Bab 72

211 17 0
                                    

DINIHARI. Pacuan empat roda Toyota membelah lebuh raya, sewenang-wenangnya tanpa kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan yang ada. Bekali masih terlalu awal, kelihatan pengangkutan besar umpama lori dan sebagainya sahaja.

Kerana itu, Syaf pilih pandu kereta secara tenang. Lebih-lebih waktu sebegini, terasa nyaman membaluti. Berbeza dengan Anan, dia ketap bibir meladeni sunyi. Tidak biasa dan janggal suasana, Syaf beri tumpuan sepenuhnya pada pemanduan dia.

Destinasi mereka adalah menuju persisiran pantai. Tempat terakhir untuk diluangkan masa bersama, dimana rancangan utama Anan mahu ke sini dahulu sebelum tamatkan kisah mereka berdua sebenar-benarnya.

Memori sebagai titik perpisahan bakal merubah semua, tidak salah andai cuba berbeza dari sebelumnya? Sebelum itu, Syaf sudah rencana agar tunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum ke pantai menanti detik-detik tersebut. Harapan mampu menikmati bumantara pagi hari, cuma dia kurang pasti sama ada kuat mahupun tidak untuk menghadapinya.

"My cloud." Tangan Syaf menggamit milik Anan sedari tadi di peha. Perlahan menyelusup antara celahan jari Anan, menggengam erat. Syaf meneruskan perjalanan menghadap hadapan, sementara Anan buang pandangan ke luar.

Keadaan terus membisu. Berat pengkung dada memasing, hangat menyelusuri tatkala sentuhan mereka masih utuh bersatu.

"Sayangku awan, kita dah sampai."

Sontak Anan memalingkan muka, berkaca-kaca panahan menjebol seraut tampan suami tersenyum mesra. Susuk tegap Syaf sepenuhnya beralih ke sisi penumpang, memerhati sepasang iris bundar Anan berembun pedih.

"Hei, jangan nangis awan. Kita dah buat perjanjian kan?" Syaf membujuk sembari wajah Anan dipaut dekat. Syaf lembutkan renungan, mengelus pipi Anan kian basah dikucup air mata.

Tatapan kudus Syaf berjaya meleburkan jiwa kecil Anan. Belahan bibirnya bergetar, semakin berat empangan tubir menumpahkan lagi isinya. Entah mengapa, dia mahu tuturkan kata tetapi tiada satu pun mampu lepasi peti suaranya. Seakan disekat hebat, hanya meneguk liur di kerongkong begitu payah.

"Awan sayang, isteri abang. Dengar sini abang nak cakap sesuatu," pujukan Syaf gemeresik. Ibu jarinya lembut menyentuh birai mata isteri, menyeka perlahan linangan bening penuh hati-hati.

"Walau apapun jadi lepas ni, awan pawana akan tetap kuat. Boleh nangis tapi awan dah janji kan dengan abang? Terima seikhlasnya," tutur Syaf sembari mengoyak senyum tipis. Suam lensa mata, berburam renungan tatkala deras buliran cecair mengalir di wajah isteri. Lencun kain purdah dipakai, Anan akhirnya runduk pandangan menekur bawah.

"Anan Nurfiza, pandang abang awak di sini." Lancar Syaf menyusun sebaris arahan. Sengaja nama gadis awan disebut, cukup membuatkan Anan angkat semula mata kepadanya.

"Awan pawana, boleh janji dengan abang tak?" soal Syaf lagi, pinta kepastikan. Menangkup lebih kejap muka Anan, dibawa benar-benar rapat sebelum Syaf langut sedikit. Ulas bibir melekap hangat di dahi luas Anan, lama menjatuhkan seluruh rasa agar tenang sanubari wanitanya.

"Bo... boleh," perlahan sahaja nada Anan. Dikatup mata menikmati ciuman suami, lumpuhkan dan usir segala anasir buruk memenuhi ruangan minda dan hati.

Ya Tuhan, izinkan kami menghayati momen ini. Permudahkan segala urusan kami melepaskan pemergian belahan hati. Sesungguhnya kami reda terima utusan ini, demi kebaikan dalam mencari cinta hakiki.

"Terima kasih, sayangnya penawar."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now