Bab 14

408 38 16
                                    

Dua tahun lalu...

PAKAIAN Fiena compang-camping. Bajunya kini seperti kain perca akibat dicarik oleh sang durjana. Mahkotanya telah hilang. Air matanya murah mengalir pada pipi gebunya. Dia mengesot perlahan menahan kepedihan setiap inci tubuh badannya. Ngilu dan sengal.

Tangannya menggigil cuba menggapai telefon yang retak akibat dibaling semasa bergelut untuk mempertahankan diri. Tetapi dia telah hancur dan punah. Jari-jemari Fiena menggeletar untuk menggesek ikon di skrin. Nombor seseorang yang paling atas sekali didail untuk memohon bantuan.

"Riz... to... long... I..." suaranya terputus-putus diselangi esakan hebat sebelum panggilan dimatikan. Harriz yang mamai sanggup gagahkan diri demi mengambilnya di situ. Dia manusia yang tiada lagi yang patut dipertahankan.

Salah dia kerana sanggup menganggu lena Harriz di malam buta. Silapnya ingin berfoya-foya di kelab malam sehingga berada dalam keadaan separa sedar tatkala mahu pulang ke rumah. Fiena menempah teksi namun sang durja merangkap pemandu itu sendiri merogolnya. Dia sudah cuba melawan kudrat sang durjana agar tidak menyentuh dirinya tetapi semuanya terlewat. Jeritan dan erangan kesakitannya tidak diendahkan malahan digauli secara paksa oleh sang durjana. Bukan sekali tetapi berkali-kali.

Lima belas kemudian, Harriz tepat berada di lokasi yang diberi Fiena. Sebuah kawasan terpecil. Dia melalui lorong gelap disebalik bangunan. Ditemani samar cahaya bulan, Harriz menjumpai susuk tubuh Fiena dalam keadaan menyayat hati menyapa kornea mata. Harriz memanggil Fiena lembut sebelum wajah lencun itu mendongak kepadanya. Harriz menanggalkan jaket miliknya. Baju Fiena yang koyak rabak menampakkan hampir separuh anggota terdedah kian dibalut dengan jaketnya.

"Maaf sebab lambat. Izinkan I," ujar Harriz tanpa menanti persetujuan Fiena. Dia terus mengangkat tubuh Fiena yang tak berdaya dan lemah menjuju ke perut keretanya semula.

Harriz membawa Fiena ke apartmen miliknya. Dia menumpang di kediaman Harriz hampir sebulan lamanya. Fiena merayu untuk dihantar ke rumah ibunya semula tetapi Harriz menghalang kerana keadaan dirinya yang kurang stabil. Bagaimana dia tidak risau apabila Fiena membuat percubaan membunuh diri hampir meragut nyawa di hadapan matanya sendiri.

"I nak balik rumah ibu. Boleh you..."

"No way, Fiena. I nak you bebetul pulih sebelum hantar pulang ke rumah ibu you..." pintas Harriz laju.

Entah di mana silapnya sehingga satu hari itu mereka ditangkap basah. Kebetulan Harriz sememangnya bekerja sehingga jam lewat malam dan lupa akan kewujudan Fiena. Dek kepenatan melanda membuatkan Harriz terus merehatkan diri di sofa tanpa baju. Dalam masa sama, Fiena berpakaian satin sahaja keluar daripada bilik untuk memasak makan malam kerana kebuluran.

Sesaat, mengubah segalanya sekelip mata. Apartmen bilik Harriz diserbu dengan ahli jabatan agama. Fiena longlai apabila terpaksa mengikatkan diri kepada Harriz dengan keadaan dirinya tidak suci. Dia sudah tidak punyai apa-apa. Tunangnya Syaf juga tidak ketahui. Bagaimana dia mahu lepaskan sedangkan hatinya masih mengukir nama Syaf. Mengapa kejadian tersebut harus terjadi kepadanya.

"Kami menerima aduan encik dan cik tidak mempunyai sebarang ikatan dalam keadaan berdua-duaan. Benarkah dia bukan isteri encik? Keadaan kalian sememangnya mencurigakan kami. Jikalau bukan, sila hadirkan diri ke pejabat agama untuk keterangan lanjut. Sebarang perkara boleh dibincangkan di sana."

"Dia bukan isteri saya dan saya sanggup terima risiko untuk menikahinya secepat mungkin," balas Harriz dengan lancar dan yakin. Kala ini Fiena bagai jatuh ditimpa tangga. Malangnya hidup semuanya terjadi dalam satu masa tanpa sempat dia mencerna.

Fiena tersentak daripada tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap bersama renik peluh di dahi. Harriz di sebelahnya turut terbangun. Dia tersenyum pahit melihat ketakutan isterinya seraya ditenangkan Fiena dengan kalimah-kalimah suci.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now