PROLOG

3K 127 45
                                    

Dama setulus hati itu bagaimana?

Benarkah begitu damai membujuk perit di relung dada?

Sudikah dikau berkongsi kasih buat hamba?

Aku tidak minta lebih, sekadar secoet merawat luka membedil jiwa.

Salahkah aku dilahirkan ke buana penuh cacat cela?

Dosakah dia menanggung perbuatan lama atas kesilapan orang tua mereka?

Bolehkan jikalau dia ingin menamatkan sahaja riwayat kehidupan dari terus terseksa sanubari tanpa penawar membaluti dukanya?

Lupa. Dia terleka.

Aku masih ada Allah.

Dia sentiasa ada dengannya setiap detik masa yang berlalu.

Bilamana kita ada Allah, kita ada semuanya.

Hanya pada Dia aku sandarkan segalanya.

Bagaskara mulai turun ke ufuk barat. Retina mata disapa panorama alam semula jadi. Potret jingga kekuningan melatari suasana tatkala ini. Hembusan semilir berpuput lembut mengena kulit mulusnya yang terdedah. Rambut bebas mengurai turut dibelai manja menyebabkan anak rambutnya terjuntai menutup deria penglihatannya. Keluhan berat dilepaskan sebelum jari runcingnya menyelit semula helaian rambut ke cangkerang telinga.

Desiran ombak ganas memukul pesisiran pantai menjamah halwa pendengaran. Dersik angin bercampur pilu sewaktu rintikan gerimis menitis memamah tanah pasir.

"Aku rindu pada dia. Namun aku tidak layak kerana kekurangan diri yang bertapa utuh sejak dahulu lagi," ujarnya perlahan. Birai mata berkaca-kaca menatap langit senja.

Malam mulai menjelma. Kedinginan malam mengiggit setiap inci epidermis miliknya. Urat saraf bagaikan lumpuh apabila dia hanya pegun di situ.

Tapak kaki memijak halusan pasir pantai tanpa sebarang lapik. Helaian dres putihnya labuh diseret sepanjang perjalanan. Perlahan-lahan direndam sehingga ke paras buku lali. Sejuk. Dingin.

"It's hurting me so much," luah dia dengan bibir bergetar. Tubuh masih merasai dakapan lama hangat menyelimuti kesakitan diri. Kini hanya ditemani tandus bekuan hati yang retak sejuta tanpa sempat mengutip untuk menyambungkan kembali. Rapuh.

Hujung bibir pucat kebiruan mengaris senyuman tipis. Biarpun kelihatan lesu tak bermaya, cukup kekuatan yang masih berbaki digunakan sehabis mungkin. Menggeletar dahsyat dan maha hebat batang tubuh menanti masa rebah ke bumi fana. Segala urat sendi mulai lemah. Sendu merawan nurani bercempera pergi dan meninggalkan ketenangan bakal dijemput Dia yang dicintai. Sungguh, dia penat.

"Aku janji akan jadi penawar untuk kau, awan. Tunggu aku tau."

Surutkanlah rasa rindu bertapa di atma, berikan si dia kekuatan untuk terus melangkah biarpun beribu halangan menanti di hadapan. Kerana dia hanyalah gadis awan ditiup bayu atas cakrawala sana. Hadirnya sementara hanya meninggalkan parut duka buat dia sememangnya terkontang-kanting untuk berpaut. Dia telah pun hancur. Tiga tahun telah berlalu dan ke manakah insan itu pergi? Masakan janji sekadar janji, ciptaan pentas sunda penuh dusta.

Mutiara hujan semakin lebat menuruni buana. Dia disimbahi samarnya cahaya rembulan kelam malam dengan pakaian basah kuyup berdiri kaku seperti patung cendana. Kepala melangut memandang dada langit kosong tanpa sang kejora. Gelap.

Kerana dia bukan pilihan buat selamanya. Dia sekadar singgahsana mengisi rasa sepi di hati mereka tatkala insan kerdil ini masih tergapai-gapai mencari sisa serpihan kehidupan yang berbaki di dalam diri.

Cukuplah sampai di sini mengorak langkah tanpa arah. Izinkan dia berehat seketika dari realiti dan terus bermimpi dalam fatamorgana ciptaan dia. Kaki terus melangkah setapak demi setapak ke hadapan tanpa ragu. Terggelam dan hampir lemas. Paras air kini membiarkan bahagian kepala sahaja masih terapung. Dia menghirup oksigen semahu-mahunya sebelum kelopak mata dipejam rapat.

Sirna sudah cahaya didamba olehnya. Indahnya jikalau pergi dalam keadaan luar biasa ditemani alam sebagai saksi pemergiannya. Sayup-sayup suara jeritan menampan gegendang telinganya. Kabur dengan situasi yang terjadi membuatkan dirinya pitam sebelum satu figura berenang mendekati dan merangkulnya erat.

"Awan! Kau nak mati sangat ke gila?" jeritan lelakinya bergema. Pipi gadis tersebut ditepuk berkali-kali. Jari diletakkan pada pangkal nadi leher gadis. Tiada respon positif diterima membuatkan sang lelaki bertindak drastik.

"Jangan tinggalkan aku, awan. Bangunlah, Anan Nurfiza." Mulut Anan dibuka sedikit dan wajahnya didekatkan pada si gadis yang pucat tak bermaya. Nampak gaya dia perlu melakukan bantuan pernafasan CPR.

Resah. Sekujur tubuh Anan kaku tanpa sebarang pergerakan. Juring mata lelakinya hangat lalu mengalir deras dengan air mata penyesalan pada roman Anan. Tika itu juga, Anan terbatuk kecil. Rengkung dada terasa perit. Matanya berat cuba dicelikkan apabila koklea disapa kalimah syukur meniti di bibir sang lelaki seperti berzikir.

"Syaf..." serunya halus.

"Awan, kau dah sedar. Maafkan aku, awan. I'm sorry for leaving you, beri aku peluang sekali lagi untuk mencintai kau," ujar Syaf dengan nada terggelam-timbul menahan esakan semakin membara. Batang tubuh Anan ditarik ke dalam pelukan sasanya seraya menyembamkan wajah pada ceruk leher Anan. Dikucup lembut sebelum tangan kekarnya mengapit kedua-dua belah pipi Anan.

Sungguh, dia rindukan Anan. Salah dia pergi tanpa khabar berita. Wanita bergelar isterinya dibiarkan gantung tak bertali tanpa diketahui asbab sebenarnya. Dia kejam dengan Anan dan dirinya sendiri.

"I love you, awan. Aku janji kali ni akan jadi penawar buat kau. Penawar kasih pawana. Kau awan dan juga angin aku, Anan Nurfiza. Always," tutur Syaf dan bibir suamnya melekap pada dahi Anan.

Saat ini, Anan tak betah menolak mahupun menghalang tindakan suaminya. Sisa kudratnya tiada. Salahkah jikalau dia katakan hati wanitnya turut merindui lelaki yang memberi penawar dan juga luka kepadanya?

"Kita pergi hospital ya, awan? Aku risaukan kau," kata Syaf lalu mencempung tubuh genit Anan.

Leburkan lara bermukim dalam jiwa. Leraikan perih mencengkam dada. Kerana mega berarak indah menghiasi nabastala, meladeni bayu rindu di atma. Penawar kasih pawana kisah mereka.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now