Bab 10

511 44 20
                                    

KAKI dibawa menuju ke pantri. Uncang kopi Nescafe di dalam kabinet kaca atas diambil. Dikoyakkan bahagian atas paket lalu diadukkan ke dalam gelas. Syaf meletakkan gelas tersebut pada mesin air sehingga diisi penuh. Sudu kecil sempat digapai untuk mengacau air kopinya yang masih panas itu.

Syaf melabuhkan duduk semula pada tempat asalnya. Tangan diramas sehingga berbunyi.  Jari-jemari mula lincah menari di atas papan kekunci. Sesekali pergerakan Syaf menjeda seketika sebelum menyambung kerjanya yang tergendala.

Beberapa jam kemudian, Syaf menompang dagu di atas mejanya. Bebola mata hitam pekat itu bergerak ke kiri dan kanan meneliti segala isi yang ditaip dan disemak dengan sebaiknya. Syaf mencapai air Nescafe miliknya sebelum disuakan bibir gelas ke bibirnya. Disisip perlahan penuh nikmat dan diletakkan kembali pada sisi meja.

Dia menekan punat save dengan jari telunjuknya. Hembuskan nafas lega kedengaran. Syaf merengangkan tangan ke atas bagi mengurangkan lelah urat sendinya.

"Alhamdullilah, siap dah. Nak kacau anak bos sekejap," getus Syaf dengan senyuman jahat. Dia mengangkat kaki ke meja Ummar. Selamba badak Syaf menegur dan menepuk bahu rakannya daripada belakang.

Ummar terkujat dan segera menoleh. Kornea mata disapa wajah Syaf yang beriak gembira semacam. Pasti urusan rakannya yang sorang ni dah selesai.

"Awal juga tapi baguslah. Baki lagi lima minit sebelum lunch, jomlah turun." Ummar bingkas berdiri.

Mereka mula melangkah keluar daripada pejabat. "Kau ada nak pergi memana ke lepas solat Jumaat nanti?"

Pintu keretanya dibuka. Macam biasalah nak jimat minyak kenderaan kenalah berkongsi. Lagipun arah tuju mereka sama.

Syaf memikirkan sejenak. Tali pinggang keledar ditarik. Kali ni dia sengaja bagi Ummar yang memandu. Hakikatnya ada tapi sengaja dilambatkan kerana tak mahulah Ummar ketahui dia beria. "Ada, aku nak pergi rumah awan sekejap. Parents aku jemput awan ke rumah mereka."

Kening Ummar berkerut. Air muka kebingungan terlakar di raut mukanya. "Siapa pula awan kau ni sebenarnya? Takkanlah parents kau percaya anak dia jatuh cinta dengan langit sampai kena dijemput?" soal Ummar cuba berjenaka dengan lawak bodohnya.

Syaf tepuk dahi. Muka diraup kasar. "Gadis awan akulah."

Ketap bibir seketika. Ummar menikam tajam wajah Syaf. 

"Aku dah masuk meminang awan dan majlis biasa sehari before aku pergi outstation. Tapi hati aku ni..." Tapak tangan menyentuh dada. Ritma jantungnya berdegup laju tatkala mengingati gadis awannya. "Aku tak pasti kenapa bila dengan awan buat aku rasa..." Syaf berhenti sejenak.

Nafas ditarik dalam dengan perasaan bercampur-baur. Fikiran dia bercelaru. Betulkah apa yang dilakukan sekarang ini?

Ummar melarik senyum sinis. Sejujurnya, dia dah dapat mengagak ke mana hala tuju perbincangan kali ini. "Teruskan." Enjin kereta dibuka.

Ummar menarik brek dan tapak kaki menekan pedal. Stereng digerakkan dan dia memulakan perjalanan. Kelopak mata dipejam rapat. Syaf membawa dirinya hanyut semula dalam memori pahit lalu. Mimpi ngeri yang dia sendiri tidak sangka akan terjadi. Kehilangan. Perasaan bersalah itu sehingga kini menghantui diri kerana tidak mampu menjaga sang adik.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now