Bab 8 : The Other Side of Island

1.9K 124 1
                                    

Itu...

Satu bayang-bayang sebuah makhluk besar muncul. Semakin dekat ia datang, semakin kuat genggaman Arlisya Firdaus pada baju Zim.

Keluar seekor binatang sekecil tikus melompat seperti seekor katak. Arlisya Firdaus menjerit. Dia terus memanjat belakang tubuh Zim. Kedua-dua belah kakinya memeluk pinggang Zim erat.

Zim terkejut tetapi dia cuba menyeimbangkan tubuhnya. "Relaks, binatang kecil je pun."

Brus geleng kecil melihat reaksi gadis itu. "Rogice. Dia boleh hidup dua alam."

Arlisya Firdaus menggeleng laju. Dia geli dengan katak dan tikus. Apabila kedua-dua haiwan itu bergabung bertambah rasa geli-geleman itu. Macam mana haiwan jenis mamalia boleh bergabung dengan haiwan amfibia? Sungguh dia tidak mengerti. Dia tidak mahu turun ke bawah. Tangannya memeluk leher Zim erat tapi memberi sedikit ruang untuk Zim bernafas.

Zim membiarkan saja. Nasib sajalah tubuh Arlisya Firdaus tidak begitu berat, kalau tidak memang dia paksa gadis itu turun.

Mereka meneruskan perjalanan mencari datuk Brus dengan hanya berbekalkan cahaya dari obor. Sampai ke suatu tempat, tiada jalan lain.

"Jalan mati?" Arlisya Firdaus turun dari badan Zim. Dia hampa kerana sudah jauh mereka berjalan dan akhirnya menemui jalan mati.

Brus dan Zim melihat barang-barang yang ada di situ. Tempat itu seperti sebuah bilik yang dilengkapi dengan ruang tamu, tempat tidur dan dapur. Buktinya ada kerusi kayu yang dibuat sendiri menjadi seperti sofa dan ada juga katil. Ada makanan yang mungkin pernah dihantar oleh Brus diletakkan di kabinet kayu yang dibuat sendiri di tepi dinding.

Arlisya Firdaus turut melihat sekeliling. Boleh jadi ada pintu rahsia untuk ke suatu tempat yang lain. Dia nampak ada satu sudut berbentuk seperti pintu. Ia ditutup dengan kain. Dia menyelak kain itu, matanya terbuntang luas.

"Zim, Brus! Tengok ni!"

Zim dan Brus segera mendekati Arlisya Firdaus. Mereka memasuki laluan itu. Ia seperti jalan keluar dari terowong bawah tanah itu. "Tempat apa ni?" Soal Arlisya Firdaus.

"The other side of Broken Land. Tak sangka kita jumpa tempat ni. Tak ada sesiapa pun pernah jumpa tempat ni, ianya satu lagenda yang orang kata mitos," terang Brus.

"Tapi kenapa dah malam? Rasanya tak lama sangat pun kita jalan tadi." Zim bersuara.

Brus jungkit bahu tak tahu. "Kita patut berehat. Kalau nak teruskan pencarian pun susah sebab hari dah gelap. Terowong tu lain ceritalah." Dia membuka beg sandang yang dibawa sekali tadi.

Zim akur. Dia menghidupkan unggun api dengan kayu-kayu yang berselerak di atas tanah berdekatan. Arlisya Firdaus buntu mahu buat apa, dia hanya memerhati dua orang lelaki itu.

Malam yang suram, ditemani dengan cahaya bulan yang bersinar di langit. Arlisya Firdaus duduk memeluk lutut di atas batu melihat bulan. Brus sudah lama tidur dengan nyenyak. Kedengaran dengkuran dari mulutnya.

Zim pula seperti sedang cuba mencari posisi tidur yang selesa. Dan dia mengalah. Bangun dari pembaringan, Zim mendekati Arlisya Firdaus. Dia melabuhkan duduk di batu sebelah batu yang diduduki gadis itu.

"Zim, kau ingat siapa mak ayah kau?"

Zim yang sedang mengambil ranting itu, memandang Arlisya Firdaus. Dia melukis secara rawak di atas tanah itu. "Entah. Apa yang aku ingat, aku hilang diorang semua waktu aku umur 10 tahun. Lepas tu, aku lari dari situ, cari orang yang boleh aku minta tolong. Dari situ, aku jumpa Brus dan Makcik Sah. Mereka benarkan aku tinggal dengan mereka. Lama-kelamaan ingatan aku terhadap keluarga aku lenyap. Selepas lima tahun, aku pergi jelajah hutan tu sampai aku betul-betul pasti tak ada manusia atau makhluk lain selain binatang di situ. Jadi, aku pun ambil keputusan buat rumah pokok dan tinggal di situ. Ada jugalah sesekali Brus datang melawat aku atau aku pergi melawat mereka."

