Bab 11 : Arahan Gila Datuk Brin

1.5K 109 0
                                    

Bell dan Brus segera mengambil kunci daripada seorang pari-pari yang leka mendengar muzik itu. Malang tidak berbau, tangan Bell yang menarik kunci yang tergantung pada lubang tali pinggang seluar pari-pari itu tersentak kuat menyebabkan pa4i-pari itu tersedar. Dia menoleh.

Bell membuntangkan mata. Jantungnya mahu pecah melihat pari-pari lelaki itu memandangnya. Pari-pari itu mendekati Bell. Bell berundur sehingga terjatuh ke atas tanah. Laju dia membaling kunci itu pada Brus, "Brus, tangkap!"

Pari-pari itu pandang Brus, tetapi tidak lama apabila dia terasa ada yang membaling batu ke arahnya.

"Hei, sinilah!" panggil Bell. Dia terus menggerakkan sayapnya dan mengapungkan dirinya ke atas. Pari-pari itu mengikut mengejar Bell yang laju terbang di hadapan.

Brus terus memasukkan kunci ke dalam lubang kunci sangkar yang menempatkan Brin. "Datuk, ni Brus! Cepat, kita kena keluar dari sini." Dia dekati datuknya yang nampak tidak bermaya itu. Dipapahnya orang kerdil tua itu keluar dari penjara sangkar itu.

"Zim! Firdaus!" panggil Brus. Zim terus berlari membantu Brus memapah datuknya masuk ke terowong semula. Arlisya Firdaus pula berundur sambil terus bermain alat muzik. Akhirnya, Bell memecut laju ke bahagian atas terowong sebelum naik ke atas menyebabkan pari-pari yang mengejarnya itu tidak sempat untuk berhenti dan terhantuk pada batu. Bell senyum sebelum terbang masuk ke dalam terowong.

Brus dan Zim mendudukkan Brin di atas lantai.

"Datuk?"panggil Brus.

Brin perlahan-lahan membuka mata. Nafasnya begitu lemah. Mukanya nampak begitu pucat.

"Aku rasa, ada baiknya kita bawa dia balik rumah keluarga kau, Brus," cadang Arlisya Firdaus. Zim dan Bell mengangguk setuju.

Brus dan Zim memapah Brin ke tempat mereka masuk ke dalam terowong itu. Brus dan Arlisya Firdaus naik ke atas terlebih dahulu. Kemudian, Bell menggunakan sayap pari-parinya membawa Brin naik ke atas. Akhir sekali, baru giliran Zim naik ke atas.

Masuk saja ke rumah Brus, Mak Cik Sah terkejut melihat anak dan kawan-kawannya membawa ayah mentuanya ke rumah. "Brus, apa dah jadi dengan datuk kamu?"

"Dia diculik oleh puak pari-pari. Maafkan saya, mak cik. Kumpulan pari-pari sangat obses dengan harta karun sehingga mereka sanggup menyeksa Brin jika dia tak nak beritahu di mana dia, Red dan Ozy menyimpan harta karun itu," terang Bell.

Mak Cik Sah geleng kepala. Dia memandang sayu Brin yang dibaringkan di atas katil oleh Zim dan Brus. Dia masuk ke dapur dan kembali semula dengan jag berisi air masak dan gelas di tangan. Diletaknya atas meja di tepi katil.

"Kamu semua rehatlah dulu. Maafkan mak cik tapi kamu ni siapa ya?" tanya Mak Cik Sah kepada Bell.

"Saya Bell. Jangan risau, saya tak sama macam pari-pari yang lain." Bell senyum nipis.

Zim dan Brus beredar keluar sebentar entah untuk apa. Mak Cik Sah pula menunjukkan bilik untuk Bell dan Arlisya Firdaus berehat. Dia siap berikan pakaian bersih untuk mereka berdua.

Malam itu, sewaktu mereka sama-sama makan malam...

"Kejap juga kamu pergi, tak sampai satu hari," kata Mak Cik Sah memulakan perbualan.

"Hah? Kami rasa dah dekat dua malam kami di sana," kata Zim tidak percaya.

Mak Cik Sah mengerutkan kening. "Merepek. Kamu baru saja turun tadi, tu yang mak cik agak terkejut, sekejap saja kamu pergi, sampai sempat selamatkan datuk."

Arlisya Firdaus, Zim dan Brus berpandangan. Sungguh ajaib!

"Hmm... Mungkin itulah antara sebab The Other Side of Island agak sukar untuk dijumpai, malah tiada langsung ditunjukkan dalam peta yang dilakar oleh 10 orang terawal yang datang ke pulau ini," kata Zim.

"Kamu jumpa Other Side of Island?" tanya Bell terkejut.

Mereka bertiga mengangguk.

