Bab 73

191 17 4
                                    

Tujuh bulan berlalu...

FITUR wanita berdiri seorang diri di balkoni, beralun lembut helaian rambut tampak ditiup bayu pagi membelai liang roma. Menala pandangan ke langit nilakandi, sisik-sisik putih menjadi peneman antariska gah di waktu ini. Kilauan jernih hiasi layar mata, Anan kerjap bulu lentik menyentuh birai. Lekuk bibir naik ke atas, membentuk senyuman tipis. Pahit.

"Anan."

Sejenak, Anan menoleh. Seraut Widuri menjamah penglihatan dia, tanpa sedar mengalir lesu buliran jernih selusuri wajah jelitanya.

"Anan masih rindu dia ke?" soalnya terus, tidak berlapik. Berubah redup menatap Anan, sepatah aksara membawa dia larut ke masa lalu. Renyuh hati bermukim di relung dada, Widuri faham amat perasaan Anan sebenarnya.

Sedar bahawa muara muka Anan jelas katakan sebegitu, suram menghiasi sepasang bundarnya iris. Kelemayar arunika menyuluhi Anan, tampak bersinar ibu mengandung seorang ini kekal menyentuh perutnya kian membesar hari ke hari.

"Anan tak tahu." Anan kaku, bawah bibir dikemam rapat. Resah. Gelora dada menghempas kasar, apakah perasaan ini sebenarnya?

Kadangkala hati terasa berat kenangkan betapa dia masih merindui figura perjaka pernah mendiami sebahagian hidupnya itu. Jujur, Anan tak dapat mengusir cemburu tatkala melihat momen indah keluarga lain begitu tak sabar menanti kehadiran sang comel sebagai penyeri rumah tangga.

Mungkin sahaja, adakah dia dianggap tidak bersyukur? Masih ada juga menunggu keluarga nun jauh di sana, berjasa demi negara dan isteri bermati-matian sabar melahirkan zuriat keturunan mereka. Dikendong seorang diri tanpa suami di sisi, Anan tak menafi para wanita seperti itu sememangnya tabah dan kuat menghadapi.

"Kak Widuri nak pergi kerja dah?" Anan menyoal, tidak betah dalam keadaan janggal sebegini. Angguk, mata Widuri mengecil memanah kepadanya. Sementelah Widuri tunak merenung dia dengan insani, salur hangat menerap sukma gundah-gulana.

"Anan ada teringin nak ke mana-mana ke?" Kali ini, Widuri cuba bertolenrasi. Melihat Anan terpinga-pinga seketika, ketahui celaru Anan perlu keluar hirup udara bumi lebih meluas seperti biasa.

Jauh menerawang fikiran, ada beberapa tempat ingin diziarahi sejujurnya. Cuma, hati dia tidak mampu kerana risau berantak kembali luka yang baru sahaja sembuh.

"Anan nak jumpa Najwa," jawabnya perlahan. Alis nipis Widuri menjungkit kecil, seakan-akan bagi memastikan pilihan Anan.

"Dan singgah Yayasan al-Syifa' lepas tu."

Untuk itu, Widuri akhirnya koyak senyum lebar. Puas hati tika Anan pilih keluar ambil angin, terlalu lama wanita itu diam diri dan tidak banyak menuturkan kata seperti biasa. Suka melamun tatkala seorang diri, risau bila ditanya jawapan baik-baik sahaja.

"Terima kasih kak tolong Anan. Anan tak tahu macam mana nak balas budi akak, tumpangkan Anan sini pun dah bersyukur sebenarnya."

Sejenak, Widuri tergemap. Memusat Anan yang senyum tipis, jatuhkan pandangan tepat ke telapak tangan setia usap penuh kasih kandungannya.

"Fira pernah kata kan, jangan susah hati. Fira okey aje Anan tinggal sini, macam tak biasa pula."

Entah mengapa, Anan rasakan tak layak menandingi Widuri. Sungguh dia katakan, wanita muslimah hadapan dia jauh lebih cekal berbanding dia. Apakah suntikan semangat membara dalam diri Widuri, dia tidak pasti namun sepasang netra itu jelas mengatakan kerinduan dan kelembutan tiada tara kepada seseorang yang tercinta.

"Kak Widuri kuat kan?" usul Anan luar dari kesedaran, spontan mengatakan hingga berjaya menyentak Widuri yang jelas kejur.

Juring mata itu berbahang suam, benak diserang layar kenangan berkaitan indahnya zaman cintanya dahulu. Semakin hebat menyengat, cukup menabrak perdu sedia rapuh hingga mengguyur lesu buliran jernih nodai pipi. Betapa kekuatan dia bina tinggi, benteng membuatkan dia kekal hidup sehingga kini berbekalkan memori semata-mata setiap hari.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now