Bab 4

529 63 10
                                    

Suasana meja makan sepi. Anan berdiri sambil menggenggam kuat hujung bajunya. Kak Fie dan Along Farl berdiam diri menikmati juadah. Tiba-tiba, suapan nasi berlauk ke dalam mulut Puan Ina terhenti. Dalam sesaat itu diludahkan semula makanan tepat di mana Anan berada.  Pinggannya diangkat tinggi lalu dihempaskan kasar di hadapan Anan.

Prang!

Berdesing gegendang telinga tatkala kaca bertemu lantai simen. Pecah. Puan Ina merenung Anan tajam. Kak Fie sudah melompong manakala Along Farl kaku. Sementara itu, Harriz memangku anaknya dari ruang tamu turut sama terkejut. Dia mengangkat kaki masuk ke bilik terlebih dahulu kerana ketahui skesta yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.

“Apa kau masak ni, bengap? Nak biar semua mati kebulur makan makanan masin kau dan tak seberapa ni ke?” kata-kata kesat meniti dari bibir Puan Ina. Berkerut dahi Kak Fie dengan kenyataan ibunya. Lidah Puan Ina tersekat atau cerewet sedangkan dirinya telah habis sepinggan nasi. Nah, dasar orang tua tak reti bersyukur.

Along Farl mengangkat bahu apabila Kak Fie menghantar isyarat mata. Dia mulai bangun dan meninggalkan pinggan serta cawan di meja makan. Manalah semua tidak naik lemak, semuanya dibiarkan malah untuk diangkat ke singki pun pemalas apatah lagi mencucinya.

Anan mengetap bibirnya menahan rasa sebak. Bukan Anan tak mahu memasak seperti biasa namun dia tak berdaya berada di dapur dalam tempoh masa yang lama. Malah semua tidak mahu beri kerjasama kepadanya. Sekadar menambah beban di bahu kecil yang sedia berat untuk digalas olehnya. Lagipun Kak Fie dan Along Farl berselera aje makan.

“Ibu nak makan apa?” soal Anan dalam suara bergetar. Renungan Puan Ina membuatkan Anan seram sejuk.
Puan Ina tersenyum sinis lantas berdiri tegak. Jag air diambil lalu disimbah tepat ke wajah Anan. Anan mengerjapkan mata yang pedih apabila kesejukan air menyapa tubuhnya. Baju pada tubuhnya basah lokos lantas menampakkan lekuk badan Anan.

Puan Ina menyeringai iblis. Dia suka lihat Anan terseksa. Tanpa aba-aba, pipi mulus Anan menerima tamparan. Pijar. Anan tumbang kerana tidak mampu stabilkan diri. Dia menjerit halus tatkala kulitnya tersiat dengan serpihan kaca.

“Itu makan dia. Kau tanya soalan bodoh kat aku kan, budak. Masaklah sesuatu yang mewah untuk kenyangkan perut kami semua. Takkan otak kau lembab sangat sampai semua benda kena bagitahu,” ujar Puan Ina dengan senyuman sinis.

“Huh, agaknya orang tua tu yang takde deria rasa,” kata Kak Fie bersahaja setelah menonton drama murahan Puan Ina memarahi Anan. Dia mengangkat kaki tanpa menghiraukan keadaan Anan. Siapa budak tu sampai dia perlu bantu? Kalau tak wujud kat dunia pun lebih baik.

Puan Ina bertinggung hadapan Anan dengan riak gembira. Bahagian pipi Anan yang merah diusap perlahan.  “Kesian kau, siapa suruh mama kau tu jadi perampas laki orang? Tak pasal-pasal kau kena tanggung dosa mama kau,”  ujar Puan Ina senada. Tangannya beralih pada bahu Anan lalu dicengkam kuat.

“Apa dosa Anan?” soalnya dengan kolam mata yang bergenang.

“Anan sayang,” tutur Puan Ina dengan nada mengejek. Ratna jernih mengguyur deras pada wajah Anan membuatkan Puan Ina tersenyum kemenangan. Hancur tangkai hati Anan apabila perkataan 'sayang' disebut bukan atas tanda menyayangi oleh yang tercinta tetapi dihina oleh pembenci bagai tiada harga.

Bukan dia yang pinta untuk memikul segala beban dunia. Hampir menggeleber diikutkan bahu kecilnya biarpun tidak terkira dia terjunam dalam lembah binasa.

“Dosa kau sebab lahir kat dunia ni atas kesilapan mama kau. Gunakan suami orang untuk anak haram siapa dia kandungkan. Padanlah muka kau pun sama dengan perempuan tak guna tu. Sebab itulah aku benci kau, muak tengok spesies dia membesar depan mata aku sendiri,” katanya lagi seraya menyeka kasar air mata Anan yang berlumba merembes tanpa henti.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now