Bab 21

380 31 0
                                    

DAHI berkerunyut hebat, keringat merembes membasahi pelipisnya. Seluruh tubuh berasa kebas, cecair jernih mengalir lesu melalui tepi mata. Fiena meracau-racau menampan deria pendengaran Harriz. Kelopak mata dibuka payah sebelum dibawa tubuh isterinya ke dalam pelukan bagi menenangkannya.

"Syuhhh, kenapa sayang?" Harriz membujuk lembut. Belakang badan itu diusap perlahan.

Fiena mengangkat kepala. Dia mencari seraut wajah Harriz bersama air mata bercucuran pada tulang pipi. Harriz tersenyum tipis. Tangan kasarnya mengapit kedua-dua pipi Fiena seraya ibu jari miliknya menyeka lembut air mata Fiena.

"Fiena nak minta tolong," pinta Fiena. Harriz melembutkan tatapan mata merenung masuk sepasang mata Fiena. Kolam mata Fiena yang berair mengaburkan pandangannya.

"Tolong bawa I kepada Anan, boleh? I rasa bersalah dengan dia, tolonglah Harriz." Fiena menatap dalam anak mata suaminya. "Sekali aje ni Harriz, boleh tak you tunaikan permintaan I?" soal Fiena.

Muka Harriz berubah keruh. Air liur ditelan kelat. Lidahnya seakan lumpuh untuk menjawab permintaan Fiena. "Sayang, nanti I cuba ikthiar okay? Anan tinggal mana pun I tak tahu sekarang ni."

"Tipu! You tak nak tolong tu bagitahu ajelah, Harriz." Fiena memberontak. Dia menepis kasar tangan Harriz yang menyentuhnya tetapi pergelangan tangan Fiena dilelar pantas. Pegangan semakin kejap dan erat membuatkan Fiena mendesis sakit. Harriz sesekali menjeling pada yang masih tidur nyenyak.

"Lepaslah. Entah berapa kali you tipu pun tak terkira agaknya. Hubungan kita ni, you jujur atau tidak Harriz? Atau you hanya kesian semata-mata, dah lah dapat bekas orang pula tu." Fiena terus menuturkan kata namun nadanya semakin lama berubah kendur. Seakan sudah asa namun dalamannya sendat dengan rasa yang dia sendiri tidak pasti.

"Fiena Arisya, dengar dulu apa I nak cakap." Nada suara Harriz berubah tegas. Dia kuncikan pandangan pada sang isteri yang berjejeran air mata dan masih menembaknya bertalu-talu tanpa henti. Fiena mati kata seketika.

Diam sejenak. Hanya esakan kecil kedengaran. Suara halus Fiena menggumam turut didengari telah menghancurkan hati lelakinya.

"Patutnya you yang dengar. Kenapa buat Fiena macam ni? You paksa I kan hanya kerana cemburu buta you tu. Sebenarnya, you yang pentingkan diri sendiri Harriz Umair," ujar Fiena perlahan. Dia meronta-ronta lemah meminta untuk dilepaskan tetapi Harriz sekadar memaparkan riak sayu.

"Ya, I yang salah." Pengakuan Harriz membuatkan Fiena terdiam seribu bahasa. Direnggangkan tautan, Harriz melabuhkan satu ciuman pada dahi Fiena lama. Tangan Fiena dibawa menyentuh pipinya yang sudah hangat membasah dengan cecair jernih. "I'm sorry for hurting you. Memang I suami tak guna untuk you, sayang."

Fiena menayangkan senyum segaris dengan air mata yang masih bersisa. Terharu namun dalam masa yang sama dia masih sakit. Layanan Harriz tempoh hari menyesakkan sanubari. "Macam tu aje kan? Lepas buat salah, minta maaf then ulang semula kesalahan yang sama." Suara serak diselangi tangisan Fiena menampan deria pendengaran Harriz. Dia mencari iris Fiena yang sembab turut membalas pandangan tunak kepadanya.

"Satu syarat." Fiena menuturkan perlahan. Dia mengerjap dengan mata kuyunya menatap raut Harriz. Jarinya menyeka lembut air mata yang menodai wajah Harriz seraya bibir mengukirkan senyum tawar, "Bawa I jumpa Anan dan I akan maafkan segala silap you. Tak kira sama ada memang I tahu sekarang ni atau yang you sorokkan daripada pengetahuan I sekalipun. I akan cuba lupakan." Kepala terasa semakin berat dan akhirnya Fiena tumbang menyembam pada Harriz di hadapannya. Segera Harriz menyambut membiarkan kesayangan dia dalam dakapan miliknya. Mata Fiena yang kosong tanpa rasa kian tertutup rapat kerana keletihan.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now