Arlisya Firdaus diam mendengar kisah hidup Zim.

"Kau pulak?"

Gadis itu senyum nipis sambil menggeleng. "Aku tak tahu. Aku langsung tak ingat siapa mak ayah aku. Masuk sini, ingatan tu macam lenyap. Aku cuma ingat aku ada sepupu lelaki, Taufik dan adik perempuan, Rissa. Yang lain macam samar-samar." Berkerut dahinya cuba mengingati orang yang wujud dalam hidupnya. Tempat itu seakan ada sumpahan menghilangkan ingatannya.

🐾    🐾    🐾
🐾     🐾     🐾

"Fir, mak ni. Mak ada bawakkan gambar-gambar lama. Ni ada time kita pergi Melaka dengan arwah ayah. Kamu ingat tak, kamu merajuk dengan ayah sebab tak bagi kamu naik muzium kapal tu? Masuk aje muzium kapal langsung kamu tersenyum lebar. Fir, bangunlah. Rissa, Taufik, mak, mummy, nenek... semua rindukan Fir. Jangan tidur lama sangat. Mak sayang Fir. Arwah ayah sayang Fir. Semua orang sayangkan Fir."

Mak? Mak ke tu? Mak!

"Firdaus! Firdaus!"

Terbuka luas mata Arlisya Firdaus. Dia memandang sekeliling. Dia masih berada di Broken Land itu. Brus sedang memanaskan makanan yang dibawa dari rumah. Zim memandang Arlisya Firdaus dengan wajah risau.

"Kau okay tak? Kau meracau tadi."

"Meracau? Aku cakap apa?"

"Entah. Aku dengar macam kau panggil mak."

Arlisya Firdaus duduk. Matanya terkebil-kebil cuba memahami maksud mimpinya. "Aku... aku mimpi tapi aku cuma dengar suara aje. Dia kata, dia mak aku. Dia kata dia bawa gambar kita orang pergi bercuti dengan arwah ayah. Apa maksudnya, Zim?"

Zim geleng tidak tahu.

"Dah-dahlah tu. Mari makan, karang sejuk tak sedap pulak!" Panggil Brus.

Arlisya Firdaus bangun bersama Zim mendekati Brus. Perut mereka sudah memainkan irama lagu meminta diisi.

Selepas makan, mereka bertiga menyambung perjalanan mencari datuk Brus. Sepanjang jalan, Arlisya Firdaus tidak habis memikirkan hal mimpinya tadi. Benarkah itu suara maknya? Apa yang dah berlaku? Kenapa suara mak macam sayu dan sedih? Kenapa dia suruh aku bangun?

Berbagai persoalan muncul di kotak fikiran sampai mereka berhenti di sebuah air terjun. Air itu tampak jernih. Brus dan Zim gembira dapat jumpa air. Mereka menanggalkan baju yang tebal meninggalkan baju T nipis dan masuk ke dalam air.

"Firdaus! Jomlah mandi sekali. Air ni segar!" Zim mengajak. Dia membasuh rambutnya dengan air jernih itu. Brus angguk sekali. Dia memercikkan air pada Zim.

Arlisya Firdaus menggeleng menolak ajakan mereka. Gila lah nak masuk air tu. Walaupun dah beberapa hari dia tak mandi tapi dia malu nak masuk. Dia perempuan kut!

Zim memercikkan air ke arah tempat Arlisya Firdaus berdiri. "Hoi!" marah gadis itu.

Kedua-dua orang lelaki itu gelak besar. Arlisya Firdaus menggeleng kecil. Macam budak-budak! Dia berjalan berdekatan air terjun itu melihat sekeliling tempat.

Tak lama kemudian, Brus dan Zim naik semula ke darat. Mereka mengeringkan badan dengan kain yang dibawa oleh Brus. Berapa banyak benda Brus bawak dalam beg dia tu?

"Kau orang!" Panggil Arlisya Firdaus apabila dia nampak sesuatu seperti petunjuk ditampal pada pokok.

Zim dan Brus menghampiri gadis itu. "Ini petunjuk! Aku rasa ni datuk aku yang buat. Aku pernah nampak simbol ni waktu aku kecik dulu," beritahu Brus.

"Itu ada petunjuk lagi!" Zim menunding jari ke arah pokok berdekatan.

"Mungkin kalau kita ikut petunjuk yang datuk kau buat ni, kita boleh jumpa datuk kau." Arlisya Firdaus menyentuh petunjuk pada pokok itu.

Brus dan Zim mengangguk setuju. Dengan itu, mereka membuka langkah menyambung perjalanan mengikut petunjuk yang ditinggalkan oleh datuk Brus.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now