PROLOG

18.6K 862 134
                                    

Helaan nafas kedengaran meniti di bibir seseorang kanak - kanak bermata merah darah. Hembusan angin malam membuatkan rambut hitam miliknya beralun mengikut arah tiupan angin. Titisan air mata jernih mengalir di pipi.

Bersaksikan tumbuhan di atas bukit berhampiran dengan istana kerajaan Esfahan, kanak-kanak itu menangis sedih. Terhinjut - hinjut bahunya menahan sebak di dada . Tidak tahu puncanya, sama ada luka yang terdapat di setiap kulit putih milik dia ataupun luka yang parah di hatinya.

" Tuanku menangis lagi?" Tanya suatu suara garau milik seorang lelaki tua.

" Pak Cik Tora, sudah berapa kali saya cakap. Tak perlu panggilan itu. Lagi pula panggilan itu hanya layak untuk Kotaro ," Ujar kanak-kanak bermata merah darah itu.

Pemilik suara garau tadi tersenyum lembut. Sejak kecil lagi dia sudah menganggap kanak-kanak bermata merah darah itu sebagai anaknya sendiri. Walaupun pangkat antara dia dan kanak-kanak itu sungguh jauh jika mahu dibandingkan.

" Tidak salah bukan? Lagi pula sekarang ini kita masih berada di kawasan istana." Ujar pemilik suara garau itu ataupun lebih dikenali sebagai Pak cik Tora. Tubuh badan yang tegap dan sedikit jambang berwarna putih. Rambutnya pula berwarna oren pudar. Terdapat belang berwarna hitam di kedua pipinya.

Kirito Sasaki, itulah nama kanak-kanak bermata merah tadi. Yang di mana tubuhnya dibaluti luka. Yang di mana hatinya dibelenggu derita. Derita kerana ketiadaan kasih sayang sejak dia masih kecil lagi.

" Salah. Ini arahan dari saya." Kirito menggunakan kuasa veto miliknya sebagai seorang putera yang tak diiktiraf.

Pak cik Tora tersenyum sambil membongkokkan sedikit tubuh badannya.

" Rakyat memukul Kirito lagi ke?" Tanya Pak cik Tora tanpa menggunakan bahasa istana.

Kirito mengangguk.

" Sudah sebulan Kotaro lahir. Ramai rakyat Esfahan yang menginginkan dia menjadi raja seterusnya menggantikan ayahanda . Sebab tu ramai yang menginginkan nyawa saya. Jika saya mati takhta bakal beralih kepada Kotaro." Jelas Kirito sambil menundukkan kepalanya.

Beberapa luka yang berada di badan kanak-kanak bermata merah darah itu sembuh dengan sendirinya tiada apa yang tersisa. Yang tinggal hanya kulit putih gebu milik Kirito tanpa adanya parut yang tersisa.

Pak cik Tora mengangguk faham. Belakang badan kanak-kanak itu diusap lembut.

" Oh ya, di mana Noaki? Selalunya ada menemani pak cik bekerja ." Soal Kirito sekali gus mengubah topik perbualan.

" Dia demam. Semalam masa pergi memburu tiba-tiba hujan. Tu sebab sekarang ni terbongkang aje dekat atas katil." Di hujung ayat sempat Pak cik Tora selitkan tawanya.

Kirito mengangguk.

" Walau apa pun yang terjadi, jangan pernah mengalah dengan cacian mereka yang di luar sana. Dan jangan pula sesekali membalas apa yang mereka pernah buat dekat kamu. Mereka benci itu hal mereka. Kamu pula teruslah melangkah ke depan. Jangan pula menoleh ke belakang, kerana di belakang itu hanyalah masa lalu kamu yang patut dibuat pengajaran saja. " Ujar Pak cik Tora sambil mengusap pula rambut hitam pekat milik Kirito. Warna rambut yang diwarisi dari si ayahanda.

" Terima kasih pak cik. " Senyuman di bibir Kirito melebar.

P. O. V Kirito

Nama aku Kirito Sasaki, nama ayahanda aku pula Daichi Ryuu. Pemerintah kerajaan Esfahan. Manakala ibu aku pula Daisy Ryuu. Tulang belakang ayahanda. Permaisuri kerajaan besar ini.

Mengapa nama keluarga aku tak sama dengan dorang?

Aku putera yang tak diiktiraf. Tiada maknanya bila aku memakai nama keluarga aku itu kelak. Aku bahkan akan di caci habis-habisan. Atau lebih parah lagi di bunuh. Aku tak nak mati lagi . Aku belum kahwin dan mahu merasai apa itu nikmat cinta sejati.

Sasaki, sungguh aku tak tahu makna nama belakang aku itu. Yang pasti ianya sedap di dengar dan di baca.

Di mata orang biasa ataupun di mata yang dikaburi nikmat dunia, aku hanyalah orang biasa. Tiada keistimewaan malah langsung tidak memiliki kuasa untuk melindungi diri. Tapi jangan silap, tiada kuasa tidak bererti lemah. Aku memiliki seni berlawan aku sendiri. Gaya pedang aku sendiri. Semuanya aku cipta sendiri selepas Pak cik Tora ajarkan seni berlawan dan pedang milik puaknya yang telah pupus. Hanya dia dan Noaki sahaja yang tinggal setelah pembantaian tiga tahun lalu. Tidak tahu puncanya, puak harimau jadian pupus begitu sahaja seperti di telan bumi.

Kembali kepada diri aku pula, aku memiliki IQ yang tinggi untuk memahami situasi yang berlaku. Aku faham dan sangat teliti dengan masalah keluarga aku, setelah peramal terhebat Irulan datang ke istana Esfahan. Hanya sekadar mahu memberitahu bahawa akan ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah dunia .

Bagi aku ramalannya sungguh tidak berperikemanusiaan. Kerana ramalannya aku hilang segalanya. Dari keluarga hinggalah rakyat. Yang tinggal hanyalah kasih sayang seorang pak cik, Pak cik Tora dan seorang teman yang sebaya dengan aku, Noaki anaknya .

Mengapa aku hilang segalanya?

Kerana ramalan Irulan lah ayahanda dan bonda tidak lagi mengaku aku anak mereka. Kerana aku cacat. Tidak memiliki keistimewaan yang mampu membanggakan kerajaan Esfahan. Malah sebagai putera sulung, langsung tiada fungsi di kerajaan itu.

Hati aku retak apabila mengetahui segalanya. Ingin aku lari jauh daripada kerajaan ini, tetapi gagal. Kerajaan ini terlalu dikawal ketat. Dan aku perlu atur strategi terlebih dahulu apabila mahu lepas daripada cengkaman derita ini.

Dan di sinilah bermulanya, kisah Kirito Sasaki. Aku. Sang Legendary yang sejarahnya telah tiada di muka bumi ini.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now