Bab 22

387 27 0
                                    

LEMPARKAN kebenaran, hentikan dusta pementasan. Galau menerima ceritera sebenar membuatkan jasad ini terkujur lemah. Jerih mengalir pada setangkai hati sedia rapuh, retak hancur kala dihidangkan kemanisan penuh penipuan.

Bentangkan aku dengan kebenaran biarpun pahit daripada kau sulitkan dengan fantasi ciptaan penipuan itu lebih sakit. Sekurang-kurangnya kesakitan aku berdasarkan realiti. Bukan keindahan demi menenangkan hati secebis cuma dan kemudiannya hancur kala ketahu ceritera sebenarnya.

Anan celikkan kelopak mata payah. Dia terkebil-kebil mencerna situasi kini. Pinggang terasa memberat, deruan nafas seseorang menyapa dari belakangnya membuatkan Anan meremang. Selimut membungkus batang tubuh ditarik melorot ke bawah sedikit. Anan sorotkan mata melihat gerangan tersebut dan tanpa semena-mena senyum kecil terlakar di bibirnya. Seketika sebelum senyum itu bertukar hambar tanpa rasa.

"Abang Syaf..." seru Anan perlahan. Telapak tangan dibawa menekap pada kekura tangan Syaf di perut kempisnya seraya dielus lembut. Juring mata berburam dan gugur menyentuh pipi. Dia telah menyusahkan Syaf buat kesekian kalinya kerana sikap keanak-anakan dan overthinking melampau dirinya. Memang Anan selalu bersikap terburu-buru dalam sesuatu, kan?

Tangan Syaf dialihkan dan Anan bingkas bangun dari pembaringan. Nafas dihela berat. Dia cuba mengusir segala pemikiran negatif dan telah pun berlalu namun padahnya semakin menghantui dirinya. Saat kaki ingin menapak, satu suara garau memanggil membuatkan Anan pegun.

"Awan..."

Tiada respon diterima. Anan menggigit bibir kala paluan dada semakin kencang. Takut dan gerun untuk berhadapan dengan Syaf. Syaf membuka mata yang masih kuyu lantas segera melelar pergelangan Anan lembut. Syaf menggumam kecil. "Awan, kau sakit mana-mana tak?"

"Tak. Anan okay," jawab Anan gugup dengan nada rendah. Anan kejung apabila tangan kekar Syaf kian turun menggenggam tangan kecilnya mengalirkan rasa hangat dan selamat. Bungkam.

Anan geleng kepala perlahan. Dia cuba melepaskan tautan tangan tersebut tetapi Syaf sengaja mengeratkan lagi genggaman membuatkan Anan menghela nafas kasar. Dia menoleh dan menikam tajam pada Syaf yang sudah tersenyum miring.

"Lepaskan Anan. Anan tak suka awak layan terlalu baik pada Anan sedangkan diri ni..." Tapak tangan kiri diletakkan pada dada. Kesakitan yang mencengkam ulu hati terasa begitu sesak dan sebu membuatkan Anan sukar untuk bernafas.

"Tolong lah abang, Anan tak layak untuk merasai keprihatinan dan kasih sayang yang lain. Anan rasa..."

"Kau selesa dengan aku tapi kau juga takut untuk terus hanyut dalam hubungan ni," cantas Syaf dan membalas tatapan gadis awannya penuh kasih. Anan terkedu Syaf mengetahui isi hatinya. Liur ditelan kelat dengan pandangan semakin kabur. Anan memandang ke hadapan semula. Syaf sangat memahami. Dia tidak bertindak melulu malah mula duduk bersila pada tilam katil.

"Maybe aku pun sama. Kenapa Allah hadirkan kau dalam hidup aku, awan? Kita ikut aje aturan takdir ni, sayang. Mesti ada sebab Allah pertemukan kita berdua dan berakhir dalam ikatan yang halal ni biarpun aku..."

Syaf gantung bicara. Benaknya berteka-teki dan berperang sama sendiri. Pegangan sedikit melonggar kemudian digenggam semula erat setelah dia yakin dengan keputusannya. Ya, dia mahu bersama dengan Anan seumur hidupnya. Dia merasakan sesuatu yang berbeza pada gadis awan ini. Unik dan aneh. Bahari dan jerih bersatu. Benarkah tindakan menjadi penawar buat awan pawana dia akan berjaya?

Mereka terlalu sakit fizikal dan mental. Mungkin Syaf juga bakal meretakkan lagi tangkai hati sang gadis berbanding menyembuhkannya namun dia akan cuba menjadi penawar dengan cara dia tersendiri.

Lagipun, ini hikayat asmaraloka mereka yang dipenuhi gelora ombak badai berbahaya namun terselit juga ketenangan. Terlalu dalam bakal melemaskan tetapi bisa juga membawa petunjuk arus pangkal yang sepatutnya.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now