Bab 13

390 43 30
                                    

DENGAN sekali lafaz, Anan Nurfiza kini sah bergelar isteri kepada Syaf Inas. Emosi Anan bercampur-baur tetapi muka polosnya sedaya-upaya menayangkan riak kosong seperti cuba menutupi perasaan sebenar. Syaf ingin mencungkil apa yang tersembunyi di hati gadis awannya tetapi negatif tidak dikenal pasti. Busana putih membaluti tubuh badan pasangan pengantin. Para tetamu yang dijemput sekadar kenalan terdekat dan rapat sahaja bagi menjayakan majlis. Kenduri kecil-kecilan cukup memadai buat masa ini.

"Assalammualaikum, sayangku awan." Syaf mampir ke arahnya memberi salam. Anan menjawab perlahan dengan tubir mata yang kian hangat. Atma wanitanya bergetar hebat. Dia kurang pasti dengan perasaan sendiri.

Syaf mengambil kotak baldu berwarna merah yang dihulur oleh uminya. Dia membuka dan sebentuk cincin emas berukir bentuk hati di tengah dikeluarkan. Simple is better.

"Hulurkan tangan kat suami kamu, sayang." Puan Salmah membisik. Anan angkat tangan kanannya yang mengeligih sebelum dilelar kemas oleh Syaf. Mata Anan dipasakkan tepat pada Syaf yang segak berbaju putih cekak musang itu bersama senyuman mekar terpamer di wajahnya. Cincin di tangannya kini disarung ke jari manis sang isteri. Diusap penuh kasih bahagian yang bertaktha cincin itu.

Tangan halus Anan dipegang kejap sebelum dileraikan seketika. Syaf memberi masa untuk Anan bertenang. Nafas Anan berjeda. Debaran dan kalut menguasai diri. Puan Salmah memberi sebentuk cincin kepada Anan pula.

Syaf menghulurkan tangannya kepada Anan. Anan menyarung cincin itu lambat-lambat ke jari suaminya lalu memegangnya dalam getaran. Tangan yang hampir rebah kerana kegelisahan melampaunya sempat digenggam Syaf. Anan kemam bibir. Dia menundukkan kepalanya untuk mengucup lembut kekura tangan itu. Kesempatan digunakan oleh Syaf menyentuh kepala Anan dan diusap perlahan. Bibir suamnya mendarat pada dahi licin isterinya. Lama.

"Officially Mrs. Syaf Inas, my cloud. Awan pawana milik penawar," tutur Syaf.

Anan dongak kepala dan mengulumkan senyum tipis. Emosi disimpan rapi sedangkan gelodak hati berbalah mahu menghamburkan segala rasa. Syaf yang sedar akan perubahan gadis awannya mula menyentuh sudut mata Anan yang berair dengan ibu jari. Diseka butiran kaca itu penuh kelembutan.

"Jangan nangis, awan. Aku ada sebagai penawar kau." Syaf mendekatkan kepala ke sisi kepala Anan. Dia membisik di halwa telinga Anan dengan aksara mendamaikan jiwa kecil yang gundah-gulana dan resah-gelisah.

Buat kesekian kalinya, Anan mempamer senyum lebar menutupi duka. Dia angguk kecil kerana tidak mahu merosakkan majlis.

USAI hampir kesemua tetamu yang hadir kendurinya mulai beredar pulang, Syaf melangkah keluar daripada rumah agam keluarga menuju ke pintu pagar besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAI hampir kesemua tetamu yang hadir kendurinya mulai beredar pulang, Syaf melangkah keluar daripada rumah agam keluarga menuju ke pintu pagar besar. Ada seseorang menanti untuk menuntut hak. Syaf bersandar pada tembok sambil menyilangkan tangan memandang figura tersebut. Dia menghadiahkan senyuman separa ikhlas kepadanya.

"Terima kasih banyak-banyak puan kerana sudi juga hadir menjenguk majlis akad nikah kami walaupun sekadar di luar rumah. Nak pijak masuk rumah saya pun tak mampu nampaknya apatah lagi nak hadap isteri kesayangan saya kan?" kata Syaf dengan nada sindiran.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now