Bab 60

326 24 0
                                    

LEWAT. Anan tiba di pekarangan rumah tepat jam sebelas tengah belas. Mujurlah dia bawa gugusan kunci sekali, sempat juga dia berpesan pada Mak Esah agar pastikan semuanya tutup sebelum pulang.

Tangan meraba dinding tepi, dipetik suis lampu kalimantang ruang tamu. Serta-merta kawasan yang malap dan suram, bertukar rupa terang-benderang di sekitar situ.

Bersih. Syukur dalam keadaan rapi, lega bertakhta agar dia berehat dan lelapkan mata. Anak mata meliar sekeliling, mencari sesuatu. Sepi suasana menaikkan bulu roma, pasti ibu sudah terlena. Sebaik netra dapat memastikan segalanya baik-baik sahaja, kaki diangkat pelan-pelan menuju kamar sendiri.

 Sebaik netra dapat memastikan segalanya baik-baik sahaja, kaki diangkat pelan-pelan menuju kamar sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DINIHARI, jarum jam berdetik menginjak tiga pagi. Gara-gara dia masih cuti, maka dia hanya perlu fokuskan pada ibu. Segera Anan bangkit menyiapkan diri, berdesup dan lincah pergerakannya. Kaki menuju ke dapur, suis lampu digagau lantas dihidupkan. Sekelip mata, terang-benderang kawasan itu. Mata Anan meliar sekitar dapur sebelum tertancap pada perkakasan masih elok dalam plastik.

Anan kontan melangkah, riak termangu-mangu saat memerhatikan bahan-bahan yang ada. Plastik barangan dapur di atas meja, digeledah mencari bahan yang bersesuaian bagi menyediakan juadah sahur.

Usai beberapa ketika, langkah kaki dibawa mengusung menjuju bilik ibu. Daun pintu dikuak perlahan, derap kaki menjijit hati-hati tanpa sebarang bunyi. Niat sekadar mahu memerhati, masih awal seandainya meminta ibu sedar dari lena tatkala ini.

"Ibu." Anan menyeru desir, sayup-sayup sahaja cukup didengari halwa telinga sendiri. Anak mata mencerun jatuh, jasad ibu berbungkus selimut yang ralit dilamun mimpi. Dia hanya berdiri, umpama tugu meneliti raut berkedut dijamah larutan waktu.

Tidak pasti mengapa, deruan nafasnya berlagu resah. Dia pilih untuk melakukan ini, namun jiwanya ngilu disengat mengenangkan segala jerih menghimpit diri. Raut ibu tenang disimbahi cahaya malap, suram persis air mukanya kini. Endak sedar akhirnya dia pilih untuk bertinggung di sisi katil, ingin menumpu sepenuhnya pada ibu.

Seketika, cumbuan bayu malam saling mencuit liang roma. Mata terkatup rapat itu akhirnya mencelik buka. Mengerjap mamai pada seraut wajahnya, Anan kulum senyum sehabis baik dengan dada berdebar rawan. Alunan nafas ibu beritma lembut, spontan bibir tua itu melebar dengan satu senyuman.

Senyuman yang tidak mungkin akan diberi secara nyata kepadanya.

Senyuman manis dan ikhlas saat sedar dia di hadapan mata.

Senyuman di mana, dia sedar untuk siapa.

"Anak ibu..." Terkumat-kumit mulut itu meluahkan bicara, kasat mata menerjah koklea Anan di sana. Sinar matanya hirap, kasih berpalit sendu kala tangan tua itu mulai menggapai lelah mencari sesuatu.

Anan hulurkan tangan, memberi sambutan dan saling erat bercantum sulaman jari-jemari. Hangat, saluran mendamaikan kalbu yang berentak pilu. Bahang, bertaut seluruh raga dalam gelodak atma dengan sentuhan ini.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now