Bab 27 : Tiga Soalan Memakan Diri

1.2K 93 9
                                    

Arlisya Firdaus mengetap gigi. Geram. Tidak puas hati. Beriya kata nak tunjukkan diri, ni pakai mask pulak kenapa? Wanita itu berdehem kuat ingin mencuri perhatian Mak dan Mr Shrek itu. Serentak dua makhluk Allah itu berpaling.

Mr Shrek terpaku melihat wanita itu cantik menggayakan pakaian yang dibelinya. Namun hanya beberapa saat sebelum matanya beralih ke tempat lain.

"Ha, dah keluar pun. Ni baju mana kau pakai ni? Selalu kau pakai baju kurung, baju Arissa ke ni, Fir?"

Arlisya Firdaus memandang tajam wajah Mr Shrek. Rasa geram masih belum dapat dihilangkan. Dia membiarkan soalan Mak berlalu seperti angin malam itu.

"Hmm... Jaga diri, Fir. Jaga anak mak ni baik-baik tau... Err...Mr Shrek." Nyaris saja terlepas nama sebenar Mr Shrek dari mulut Mak. Mak memberi senyuman.

Arlisya Firdaus membuat muka menyampah. "Aik, mak? Belum apa-apa dah claim jadi anak sendiri?"

Mak menampar bahu anak sulungnya itu. "Ish, dahlah mak masuk dulu. Jangan balik lambat sangat!"

Arlisya Firdaus memutarkan bebola matanya. Pandangannya beralih pada Mr Shrek yang tersenyum melihat kemesraan yang lain dari yang lain antara mak dan anak itu. Arlisya Firdaus membuka selak pagar rumahnya.

Mr Shrek bergerak kereta. Dibuka pintu untuk wanita itu. Gentleman lah kononnya.

Arlisya Firdaus mengerutkan kening. Selamat ke duduk depan ni? Selalu keluar dengan Afham pun dia tak duduk depan kalau satu kereta. Boleh dikira jari sajalah, sebab jarang naik satu kereta. Wanita itu lebih selesa memandu kereta sendiri.

Tawakal sajalah, kalau lelaki itu berani nak melebih-lebih, Arlisya Firdaus boleh gunakan ilmu seni mempertahankan diri. Tak sia-sia Taufiq heretnya ikut ke kelas taekwando, judo dan karate. Terima kasih, bro!

Arlisya Firdaus masuk ke dalam kereta. Dia pandang sekeliling. Nampak bersih dalam kereta itu. Walaupun kereta biasa saja, rasa selesalah daripada kereta mahal. Kira macam dia dan Mr Shrek tu takdelah jauh beza, pakai kereta biasa.

Pintu kereta pemandu dibuka. Mr Shrek masuk ke dalam keretanya sebelum pintu ditutup. Arlisya Firdaus menarik tali pinggang keledar. Safety first!

Kereta itu dipandu oleh Mr Shrek meninggalkan kawasan perumahan Arlisya Firdaus. Suasana dalam kereta sunyi. Tambahan pula, radio kereta dibiar tidak dibuka.

Kedengaran suara Mr Shrek berdehem apabila kereta diberhentikan kerana lampu isyarat bertukar merah. Arlisya Firdaus berpaling. Keningnya dijungkit sebelah.

"Saya buka ruang untuk awak tanya apa-apa yang awak nak tahu sebelum sampai ke tempat tu. Tiga soalan saja."

Arlisya Firdaus memandang tiga jari yang ditunjukkan oleh Mr Shrek. Lelaki itu langsung tidak mengalihkan pandangan daripada jalan raya di hadapan. Agaknya jalan raya tu lagi lawa dari aku kut.

Eh, cuba husnuzon, Fir. Dia nak fokus drive tu.

"Bila nak bukak mask?" tanya Arlisya Firdaus spontan.

Mr Shrek memandang Arlisya Firdaus di sebelahnya sekilas. "Waktu kita dah sampai sana nanti."

"Sana tu mana?"

Mr Shrek senyum tepi. "Awak serius nak tanya soalan remeh-temeh macam tu? Saya bagi peluang tiga soalan saja, Arlisya Firdaus. Awak dah tanya satu, ada lagi dua saja tinggal. Sebaik saja kita sampai, tempoh peluang awak akan tamat. Walaupun awak tak cukup tanya tiga soalan." tegas suara lelaki itu.

Arlisya Firdaus memandang Mr Shrek tak percaya. "Awak memang suka kontrol orang ke apa?"

"Itu soalan ke?" soal jejaka itu kembali. Sinis bunyinya.

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now