Bab 14 : Utusan Surat Bantuan?

1.5K 121 5
                                    

Brus, Zim, Peach, Arlisya Firdaus dan Bella diam sepanjang perjalanan mereka. Di hadapan dan di belakang mereka terdapat tiga ekor jerung yang mengawasi mereka. Ke mana mereka dibawa pergi, mereka sendiri tidak tahu. Rasa seperti telur di hujung tanduk pun ada. Tiada siapa berani mengeluarkan suara, hanya isyarat mata saja mampu dibalas. Rasa gentar di dalam jiwa menunggu ujian yang bakal tiba.

Mereka dibawa masuk ke dalam istana laut. Arlisya Firdaus terasa seperti masuk dalam cerita The Little Mermaid. Tetapi dia yakin ini versi yang jauh berbeza dengan cerita zaman kanak-kanaknya itu.

"Tuanku." Seekor jerung bersuara menarik perhatian seekor ikan duyung bertubuh besar. Di atas kepalanya terletak mahkota besar menunjukkan dia raja di lautan. Wajahnya tampak tua, dah ada pangkat datuk mungkin.

"Kami jumpa makhluk darat berkeliaran di lautan. Ini bermakna mereka telah melanggar Perjanjian Darat-Laut yang tuanku tandatangani dengan 10 makhluk darat terdahulu di Broken Land," terang jerung yang lain. Tegas dia bersuara.

Raja ikan duyung itu memandang lima makhluk darat di hadapannya. Jantung mereka berlima semakin kencang degupannya. Adakah mereka bakal menemui ajal tidak lama lagi?

"Lepaskan mereka."

Terkejut hebat semua yang berada di situ. "Tapi, tuanku..."

"Jerung-jerung sekalian, kamu dibenarkan pergi."

Jerung-jerung itu nampak tidak puas hati. Mereka sempat memberi jelingan kepada lima makhluk darat tadi. Apa istimewanya mereka sehingga Raja Pluto membiarkan mereka hidup?

Raja Pluto memandang tepat ke arah Brus. "Brus. Beta menerima utusan daripada datuk kamu. Ada empat makhluk darat yang akan ke sini. Tidak sangka pulak kamu datang berlima dengan Peach?"

Peach tersentak. Salahkah aku ikut sama?

Utusan? Macam mana mereka ni utus surat? Arlisya Firdaus tertanya-tanya.

"Kami terserempak dengan dia dalam perjalanan ke sini," terang Brus.

"Kejap, maknanya Datuk Brin memang nak arahkan kita ke sini?" tanya Bell keliru.

"Ya. Sudah tiga minggu beta mengutuskan surat bantuan mencari rakyat beta yang hilang. Dan baru-baru ini dia mengutuskan surat balas memberitahu ada empat makhluk darat yang akan bantu. Antaranya ialah Brus, cucunya sendiri," terang Raja Pluto.

Zim bertanya, "Cari rakyat tuanku? Maksudnya?"

"Hari demi hari, ada saja berita makhluk lautan yang hilang. Ikan duyung, sotong, ketam. Beta buntu nak selesaikan masalah ini. Jadi, beta utus surat kepada Brin, dia janji dia akan bantu."

"Macam mana mereka hilang, tuanku?" tanya Peach.

"Seperti dalam perjanjian, kami diarahkan untuk menjaga harta karun. Memandangkan sumpahan itu tidak memberi kesan kepada kami, makhluk lautan. Jadi, setiap hari memang ada yang ditugaskan untuk mengawasi kawasan sekitar. Akan tetapi, tiga minggu yang lepas seekor ikan duyung jantan bertugas pada waktu malam. Namun, keesokan paginya apabila petugas seterusnya melaksanakan tugas, dia dapati ikan duyung itu tiada dan masalah ini berlanjutan selepas tiga hari. Sampailah satu hari, waktu siang juga ada yang dikhabarkan hilang.

Kesannya, ramai petugas yang datang mengadu dan meminta untuk tidak bertugas lagi. Tambah-tambah lagi ibu bapa yang risau akan anak-anak mereka di rumah."

"Tak ada saksi hilang? Memang setiap hari, mereka cuma laporkan macam tu saja?" soal Arlisya Firdaus. Baru buka mulut.

Raja Pluto menggeleng. Dia memicit-micit kepala. Pening memikirkan masalah tersebut.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now