam kotak Converse itu. Walaupun sudah hampir seminggu, dia masih i gat rekaan kasut yang diminati sahabatnya itu. "Kau ada tanya Taufiq pasal ni?" Risau pula yang dia rasa bila dengar pasal kasut itu.

Arlisya Firdaus angguk. "Dia kata tak ada apa. Dia suruh relaks je. Memanglah, dah yang kena tu aku bukan dia. Serabut otak aku macam ni. Kalau esok dia bagi lagi barang, aku nak bakar semuanya."

Terbeliak mata Nisa. "Eh, sabarlah dulu. Mana tahu, Mr Shrek ni orang yang kau kenal juga? Ataupun orang yang pernah meminang kau ke? Kau cuba buka hati kau tu. Kau bukan tak laku macam aku, kau tu yang hati keras sangat."

"Siapa kata kau tak laku? Kau tu pun memilih."

Nisa mengeluh. Nasihat banyak-banyak pun tak guna, balik-balik kena kat batang hidung sendiri. Tulah, Nisa, paku dulang paku serpih, mengata orang dia pun tak kurang sama juga.

Arlisya Firdaus angkat punggung keluar dari bilik. Terasa kering pula tekaknya itu. Dia melihat Arissa dan Mak melayan drama Korea. Dia membiarkan saja, langkah dibuka menuju ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka.

Terjungkit kening wanita itu melihat peti sejuk penuh dengan buah-buahan. Tangannya mencapai dua air tin Wonda Coffee dan sebiji buah epal. Pintu peti sejuk ditutup kembali. Kakinya melangkah ke ruang tamu. Dia ambil tempat di atas lantai. Nisa pun sudah keluar dari biliknya, duduk di sofa.

Arlisya Firdaus menggigit buah epal. "Mak, rajin betul mak beli banyak-banyak buah."

"Mana ada mak beli, orang bagi."

Dua beradik itu pandang wajah mak serentak. Jarang sekali orang bagi buah pada keluarga mereka ni. "Siapa bagi, mak?" tanya Arissa.

"Kawan Firdaus."

Arlisya Firdaus terbatuk. Dia minum air tin yang sudah dibuka tadi membasahkan tekak. "Kawan? Afham ke Faheem?" dia kerling Nisa. Dia yakin Nisa datang tadi memang tangan kosong.

Bukan saja Arlisya Firdaus, Nisa juga pandang Mak curiga.

"Bukan."

"Aik, siapa lagi kawan Fir?"

"Ha, siapa lagi kawan sis?" tanya Arissa pula.

"Dia tak bagi mak bagitau nama dia. Tapi dia ada kata kamu kenal dia dengan nama... Nama apa ya? Ha, Mr Shrek." berkerut kening Mak menyebut nama pelik itu.

Tersembur terus air yang diminum Arlisya Firdaus. "APA?!"

Wah, tak cukup kau bagi barang dekat aku, kau datang rumah aku pulak?











❤️❤️❤️❤️❤️

Hmm... Mr Shrek. Kenapa Shrek eh?

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now