Bab 50

334 20 0
                                    

ADA apa dengan kita? Batin seringkali ditujah persoalan yang sama. Tiada jawapan mampu diberi, hanya helaan jerih menemani.

Anan ketap bibir, melawan lautan malam semakin suram. Motorsikal dibonceng perlahan, sekadar kelajuan minimum dek daya sendiri sudah berpenat lelah. Kedinginan hembusan angin garang dan rakus meratah segenap kulit. Cengkaman gigilan hingga ke tulang sulbi, membeku keras. Namun torehan luka tetap segar mengalirkan rasa, seakan air terjun deras menyirami kaki ancala.

Ketakutan gemar menghimpit sanubari, kadangkala dia lemah dan ingin rebah. Cecair jernih bertakung di pelupuk mata, mengucur lebat tika dentuman kuat menjunam koklea. Titisan mutiara menyerkup jasad, dada langit kian hitam disusuli gempita.

"Allah." Anan hentikan pemanduan tepat di sebuah rumah. Lampu kalimantan menjadi sinaran luaran, sedangkan yang lain telah ditelan kegelapan. Ganjil, tetapi dia sudah terbiasa. Cuma, dia lebih berwaspada kerana jujurnya hati dihurung rasa tidak enak. Terasa ada yang perhatikan gerak-gerinya dalam diam.

Anan menapak perlahan, bebola mata meliar sekitar ambien dengan perasaan curiga. Sejujurnya, dia mahu berjumpa Widuri di luar dan berterima kasih. Cuma, dia tak larat untuk lakukan dua kali kerja berpatah balik semula.

Sombong? Biadab? Entahlah, dia tak pasti kerana sudah lali terima kata-kata nista yang tak pernah dilakukan olehnya. Cukuplah, hatinya bukan kental seperti rod besi. Telah berkali-kali lebur dan cair, lumat meninggalkan sisa yang tiada rupa.

Nafas dijujut dalam, kekuatan diseru biarpun hakikatnya sudah renyuh dan luntur dek ditelan waktu. Semangat semakin sirna, wujud sekadar nyawa dikandung badan dengan embrio kian membesar dalam rahimnya.

Widuri yang mengikuti, memperlahankan kenderaan. Serasa Anan pun tidak mengingati apabila gadis kecil molek itu menolak masuk motorsikal ke pekarangan rumah. Kornea mata dijamah tingkah laku Anan yang lambat-lambat mengorak langkah, jelas Anan perhatikan sekeliling kediaman sebelum membolos betul-betul ke dalam rumah.

"Alhamdulillah, lega mama tengok dia selamat sampai rumah." Widuri menghembuskan nafas lega. Tangan menggengam erat stereng, cuba tenangkan diri kembali seperti sediakala.

Asyraaf larik senyum tipis. Faham kegusaran mama yang sememangnya prihatin. Lebih-lebih kebajikan mereka yang terdekat. Jauh di sudut hati, dia juga mengiakan tindakan mama.

"Rasa macam nak hujan lebatlah, mama. Jom, mama. Balik rumah kita. Malam ni, giliran Asy pula storytelling." Asyraaf kerising, barisan gigi asmaradatna nyata tersusun rapi.

Rumah kita. Cukup hanya kita, membawa erti bahagia kepadanya. Widuri jatuhkan kepala, bersetuju dengan cadangan anak. Malam semakin larut, cuaca juga menandakan ribut.

"Jom."

TALI baju satin diikat kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TALI baju satin diikat kemas. Laman wajah ditilik pada biasan cermin, pucat dan ceduk gara-gara emosi sendiri tergadai setiap waktu. Sontak, Anan buka paip singki dan menadah tangan. Gemercik air diraup pada muka sekali lalu.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now