Bab 3

584 59 32
                                    

KEBENARAN cuti sakit Anan diterima. Alia memaklumkan kepada Anan yang tersandar lesu di lantai bahagian kaunter. Mujurlah masih belum ada pelanggan di pagi hari ni. Kata-kata bos masih terngiang-ngiang dalam benaknya tatkala dia memberitahu keadaan Anan.

“Itu budak Anan, saya sudah cakap ambil satu syif supaya badan dia dapat rehat. Tapi budak tu banyak degil, saya pula tak sampai hati masa dia rela hati kata sama saya mahu overtime jadi setengah hari bekerja tiap kali tak cukup pekerja. Alia, beritahu sama Anan, saya beri dia cuti tiga hari. Biar itu badan pulih macam biasa. Nanti saya inform kat lain untuk cover Anan.”

Tidak memasal dia pula dinasihatkan. Maka, Alia dengan berbesar hati menyampaikan mesej murni bos  kepada Anan. Bahkan, lenggok bahasa  turut ditiru sama menghayati penyampaian tersebut. Biasalah bos cina jadi bahasa terlebih baku. Dramatik!

“Begitulah kisahnya, sekian. Jadi Fiza, kau cuti tau. Jangan paksa diri kau, kalau penat just inform kat kita orang. Kau tu manusia Anan, bukan robot manual yang dah ditetapkan,” kata Alia. Bahu kiri Anan ditampar mesra.

Alia membantu Anan untuk berdiri. Dia memaut Anan sehingga bahagian motorsikal Anan ditempatkan. Anan terhuyung-hayang hampir terjatuh sempat berpaut pada pemegang pacuan dua rodanya. Tangan diangkat gaya berikrar pada Alia sebagai tanda dia baik-baik sahaja.

Seraut wajah Anan diperhatikan dalam-dalam oleh Alia. Bibir tipis itu tetap utuh mengoyakkan senyuman menutupi kedukaan sebenar. Hal ini membuatkan jiwa Alia tersiat. “Boleh ke kau nak balik ni, Fiza? Anyway, get well soon dan jangan lupa roger akak bila dah sampai rumah,” pesan Alia.

Anan jatuhkan kepala. “Insya-Allah, Anan boleh. Sebenarnya, Anan rasa lagi comel kalau Kak Lia gelarkan diri sebagai akak,” tuturnya jujur.

Somehow, aku rasa nak main peranan sebagai seorang kakak kepada adiknya. Memang kita tiada pertalian darah tapi kita sesama muslim kan saling bersaudara. Lagipun, of course tu fakta yang akak memang comel,” jawab Alia tulus dan yakin. Anan meledakkan tawa kecil dengan kenyataan tersebut. Hatinya dijentik perasaan terharu.

Gugusan kunci di dalam poket seluar dikeluarkan. Dalam masa sama, telefon pintarnya berdering membuatkan Anan pantas mengambil gajet empat incinya. Anan menggesek ikon hijau pada skrin bagi menjawab panggilan.

Tidak semena-mena gegendang telinga dijamah maki-hamun dan tangisan nyaring anak buahnya tatkala talian berjaya disambung. Anan menjauhkan sedikit telefon sebelum ditekapkan kembali pada deria pendengarannya. “Budak lembab, belikan susu anak aku dan lampin dia. Apa benda barang dalam rumah ni semua dah habis? Bukan semalam kau dah keluar pasar ke asal barang anak aku tak dibelikan sekali, bodoh?”

“Maafkan Anan, kak. Anan terlupa. Nanti Anan singgah kedai runcit ya? Lagipun waktu macam ni kedai belum buka, tunggu tau. Sementara tu pujuklah anak buah Anan, risau kena sawan tak berhenti-henti menangis,” balas Anan.

Alia sedari tadi memerhatikan sekadar mengherotkan bibir. Ingat dia tak dengar kalau orang di sana bercakap terpekik terlolong macam nak terkeluar anak tekak aje gayanya? Haih, minta pertolongan tapi caranya kasar dan tidak beradab langsung.

Anan mematikan talian. Nafasnya berjeda. Rambut disebak ke belakang dan retina mata menala pada langit pagi. Bunyian burung saling berkicauan menyapa telinga dan kenderaan mulai sesak membelah jalan raya kelihatan.

“Kau okay?”

Bibir menguntumkan senyuman kelat. “Anan okay, akak pun baliklah juga. Dah tamat syif kan, rasanya Encik Qai dah sampai untuk gantikan tempat akak.”

Akur. Alia menjengil mata sebelum beredar pergi kepada Anan sebagai tanda amaran agar mengikuti nasihatnya.

“Ya kak, Anan akan terus balik.”

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now