Bab 67

190 16 3
                                    

BERBALAS pandangan, malap kamar disimbahi cahaya purnama semata-mata. Hembusan semilir silih berganti, ganas menguncup liang roma melalui kaca jendela. Tirai langsir berdansa lembut, seakan terbuai dengan asyik semesta. Diliputi mendungnya malam, seakan penanda cuaca bakal mendatang ributnya.

Dua jejaka saling menghadap. Berpeluk tubuh, tajam renungan menikam masing-masing. Seorang santai duduk, kaki disilangkan. Tengah kawasan, dia tatluki dikelilingi lembaran ilmu menjadi saksi. Senang cereta, pejabat persendirian dipenuhi timbunan kertas sana-sini.

Sedetik, gema keriuk kerusi ditarik menampan koklea. Mendekati meja. Siku berlabuh di birai meja, pinggir bibir sunggingkan senyum sinis. Dagu menongkat tinggi, angkuh dan megah di hadapan figura satu lagi.

"Dengar desas-desus, mereka dah nak berpisah katanya? Betul ke anakku..."

Khali.

Tenang. Sudut kamar bersebelahan rak buku, dikalih tatapan ke atmosfera luar. Nyata, mendung dan suramnya persis situasi kini. Belikat mencumbui dinding, helaan nafas panjang kedengaran. Setiap tindak tanduk diperhatikan, anak mata coklatnya bersinar gelap. Amukan perasaan merasuki jiwa, menanti masa dileraikan jikalau silap susunan aksara.

"Hirraz Ummar, pengkhianat ayah."

Serta-merta jejaka tadi menoleh, lihai cerlungan kepada insan di hadapan. Menarik sedikit, terbit sinis di cangkir bibir bilamana ayah kekal memaparkan riak seorang bapa mithali. Dusta, lelaki tua ini lebih jijik. Durjana hingga tegar lakukan sedemikian rupa, kepada sesiapa yang berani melawan perintahnya.

"Jadi, kau diam bermakna kau tak menafikan."

Sedetik, Ummar menyeringai kecil. Tangkai hati rasa digeletek, dikemam bawah bibir sesungguhnya. Jujurlah, mahu pecah usus perut dia sekiranya dibantai tawa saat ini. Apa soalan bodoh ayah tanya sekarang?

"Ayah rasa Ummar pandai tak?" soal Ummar, gelak hibur. Helaian anak rambutnya jatuh, menutupi sebelah mata. Herap tawanya, kelam retina mata. Samar sinar luaran menjebol masuk, serlahkan jelek bertampang di dada.

Jemala terngandah, dikuak sekilas rambut. Postur tubuh beralih tegak, kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar. Dengus kasar, oksigen direnggut ganas semahu hati. Cuba kumpul ketenangan. Dia harus sabar. Lagi-lagi lawannya cukup hebat memanipulasi.

Kerana dia akan pastikan, kali ini dia bakal menang. Jaya, silap pengiraan buruk padah menanti di hadapan.

Tumpaskan sang gila? Ya, semestinya dan dia tidak teragak-agak jikalau perlu jadi lebih daripada pemangsa.

Tuan Hulaif mengerising sinis. Sesaat, riak muka berubah beku. Berdaham keras, tatapan jitu menembus jasad sang anak. "Antara kau dengan Umair..."

Jeda. Tajam picingan mata, gemerlap perli membias kasatmata.

"Kau lebih licik anakku."

Kontan, lekuk bibir Ummar sungging kecil.

"Like father, like son."

Pernyataan Ummar disambut kekehan garau, hiasi suasana sepi. Lelah. Halwa telinga diganti tolakan kerusi. Pelan berubah derapan kaki, mara dekati. Tidak beranjak waima sedikit, melainkan teguh berdiri di situ menanti kehadiran ayahnya hampiri.

"Ummar, Ummar, Ummar."

Rupa itu, berbeza.

Sesuatu yang sejujurnya, dia tidak ketahui bahawa topeng ayah akhirnya luntur. Runtuh sedikit demi sedikit, membuka pekung rahsia.

Tepukan janggal bergema, sekali dua. Ummar runduk, tidak sanggup pandang betapa keji orang tua sendiri. Bayang-bayang lebih tegap kuasai, menandakan ayah sudah ada di depannya kini.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now