PERHATIAN

1.1K 42 2
                                    

Segala yang terkandung dalam buku ini merupakan hak cipta Nur Minna. Dilarang sama sekali memplagiat mana-mana bahagian dalam buku ini. Allah berikan anda buah fikiran, jadi fikir sendiri idea untuk buku anda, ya?

Sekiranya anda membaca buku ini dari mana-mana sumber selain Wattpad, adalah dinasihatkan agar anda berhenti membaca di laman tersebut dan muat turun aplikasi atau buka laman web Wattpad untuk membaca buku ini. Laman selain Wattpad berkemungkinan memberi risiko kepada gadget anda seperti telefon atau komputer riba untuk dijangkiti virus. Juga sekiranya didapati buku ini diterbitkan atau dipaparkan di laman selain Wattpad, anda perlu memaklumkan kepada penulis buku ini sendiri dengan cara menghubunginya di Wattpad atau media sosial Instagram, minafocent_

Buku ini ditulis dan diterbitkan pada tahun 2018 dan kesemua bab dalam buku ini masih belum atau mungkin tidak akan diperbaiki. Saya sebagai penulis buku ini ingin memohon maaf atas segala kesilapan tatabahasa mahupun penggunaan ayat dalam penulisan buku ini. Maaf, buku ini nyata tidak sempurna. Segala yang diceritakan dalam buku ini merupakan imaginasi saya 100% tiada kena mengena dengan dunia realiti. Tetapi saya harap anda semua boleh ambil mana yang baik dan abaikan perkara buruk di dalam buku ini.

Tentang projek siri Trust in Him (TiH), projek ini dimulakan pada tahun 2017 dengan menghasil tiga buah buku yang dalam satu dunia yang sama, tetapi boleh dibaca tanpa mengikut turutan kerana ketiga-tiga buku ini dihasilkan dalam genre yang berbeza dan kronologi masa juga berlainan. Projek TiH telah diisytiharkan lengkap walaupun terdapat banyak cacat cela dan masih perlu diperbaiki semula. Cuma tidak pasti bila urusan edit ini akan dilakukan, yang pasti bukan dalam masa terdekat atau mungkin akan dibiar sebegini sahaja. Saya dengan rendah hati, meminta maaf atas segala kekurangan yang terdapat sepanjang pelaksanaan projek TiH ini.

Sekian daripada saya, selamat membaca!

-Nur Minna, 2020

TIH 2 : Broken LandWhere stories live. Discover now