Bab 7

464 50 30
                                    

TERBANTUT pergerakan Anan tatkala dia telah bersiap untuk ke restoran tetapi ada isi di dalam peti surat rumahnya. Dia membuka peti tersebut dan tangannya mencapai sampul bewarna coklat. Jelas sebaris namanya tentera di situ. Anan mengoyakkan sampul surat dan mengeluarkan kertas yang dilipat kemas itu.

Anan tersenyum kelat melihat bait aksara ternoda di helaian kertas putih tersebut. Surat diberhentikan kerja oleh majikan restoran dia bekerja digenggam kemas. Sejujurnya dia rasa lega kerana sudah lama dia berniat untuk berhenti namun keadaan memaksa membuatkan dia rela membanting tulang demi mencari wang bagi perbelanjaan seharian.

Sekurang-kurangnya dia masih ada satu lagi pekerjaan. Anan mengenangkan dirinya yang telah dipinang oleh keluarga Syaf pagi tadi. Benarkah lelaki sekadar beberapa kali dia bertemu serius terhadapnya atau belas ihsan seorang manusia demi melindungi daripada kekejaman dunia?

"Biarlah dia, Anan tak boleh terlalu bergantung harap kat orang. Anan kena pandai berdikari," pujuk Anan pada dirinya sendiri.

Kaki mengorak langkah memasuki rumah semula. Tanpa sedar, setiap perlakuan Anan diperhatikan seseorang dari kejauhan dengan pandangan sukar ditafsirkan. Lega.

TILAM nan empuk menjadi tempat dia bergolek mengenangkan satu nama yang kini bertakhta di hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TILAM nan empuk menjadi tempat dia bergolek mengenangkan satu nama yang kini bertakhta di hati. Skrin gelap telefon pintar ditenung dengan pandangan penuh berharap. Entah apa yang dia mahukan pun tidak pasti.

"Karin..." Syaf menyeru kucing berbulu jingganya. Dia berposisi meniarap merenung Karin di sudut katil yang bertapa lena. Syaf merapati.

"Aku rasa aku dah gilalah, Karin. Kenapalah dia merasuki pemikiranku ini?" Syaf menongkat dagu seraya mencemik. "Aku tak boleh terima dengan orang tua mata duitan tu. Dia kata kat awan aku macam-macam. Nanti kalau pergi rumah awan lagi, aku bawa kau supaya cakar aje muka manusia yang buat awan," adu Syaf. Tiba-tiba, dia terkekeh dengan sikap luar alamnya. Syaf menekup mukanya pada cadar tilam lalu menjerit kuat.

"Arghhh, Syaf Inas dah biul. Umi abah, Syaf kena cepat kahwin." Tangannya menarik-narik cadar. Syaf mengangkat kepala apabila oksigen dalam badannya hampir luntur. Sudah, ana penat sama diri sendiri.

Tangan Syaf dibawa ke atas dan merayap ke sisi tubuh Karin. Syaf menelentang lalu mengangkat kucing peliharaannya tinggi. Syaf mengacah Karin seakan mahu melambungnya. "So high, so high..."

Terkujat Karin dengan tuannya. Sempat pula menyanyi. Nasiblah tak kena lambung betul-betul macam guni beras Faiza Emas yang dimakan oleh tuannya setiap hari. "Karin... Patut ke aku cek awan?" soalnya. Dia membawa Karin ke dadanya lalu diusap lembut haiwan berbulu lebat itu. Karin menyukai dibelai sebegitu mula mengiau manja.

Meow... Meow...

"Aku nak jumpa awan. Dia tu kan lurus bendul macam pembaris. Tapi aku rasa highway lagilah sinonim dengan awan iaitu jalan yang lurus lagikan benar tau," kutuk Syaf. Keningnya berkerut cuba memikirkan bayangan gadis awannya.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now