Bab 80

786 21 2
                                    

Enam bulan kemudian...

LONGLAI.

Lumpuh sendi teruskan langkah, roh bergentayangan kenangkan dia bukanlah kuat mana. Tabah, sebegitu ungkapan Syaf sedangkan dia di sini separa nyawa sirna bahana rindu berbaki dalam jiwa.

Kini, hamparan pandangan menala sebuah rumah kayu usang. Kenangkan bahawa dia perlukan masa. Bawa diri jauh, masih ada lagi belenggu fikiran dia. Anan buka pintu kereta teksi, kendong Hasya cermat pada baby carrier berhadapan dengannya. Derap kaki mulai langkah bersama bagasi dibawa sama, juju hampiri pada destinasi.

Anak tangga didaki hati-hati, mengah seketika nafasnya tampung beban dibawa. Cuba untuk tidak helakan keluhan, panahkan pada Hasya berjejeran air liur. Anan sungging senyum tipis, dilap perlahan dengan kain melilit di leher sang kecil.

"Kesayangan anak mama," bisik Anan lantas pahatkan ciuman hangat pada dahi Hasya. Menggeletek tawa suka, lebar bersama lesung pipit di wajahnya. Abaikan saliva tumpah sebaiknya, tidak lelah bersihkan malahan Anan turut sama tawa gembira. Aktif semacam Sarayu Hasya seorang ini ya?

"Sabar ya Hasya, kita masuk rumah dulu tau." Anan gomol pipi merah itu, tembam sungguh rasa nak gigit-gigit macam pau pun ada.

"Assalammualaikum..." laungan Anan bergema, memperbetulkan tali bawa Hasya di bahu sendiri. Menanti sang empu bukakan pintu, Anan tunduk semula lihat permata kecilnya. Hasya sekadar terkebil-kebil perhatikan dia, bersinar sepasang mata Anan tunak membalasnya.

"Haih comelnya dia, geram mama tengok." Anan geselkan pucuk hidung dengan milik Hasya. Tangan kecil itu pula tepuk lembut mukanya, suka dengan tawa hibur meledak sama.

"Anan?"

Sontak, Anan memalingkan muka dengan alis diangkat tinggi. Seraut Nek Su memenuhi layar mata, langkah hampiri dia sebelum paut bahu Anan mesra.

"Kenapa tak masuk aje? Aku bukannya kunci pun, penat tu kau kendong anak lagi. Meh, meh masuk dulu. Aku hangatkan lauk dulu, kau pergi bilik lama dulu tu, aku bersihkan tiap-tiap minggu. Bersihkan diri dengan anak tu, mesti kau dari jauh kan?" bebel Nek Su seumpama peluru berpandu. Anan sekadar tayang kernyih, spontan ikut sama kala daun pintu ditolak.

Sebaik pintu ditutup semula, Nek Su terus leraikan pautan. Berdiri di hadapan dia, lama meneliti Anan atas bawah dengan tatapan tajam. Seketika, Anan telan liur payah dengan Hasya yang dari tadi main tarik-tarik kain purdah dia. Senget-benget kejadiannya, miring kepala Anan terima tatkala Hasya gembira dengan permainan kenakan dia.

Aduh, habislah mama punya penampilan tak gojes dah sebab anak bertuah kita.

"Haip, tangan tu duduk diam-diam dulu. Nek Su nak scan muka mama tu." Haa sudah, Anan jegil mata siap-siap tapi Hasya pula ketawa suka. Orang risau tapi budak bertuah ni gembira semacam pula.

"Kau," seruan Nek Su membuatkan Anan refleks langut kepala. Memusat pada roman muka berkedut dimamah usia, mendekati dia. Wajah Anan ditangkup lembut, tangan tua kerekot itu menggigil usap mukanya. Birai mata berkaca-kaca, bergetar ulas bibir memahat renungan pada Anan yang terkebil-kebil terima.

"Anan Nurfiza, cucu aku anaknya Liza?" lirih dan rapuh bergumpal satu nadanya, mengalir lesu air mata tatkala Anan juga sudah berbahang lensa membalas tatapan Nek Su.

"Ya," balas Anan sepatah seraya senyum segaris. Cukup membuatkan Nek Su tarik mukanya rapat melabuhkan kucupan pada dahi gadis itu. Anan pejam mata, mengguyur deras linangan jernih tatkala terima hangat ciuman setelah sekian lama.

Lama.

Rindu.

Kasih.

Hampir setahun sudah dia tidak rasai suamnya jalar ke dalam pembuluh darah. Dia masih ingat betapa rasa ini jadi penguat semangat untuk terus jalani hari-hari. Curahkan sayang sepenuhnya pada sang kecil, sebagai tanda dia kuat sebenarnya biarpun perlu besarkan Hasya seorang diri.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now