"Betul juga kata Zim itu. Datuk pernah beritahu mereka memang dah lakar bahagian Other Side of Island, tapi dia hilang seolah-olah tak pernah dilukis atau wujud," terang Brus yang baru mengerti kata-kata datuknya.













🐾🐾🐾🐾
🐾🐾🐾🐾













M

alam itu, sunyi tanpa sebarang bunyi daripada haiwan. Iyalah, sudah dua malam Arlisya Firdaus tidur di hutan, pastinya ada bunyi-bunyian menemani tidur. Dia duduk memeluk lutut di atas tanah di halaman rumah Brus. Langit yang gelap itu dipandang lama sedari tadi. Sejak mereka selamatkan datuk Brus, jarang-jarang sekali dia mengeluarkan suara.

Fikirannya terbayang-bayang wajah kedua-dua ibu bapanya. Rasa sempit dadanya rindu akan kedua orang tuanya. Air mata sudah bertakung menunggu masa untuk pecah empangannya. Mak, ayah. Fir nak balik!

Kedengaran pergerakan dari belakangnya, membuatkan Arlisya Firdaus menyeka air mata dan menoleh. Kelihatan Zim mendekatinya lalu duduk di sebelah. "Kau, apasal senyap aje?" berkerut kening lelaki itu.

Arlisya Firdaus memandang tangannya yang bermain dengan jari kaki. "Aku... Aku dah ingat siapa mak ayah aku."

Zim terkejut. "Oh, baguslah tu! Kenapa sedih pulak?"

"Aku rindukan mereka, Zim. Aku nak keluar dari sini secepat mungkin. Macam mana dan kenapa aku dimasukkan ke dunia ni, aku sendiri pun tak tau," luah Arlisya Firdaus.

Zim terdiam. Riak wajahnya keruh.

"Macam mana aku nak tau tugasan seterusnya? Ozy akan datang ke?" soal gadis itu walaupun dia sendiri tahu Zim tiada jawapannya.

"Kau tau tak, mak aku ni jenis kasar-kasar tau. Dia tak pernah kata dia sayang aku, panggil aku sayang ke, selalu kita orang asyik gaduh aje. Ada aje yang salah kat mata dia. Orang lain dah kata okay, pada dia tetap tak okay. Dia nampak lebih sayangkan adik aku, Rissa. Mungkin sebab aku lebih rapat dengan ayah aku kut, walaupun dia dah tak ada. "

"Apa maksud kau, dah tak ada?" tanya Zim setelah lama diam.

"Dia dah... Meninggal dunia."

"Oh, maaf. Aku tak tahu."

"Tak apa."

Tak semena-mena, satu suara mencelah dari belakang, "Firdaus, datuk aku nak jumpa kau. Zim sekali," kata Brus.

Zim dan Arlisya Firdaus berpandangan seketika sebelum bangun dari duduk. "Kenapa?" tanya Zim.

"Pergi sajalah!"

Mereka bertiga masuk ke dalam bilik datuk Brus. Bell sudah pun menunggu di sebelah katil Brin. "Kenapa datuk nak jumpa kami?" tanya Zim.

"Firdaus, saya mahu kamu pergi cari tempat harta karun itu berada." Ringkas saja arahan Brin.

"Apa?" Empat pasang mata itu terbeliak mendengar arahan orang kerdil tua itu. Dah tua makin nyanyuk dan gila ke apa?

Brus geleng. "Datuk, datuk sendiri pernah beri amaran, jangan pernah dekati harta karun itu. Tapi sekarang kenapa datuk suruh kami cari pula?"

"Ada sebabnya, saya suruh. Firdaus, kalau Brus dan Bell tidak beritahu siapa kamu pun, saya dah tahu. Kamu kan mahu keluar dari sini? Cari harta karun itu. Kamu berempat. Tapi ingat, jangan pernah dekati walau semeter pun dengan harta karun itu. Itu bukan tugas untuk kamu, tapi ia akan membawa kamu ke tugas seterusnya. Saya percaya hati kamu semua tulus dan tak akan dekati harta karun itu," terang Brin.

Zim, Brus, Arlisya Firdaus dan Bell berpandangan. Rasa risau timbul di hati, risau sekiranya apa yang Brin percaya itu terjadi sebaliknya.






❤️❤️❤️
❤️❤️❤️❤️

I'm back for real! Aku akan tumpukan buku ni dulu sebelum buku ketiga. Doakan aku dilimpahi idea untuk selesaikan buku ni secepat mungkin. In shaa Alah setiap Sabtu, aku update. Kalau tak ada tu, maknanya aku sibuk study nak trial ni kan🙃? Maaf kalau hambar, jangan risau aku cuba sedaya mungkin tak jadikan cerita ni klise😊

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now