Bab 15

476 39 0
                                    

BUKU di tangan Anan tekap rapat ke dada. Anan belok pada selekoh bangunan yang menempatkan perpustakaan. Kaki mengorak langkah perlahan menuju ke sana sambil bebola matanya meliar ke kiri dan kanan memastikan kehadirannya tidak dapat dihidu. Dia serik dengan kejadian tempoh hari.

"Alhamdulillah, line clear."

Anan tersenyum nipis apabila merasakan sekelilingnya kosong. Sepatutnya hampir setiap pelajar telah pulang ke rumah sebaik sahaja tamatnya kelas tambahan jam empat setengah petang. Masih ada berbaki tiga puluh minit untuk dia memulangkan bahan rujukan yang dipinjam dan digantikan dengan bahan rujukan yang lain.

Saat Anan terleka dengan fikiran menerawang jauh, bahunya dirempuh kuat oleh seseorang sehingga Anan jatuh tersembab. Buku di pegangannya kian berterabur di lantai simen. Bibirnya mengaduh kesakitan. Anan angkat kepala melihat gerangan yang melanggarnya. Tiga gadis yang amat dikenali kini berdiri memandangnya dengan pandangan sinis. Sekilas sahaja sebelum kepalanya menunduk semula.

"Wah, kau ke tu Anan?" nada suara Najwa berbaur ejekan kedengaran. Putri tergelak. Syifa' menepuk bahu dua rakannya seraya menggeleng kecil. Kening Najwa berkerut dan Putri garu pipi kiri apabila Syifa' mulai bertinggung hadapan Anan. Dia membantu mengutip buku tersebut.

"Kau kan lembab, kenapa study lagi? Lainlah aku ponteng pun tetap genius." Syifa' mengutuk dan sempat membangga diri. Dia menghulurkan bahan rujukan kepada Anan. Mata bundar Anan bekerdip untuk menyambut huluran tersebut. Tanpa sedar sudut bibir Syifa' menaik dan diangkat tinggi buku itu dari gapaian Anan. Dia bingkas bangun dengan lidah menjelir pada Anan. Buli pun serupa manusia tak matang. Melelahkan.

"Asal kau slow sangat, Anan? Last due date buku kau bila? Apa kata aku simpankan untuk kau untuk seminggu dua before kau pulangkan?" ujar Syifa' seraya membelek kulit belakang buku. Kertas tarikh pinjaman buku dicek. Riak gembira terlukis di raut wajahnya.

Memang tidak disangkal lagi, Anan perlu pulangkan buku pinjamannya hari ni juga. Najwa dan Putri turut menyendeng di sebelah Syifa'. Busybody tapi Syifa' tak kisah. Najwa memberi buah fikiran dalam nada berbisik kepada dua rakannya lalu senyum ngeri terukir di bibir mereka.

Anan kecut perut. Dia cuba bangkit tetapi beg yang dipikul di bahunya sengaja ditarik ke belakang oleh Putri. Batang tubuh Anan terlentang semula. Dia mendesis sakit. Tawa mengilai tiga sekawan itu memenuhi kawasan blok yang sudah sunyi lalu bertepuk tampar gembira.

"Sabarlah Anan, kita belum habis berborak dengan kau lagi. Buku ni kau tak nak ke?" Syifa' mencondongkan sedikit badannya memandang Anan. Tangan memegang buku pada bahagian hujung dan sengaja digoyangkan di hadapan mangsa. Pelupuk mata Anan kini bertakung dengan cecair jernih. Mulut dizip rapat kerana dia tahu pada pengakhirannya seorang manusia sepertinya akan tetap tewas.

Lemah? Memang betul dan tidak perlu dinafikan. Anan terlebih daripada sedar akan hakikat itu. Bukan dia tak cuba mempertahankan diri tetapi mengapa mesti dia juga akan dipersalahkan. Mereka memanipulasikan keadaan. Play victim sedangkan dia keseorangan dan mereka bertiga.

Semesta tidak adil atau dia yang berlaku kejam kepada dirinya. Bagaimana dia ingin raih kepercayaan jikalau kaum sendiri pun jatuhkan dia? Takkan mahu mohon bantuan lelaki walakin hendak dipandang pun tidak sudi.

"Bosanlah bercakap dengan tunggul macam kau," keluh Putri. Bibir diherotkan ke sebelah tanda menyampah.

"Alaa, setakat kena bayar denda tahi kucing apalah sangat. Sebelah mata aje dengan jumlah secoet tu pun aku mampulah," kata Najwa dengan angkuh. Syifa' dan Putri angguk setuju.

Isi pipi digigit kuat. Geram seringkali dijatuhkan tapi dia harus bersabar. Biarlah dimaki-hamun sekalipun, usah dilawan semula dan terus sabar. Bukankah Allah telah menjanjikan ganjaran buat hamba-Nya yang bersabar? Jikalau dia membalas semula dengan cacian, tidakkah dia serupa sahaja seperti mereka?

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now