Bab 45

279 20 0
                                    

BINGIT. Ambien dewan makan penginapan yang mereka duduki kian dikerumuni manusia, Anan pula sudah mengambil tempat di salah sebuah meja. Menurutnya, Syaf mahu menikmati makan malam bersama di sini. Maka, mereka berjalan beriringan sehingga Syaf mengatakan dia ingin ke tandas seketika.

Ya, seketika. Dah lima belas minit berlalu, batang hidung empu tetap tak muncul tunjukkan diri. Juadah yang dicuba pun sekadar pemanis mulut, koktail puding sahaja. Mahu menjamah makanan berat yang turut diambil sama, namun serba-salah Anan dibuatnya.

"Tadi bukan main suruh orang cepat. Sekarang dia pula hilang, tak muncul-muncul. Dia buat tandas ke guna tandas?" rungut Anan dengan mulut menceceh. Geram, bawah bibir dikulum. Anan telan liur, hidangan depan mata dipanah penuh nafsu. Kerana lapar, dia turutkan jua kehendak perut yang sudah berkeroncong hebat.

Lantaklah, suami dia tengah baiki sistem saluran air tandas gamaknya sampai lupa bini di sini. Tak fasal-fasal dia pula kebuluran jikalau menunggu. Lagipun, dia kasihankan kandungannya.

"Mesti awak pun lapar kan. Kita makan dululah, biar papa penawar awak makan sesorang nanti," ngomel Anan sembari mengusap perut lepernya. Bibir menguntumkan senyum senang, piring berisi beef steak ditarik dekat. Pisau mulai memotong kecil hirisan daging manakala garfu pula diguna bagi memberi sokongan. Seusai selesai mencarik isi daging, Anan cucuk pada hirisan itu lantas dimasukkan ke dalam mulut.

"Sedap!" Anan kernyih girang. Usir pandangan aneh yang lihat dia semacam, rasa tidak selesa dibuang jauh-jauh. Sejak tadi, ada mata-mata melemparkan renungan kepadanya. Terasa dinodai pula.

Sejenak, halwa telinga Anan disapa alunan indah. Bunyian bising manusia mulai reda, sepi dan hening buat sementara. Pergerakannya terhenti, Anan kaku dalam dimensi sendiri. Bayu melodi bergentayangan kirana di atmosfera, sentuhan magis penuh rasa. Bibir Anan terkelu, hati diruntuh pilu. Lensa mata mulai berkolam dengan tangan menggigil layu.

Jika ada satu jalan dibuat khas untukmu.

Maka jalan itu ada di hatimu yang murni.

Kepala Anan meranggul, mencari arah irama berpuput lembut mengetuk relung atma. Mata Anan tertancap ke suatu sudut, terlihat figura tegap yang dicari sedari tadi. Tanpa sedar, bibir Anan melarik senyum lebar.

Syaf duduk berdekatan piano hitam di hadapannya. Sang jaka tekun meneliti bait-bait kekunci, jauh dibawa fantasi yang dicipta sendiri. Bibit gelora dalam sanubari, jelas terdengar dengan detingan simfoni.

Holding you, holding you.

It's in you, river flows in you.

Sedetik, Syaf kerling hujung mata. Menghantar isyarat telepati, sinaran dama ternyata berkilauan di netra hitam sang jaka. Anan terpempan, luruh. Kelopak mata dikerjap sekali, kilat di mata bundar akhirnya jatuh juga. Pipinya basah mengalirkan titisan mutiara, tidak terseka. Bibir meligih tanpa kata, merusuh sebak di rengkung dada.

"Awan aku," bisik Syaf, perlahan. Tidak sanggup menatap muara wajah sedih sang isteri, dia tumpukan semula fokus pada papan piano. Menyambung kembali dengan seluruh roh, jiwa dan hati dibawa pergi menghayati keindahan fatamorgana ciptaannya. Ritma gemeresik membelah antariska, kisah mereka disulami ceria dan lara.

Aku ingin memberi seluruh hatiku hanya untukmu.

Agar aku dapat merasakanmu selalu.

"Always..." Tubir mata Syaf mulai hangat. Menggeligi tangan dikawal sebaik mungkin, jari-jemari kekal menari hiasi suasana. Diteruskan, abaikan gelodak berkumpul senak dan pedih memenuhi dada. Kepala hanya terbayang dia dan gadis awan kesayangan miliknya, segala memori mereka berdua bermain di fikiran lelakinya.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now