Bab 64

236 18 0
                                    

BERLANJUTAN. Anan bersiap pergi ke kerja, tinggalkan Syaf yang sering nantikan dia untuk memohon restu. Penampilan ala kadar, masih sama hampir menutup semua aset yang ada.

Sungguh, terasa sikapnya tidak seiring pemakaian. Dia bukanlah baik mana, solehah pula jauh sekali. Bertatih, kejarkan cinta Dia setelah dikecewakan manusia.

"Anan gerak dulu," ucap Anan sembari tergesa-gesa menyarung sandal sendiri. Sebaik dia mahu tunggang pacuan dua rodanya, Anan dengus geram. Lupa mengambil kunci, bagaimana dia hendak bawa jikalau begini?

"Awan sayang..." meleret nada Syaf memanggil, menggamit perhatian Anan. Lengan sasa diangkat, digoyangkan perlahan benda yang dicari Anan sedari tadi. Serta-merta Anan turun dan hampiri Syaf. Panggung tinggi jemala, aksa bundar menatap tajam Syaf.

"Nak kunci Anan, bagi." Anan hulur telapak tangan, tadah untuk sambut pemberian.

Gila, tak berdaya dia hendak menjengket hujung kaki. Sudahlah separas dada sahaja, sekarang Anan perlu capai kunci yang Syaf mainkan di jarinya setinggi garis khatulistiwa pula.

"Kalau abang tak nak? Awan nak buat apa? Hukum abang pula?" Syaf sengaja tarik tali terhadapnya. Alis nipis dijungkit, mencabar Anan berkerut seribu dengan percikan amarah terbias di netra.

"Abang rasa, abang boleh tunaikan?" Anan pulangkan buah paku keras semula, senada.

Syaf larik senyum sinis, kunci ditangan beralih tempat. Memasukkan kedua-dua tangan ke poket seluar, disandarkan tubuh pada daun pintu tertutup rapat.

"My cloud, kau nak apa sebenarnya?" Syaf soal tenang, memanah tepat sekujur tubuh Anan kaku berdiri. Namun tangan kecil itu mengepal kuat, seakan mengawal amukan perasaan bersarang di pengkung dada.

"Anan mohon, abang lepaskan Anan."

Bam! Disambar hentaman guruh kuat, gegaran tangkai jiwa luluh ke bumi. Syaf kedu, tidak menjangka respon Anan. Terkebil-kebil memandang Anan, isterinya sekadar beriak biasa. Seakan sudah nekad, walaupun sesungguhnya dia dapat lihat Anan dibungkus getaran dengan omongan sendiri.

"Kau sanggup?"

Anan senyum nipis disebalik kain, berkilauan kristal layar mata sembari angguk kecil.

"Anan tak kisah, buat apa tinggal dengan lelaki yang pernah layan Anan macam halimunan. Tiga tahun dia hilang, tup tup hidup lagi dan nak perbaiki semua. Anan tak bodoh, Syaf. Anan tak sanggup pertaruhkan hati ni, untuk seseorang yang tak sudi dan ikhlas dengan Anan." Intonasinya bergetar, dia kemam bibir rapat.

Seketika, derapan kaki seseorang mendekati. Anan pegang hujung baju, meramas resah bilamana bauan maskulin benar-benar menusuk ke dalam rongga nasal.

Syaf berhenti sejengkal jarak dari Anan, mencerun fitur kerdil isteri menekur ke lantai. Kontan jari Syaf sentuh bawah dagu Anan, dilangut agar berhadapan dengannya.

Pupil mata hitam mencumbui seraut gadis awannya, hitam pekat penuh bahari sembari berdesis halus, "Gila."

Setitis, permata jernih jatuh. Lensa mata berburam, memusat Syaf yang menikam lihai. Nafas hangat suami menampar bahagian terbuka di wajah, Anan kerjap mata ketakutan. Meligih sengsai kala Syaf bertukar mencengkam tulang rahangnya, sesak dihalang kain purdah.

"Anan tahu, abang. Anan sedar siapa diri Anan selama ni. Sebab tu, Anan minta abang lepaskan perempuan gila ni, sebelum dia yang naik gila nak hadap perangai abang."

Tercungap-cungap Anan tuturkan kata, lengan menggigil cuba leraikan pegangan Syaf. Sukar dihimpit sebegini, tidak teratur dengan dada berombak kasar. Perit mengawal rasa, galak lakrimasi menguncup pipi.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now